.:abg nuffnang duk sini:.

Monday, January 14, 2013

shopping online

Assalamualaikum.


bagi mereka yang suka online shopping, mugmerah nak share satu online shop yang harganya berpatutan dan menarik. aku yang sememangnya suka usha-usha baju (terutamanya) yang dijual online ni. nak keluar ke kedai betul memang da jenis malas nak jalan-jalan plus xde masa. so kerja aku skodeng online shop orang la.

d'Heart collection sedang buat promosi 2 helai baju untuk RM50. antara baju-baju yang dalam tempoh promosi boleh tengok kat bawah.




ni antaranya je. dan ada banyak lagi. boleh tengok sendiri kat page d'Heart Collection. klik sini

kalau nak order sila PM dia la. jgn PM aku plak sbb aku bukan owner kedai tu. aku saje2 je nak review untuk korang si peminat online shop ni. XD

antara baju lain boleh la tengok-tengok kat bawah. harga bawah RM50. berbaloi beb! 




selamat bershopping. XD

my last exam paper

Assalamualaikum.

17 januari ni last paper aku untuk semester 5 ni. paper Audit. fuhh. punya la lama gap dari 31 disember hari tu sampai 17 januari. sampai mood nak jawab exam and nak study pon da banyak yang hilang. tah kemana perginya pon aku xtahu. huhu.

jadi dengan keadaan nak exam last paper ni, maka aku akan kurangkan aktiviti online dan berblog serta berfacebook aku. untuk sementara waktu dan jika mampu dikawal. heheh!


kepada yang datang melawat. tinggalkan jejak k. :) kalau aku online insyaAllah aku jejak balik.

wish myself lots of luck lah! :3

Wednesday, January 9, 2013

ulang tahun perkahwinan ally iskandar dan farah lee

Assalamualaikum.

aku minat giler dengan kak farah ni. wife abg ally. orgnya cantik. educated tp low profile. aku suka blog dia. Kunfayakun sebab tu aku letak dalam list wajib baca dan kalau ada entry baru aku akan pastikan aku baca. yang pasti lambat la baru dapat 1 entry. sob3. #_# bukan sebab kak farah isteri abg ally jadi kena minat dia. tapi sebab walaupun dia wife kepada bintang besar, dia tetap tak sombong. low profile la sng. tak de mcm culture shock sebab jadi wife org popular.


hari ni kalau ikut takwim islam. dah genap 1 tahun perkahwinan kak farah dengan abg ally. kalau ikut kelendar masihi 20 januari ni. lagi seminggu lebih.

kepada kak farah dengan abg ally, semoga bahagia till Jannah. :) semoga doa kami para peminat agar rumahtangga kak farah dengan abg ally sentiasa bahagia. and dapat baby cepat-cepat ea. XD kih3. nasib dorg xkenal aku. lau x kompem kena ketuk kepala aku ni. hik3!


dorang berdua ni sentiasa sweet. macam gula dan teh. saling melengkapi. kalau teh tak letak gula tak sweet la kan? hehe. 

sumber gambar : kunfayakun dan farahlee fanpage

tempat menarik di Besut, Terengganu. (bahagian 1)

Assalamualaikum.

aku ni nama je orang Terengganu. tapi xpernah nak promote pelancongan negeri aku sendiri. besut, satu daerah paling hujung dalam negeri Terengganu. dalam daeran ni aku dilahirkan dan membesar. dulu msa menetap kat sini, tak sedar, betapa menariknya daerah aku ni. bukan setakat bahasa yang kami guna. malahan masyarakat kami dan tempat-tempat menarik di daerah ni. bila duduk jauh ni, baru tahu. menariknya tempat aku.

besut. terletak betul-betul di sempadan negeri Kelantan.

seperti yang kita ketahui, negeri terengganu terletak di sepanjang pantai dan kira-kira 225 bermula dari daerah besut hingga kemaman. cewahh. ayat mcm karangan BM plak. hihi. di daerah besut beberapa pantai yang terkenal antaranya pantai bukit keluang dan pantai air tawar. selain dari pulau-pulau seperti pulau perhentian. 

masyarakat besut menggunakan dialek kelantan dalam percakapan seharian walaupun berada dalam negeri terengganu. jadi sebab tu ramai yang ingat aku ni orang kelantan walaupun sebenarnya aku asalnya orang terengganu. jertih merupakan pusat bandar bagi daerah ni. dan kampung raja sebagai pusat pentadbiran. pejabat-pejabat daerah banyak terletak di kampung raja, manakala jertih kekal sebagai pusat tumpuan para peniaga.

di kuala besut pula terdapat jeti untuk ke pulau perhentian, serta pantai-pantai yang indah. jom kita tengok gambar yang berjaya aku google. hehe

Masjid Hadhari Jertih

Masjid Kayu Seberang Jertih

Lata Tembakah

Lata Belatan

La Hot Spring (nmpak berasap sbb wap air panas, best pergi musin sejuk)

sambutan hari Kemerdekaan di bandar jetih pada tahun lepas.

kalau korang nak tahu, ni baru beberapa tempat di kawasan sekitar jertih. belum lagi masuk bahagian pantai. kalau nak tahu. jom la datang ke daerah kami.

p/s : kalau tersilap info sila la tegur. aku pon manusia biasa. tak lari dari bt silap. :)


Monday, January 7, 2013

persediaan menghadapi dewasa.

