.:abg nuffnang duk sini:.

Saturday, June 25, 2011

kisah sang keldai

mesti korang masih teringat cerita nasihat ketika kita kanak-kanak dulu. antara yang aku teringat ialah kisah seorang bapa dengan anaknya serta seekor keldai.

mcm ni cerita dia. pada suatu ketika dahulu. terdapat suatu kisah dimana seorang lelaki bersama anaknya membawa seekor keldai ke pasar.

di tengah jalan, beberapa orang melihat mereka dan menyindir,

"lihatlah orang itu, bodohnya mereka, ada keldai tidak ditunggang. dibiarkan sahaja keldai itu tidak membawa apa-apa".

kedua anak dan bapa itu terdengar sindiran tersebut. lalu si bapa terus menyuruh anaknya naik ke atas keldai tersebut.

tiba-tiba mereka melintasi seorang wanita tua. wanita tersebut melihat mereka dan berkata,

"alahai sudah terbalikkah dunia ini? anak itu sungguh tidak berperasaan. sanggup dia duduk selesa di atas keldai, sedang ayahnya yang tua dibiarkan berjalan!"

kali ini si anak turun dari belakang keldai itu dan meminta ayahnya naik. mereka meneruskan perjalanan. beberapa detik kemudia mereka berjumpa dengan seorang perempuan muda. perempuan muda itu berkata.

"mengapa tidak kalian berdua bersama-sama menaiki keldai itu?"

maka tanpa berfikir panjang, mereka menuruti nasihat perempuan itu. si anak naik kembali keatas keldai dan mereka berdua sama-sama menunggang keldai itu. tidak lama kemudian, mereka terserempak dengan sekumpulan orang dan mereka berkata,

"kesian... binatang malang. ia menanggung beban dua orang gemuk yang tidak berguna. manusia memang kejam"

sampai saat ini, si ayah dan anaknya sudah muak. mereka sepakat untuk memikul keldai tersebut. melihat keadaan tersebut. mereka bersorak dan berkata.

"lihat manusia bodoh sedang memikul keldai yang bodoh."

moral dari cerita ini ialah, kita sebenarnya harus akur pada kehidupan. di mana dalam hiddup kita. amatlah sukar dan mustahil bagi kita untuk memuaskan hati semua. kadang-kadang kita sudah melakukan yang betul. tetapi tidak semua mata yang memandang mengangap ianya betul.

pada pandangan aku. bagi keadaan ini. sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. buatlah keputusan sendiri. menggunakan logik sendiri. jika salah pada kita. jangan peduli kata orang. salahlah ia. jika benar teruskan.

"tepuk dada tanya iman. jangan tanya pada hati. kata orang. ikut hati mati. ikut akal kita kekal"



Thursday, June 23, 2011

kisah sepohon epal...

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA.

JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.
SEMOGA CERITA INI MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA

copy from link

Monday, June 20, 2011

yang lepas biarkan berlalu..

"barang yang lepas usah dikenang"

hari ni aku dapat result utk final sem 2 aku. pheww. sedih dah agak sebak walaupon xde perasaan melihat pointer jatuh dengan sangat teruk gara-gara banyak sangat main-main semester lepas. waaaaa.

"cik mugmerah. ni bukan salah paper yang awak ambik tu. dah awak tau paper tu susah. kenapa awak study main-main? cuba tgok orang lain. ada je yang dapat ok"

"nak buat macam mana xde rezeki"

alamak. nasib diri. yang berlalu sudah tak dapat diubah. yang boleh cuma teruskan usaha sem depan untuk cover balik yang tenggelam. at least aku bersyukur sebab semua paper lepas xde yang kena repeat. kalau repeat lagi haru biru hidup.

"sabar ea. ada la hikmahnya tu dapat sikit sem ni. nak suruh usaha lebih sket sem depan. kurang-kurangkan main-main tu."

kepada kawan-kawan UUM yang dapat result hari ni. tahniah kepada yang berpuas hati. dan jangan sedih kepada yang rasa result dia rendah. usaha lagi. cari dimana silap kita. betulkan. jangan jadi macam aku. azam di awal sem. akhir sem tenggelam balik.

jadi.

"usaha dan terus berusaha"

namun. disebalik usaha. kita jangan lupa untuk berdoa. kadang-kadang. kita sudah berusaha. berdoa. tetapi kejayaan itu sukar sekali datang menghampiri kita. bukan kerana kita gagal. tetapi kita belum berjaya.

jadi

"berdoa dan terus berdoa"

Saturday, June 18, 2011

ost secret garden_that man eng lyric translation..



sape yang penah tgok cerita korea secret garden mesti ingat lagu ni. comel sangat. aku suka bukan setakat suara dan melodi dan sebagainya yang menarik tu. tapi juga maksud atau lirik lagu ni. dan aku berjaya dapat lirik lagu ni yang dah di translate kan dari sini.


One man loves you
That man loves you wholeheartedly
he follows you around like a shadow everyday
That man is laughing and crying

Just how much…how much more do I have to gaze at you alone
This love that came like the wind
This beggar-like love
If I continue this way, will you love me?
Just come a little nearer…a little more
If I take one step closer to you, then you take two steps back
I who love you am next to you now
That man is crying.

That man is timid
So he learned how to laugh
That man has many stories that he can't even tell his best friend
So his heart is full of tears
That's why, That man
You, he loved you
Because you are just same as him
Yet another fool, yet another fool
Can't you hug me before you go?
I want to receive love, baby
Everyday in my heart,
Just in my heart,
I shout and
That man is next to her even today.

Do you know That man is me?
You're not pretending that you don't know, right?
You really don't know cause you're a fool.

Just how much... how much more do I have to gaze at you alone
This love that’s like a fool
This beggar-like love
If I continue this way, will you love me?
Just come a little nearer...a little more...
If I take one step closer to you, then you take two steps back
I who love you is next to you now
That man is crying.

nak download mp3? kat sini..


Thursday, June 16, 2011

agi idup agi ngelaban..

teringat aku akan kata2 semangat pewira bangsa kita. Rentap. kata rentap 'agi idup agi ngelaban'. maksud dia. selagi hidup terus berjuang. ayatnya ringkat sahaja. tetapi pada aku memberi bukan sedikit maksud. bukan satakat maksud yang terlahir dari bahasanya. tetapi juga dari penghayatannya.

jika kita renung2kan. kita menghadapi banyak kesukaran dalam hidup. sampai kadang kita terasa hampir tersungkur. namun kita tidak sepatutnya terus rebah bersama kesukaran. sebaliknya bangkit dan terus berjuang. terus berjuang selagi ia belum selesai.


sebenarnya perjuangan bukan sahaja dalam pelajaran. perkerjaan.malahan merangkumi segenap aspek kehidupan. termasuklah urusan jual beli. kekeluargaan dan sebagainya. jika kita lihat. kebelakangan ini ramai insan malang yang sanggup bunuh diri kerana tewas dalam perjuangan kehidupan. kononnya ingin menamatkan beban yang ditanggung. tanpa sedar lebih banyak masalah yang akan timbul.


jika kita dalam bebanan. kita renungkan apa akan berlaku jika kita tidak tabah. bandingkan jika kita berjaya selesaikan masalah tersebut. kita akan tenang malah lebih bahagia. untuk mendapat kesenangan kita perlu berusaha. bukan mengalah sebelum sempat bermula. kata orang jika sesat di lautan dalam. teruskan berenang. kerana jika kita berhenti. kita mungkin akan kelemasan.

jadi teruskan berenang sampai bertemu tepian.

agi idup agi ngelaban.

Tuesday, June 14, 2011

Setiap orang ada masalah

Bila aku cakap pasal masalah. Korang mungkin teringat masalah yang baru korang hadapi. Korang mungkin teringat masalah lama yang belum selesai. Dan mungkin korang terfikir tentang masalah yang bakal korang hadapi. Sebenarnya pada aku masalah tak perlu kita risaukan kerana ia adalah lumrah kehidupan.

Setiap orang ada masalah. Sama ada dengan diri sendiri. Dengan keluarga. Saudara mara. Kawan-kawan. Malah ada juga dengan orang yang langsung tidak kita kenali. Setiap orang mengalami masalah yang hampir atau lebih kurang sama. Yang berbeza Cuma bagaimana mereka memandang masalah tersebut dan mencari jalan penyelesaian.

Seitap kali kita makan kita akan dapat rasa pelbagai rasa. Masam. Manis. Pedas. Masam. Malah pahit. Jadi begitu juga dengan kehidupan. Masalah sebenarnya salah satu dari perisa yang pelbagai. Cuba bayangkan seorang manusia yang hidupnya biasa sahaja. Tiada masalah. Bosannya. Sekurang-kurangnya masalah itu akan memberi pengajaran kepada kita.

Teringat aku pada kata orang tua.

“Setiap yang buruk itu pasti ada baiknya.”

Jadi begitu juga dengan masalah. Seburuk-buruk masalah. Atau sepahit manapun cabaran itu. Pasti ada hikmah serta pengajaran disebaliknya.

Jadi kata aku

“jadikan masalah itu sebagai satu peluang. Jangan gelabah. Selesaikan dengan tenang.”

Setiap masalah itu pasti akan selesai. Cuma ia memerlukan sedikit usaha. Jalan penyelesaian. Mungkin formula atau petua. Serta masa. Mungkin lama. Mungkin sekejap. Tapi kita tetap harus bersyukur.

.:iklan nuffnang:.