perjalanan hidup ni memang sekejap je terasa. kalau semalam rasa macam kanak-kanak ribena yang terkejar-kejar. hari ni dah rasa macam nenek orang. erk! nenek? seriously mugmerah? ok fine. dah menginjak usia la senang. macam orang cakap.
"setiap langkah kita tu menunjukkan perubahan usia kita. muka kita mungkin sentiasa muda. tapi usia kita tak. usia kita tak pernah berhenti walau sedetik.
bermula dari ovum dan sperma, menjadi embryo, kemudia fetus, kemudian lahir jadi baby yang comel. diri bayi comel jadi kanak-kanak. kanak-kanak jadi remaja, remaja jadi dewasa, dewasa jadi tua, kemudian....


itu kronologi yang normal la kan. kalau nak ikut, baby pon banyak yang meninggal. mati tak kira usia. ok. tapi tu bukan fokus aku. fokus aku DEWASA. yup. aku percaya ramai yang seusia dengan aku masih menganggap dirinya remaja. remaja yang hidupnya penuh warna warni. orang cakap.

"saat remaja adalah saat paling indah dalam hidup kita"
hmm. memang aku akui, banyak kenangan pahit manis aku mengenal erti kehidupan dalam tempoh ni, tapi siapa tahu. aku belum pon menjelajah dunia dewasa sepenuhnya. yang mungkin lebih indah? InshaAllah.

nak jadi dewasa. tapi bersediakah kita? perlu ke kita mengubah fesyen selama ini kepada yang lebih dewasa? cari teman hidup yang sama-sama dewasa? pada aku tak perlu. yang penting. ilmu. ilmu untuk meneroka dunia baru. banyak buku-buku motivasi, instead of tengok cerita korea, baca gosip-gosip artis, buang masa, lepak-lepak. apa kata kalau kita beli buku. baca.


kalau sibuk sangat tak sempat nak luang masa baca buku atau tak cukup budget nak beli buku. blog-blog motivasi bersepah-sepah kot. cari je. motivasi ni perlu. kadang-kadang kita dah tahu yang mana betul, yang mana salah. tapi kita tak ada kehendak untuk kearah yang salah. macam yang kita selalu buat. dah tahu makan minum berdiri tak elok, tapi buat jugak, tak ada keinginan nak makan minum sambil duduk dengan tertib.

wake up readers, menjadi dewasa. (aku tahu aku belum layak bercakap isu ini) tapi pada tahap dewasa, kita mula membentuk hidup kita menggunakan minda. apa yang kita nak. masa remaja, kita cenderung ikut kawan-kawan. sampai nak isi borang masuk universiti pon sama-sama dengan kawan. tapi bila dah dewasa. kawan tetap penting. tetapi kita tetap kena berfikir. kawan kita tu, suatu hari akan berkahwin, akan ada keluarga masing-masing. tanggungjawab masing-masing. sampai bila kita nak ikut kawan.


jadi. untuk menjadi dewasa, kita kena belajar untuk berfikir menggunakan kepala sendiri. tentukan matlamat kita, tujuan hidup kita. kita dah dewasa. kita kena jelas dengan tujuan hidup kita. hidup bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan dan kehendak. tapi untuk menetapkan dan melaksanakan tujuan hidup kita.

Sunday, January 6, 2013

kahwin? aku bila lagi?

umur dah menginjak ke 22. satu persatu kawan aku mula ke alam perkahwinan. setakat ni 3 dah sah. bulan dua ni InshaAllah lagi satu. btw, tahniah kepada kawan2 aku yang dah dan bakal bergelar isteri. opss! baru perasan. semua 3 yang dah kawin dan lagi 1 yang bakal kawin, semuanya perempuan. Alhamdulillah. jodoh untuk perempuan ni cepat datang. yang ke 4 ni special sikit sebab kawan kelas aku. dari 23 orang dari kelas aku. nampaknya beliau jadi yang pertama. Tahniah special la untuk dia. XD


aku bila lagi? inshaAllah kalau ada rezeki Tuhan nak bagi, bila-bila masa pon boleh. cepat dengan lambat je. kan? hik3. best pulak cakap sal kawin-kawin ni. heheh!

aku ingat dulu msa aku tingkatan 4, aku pernah tanya kakak si penjaga makmal sekolah, macam mana boleh wujud perasaan cinta hingga boleh kawin dan ada anak? mungkin atau memang masa tu aku tak rasa apa-apa pasal nikah kawin ni. tengok orang bercinta memang la ada jugak perasaan nak ada kekasih tu. tapi dengan sape? aku ni pemalu. hik3. dush!


tp tu dulu la. sekarang kan dah ada en. Teddy. InshaAllah, kalau di izinkanNya. sampai jodoh sampai masa kawin la kami. kalau tuhan dah takdirkan jodoh aku bukan dengan en. Teddy, apa daya aku untuk melawan. setiap yang berlaku mesti ada sebabnya. terima je la seadanya. :)

masa tu aku ingat kakak tu jawab. "bila masa berlalu, awak akan faham la semua tu." and memang betul. bila masa berlalu baru aku faham. dulu konpius je memanjang. haha. sekarang Alhamdulillah dah terbuka sikit minda. perasaan tu datang perlahan-lahan. kalau dulu tengok orang nak kekasih kita nak jugak, sekarang tengok sorg2 dah mula kawin, perasaan tu pon wujud jugak. maklumla umur da meningkat. kalau ikut buku, aku ni dah masuk alam dewasa da. dewasa? bersedia dah ke? huk3


ijazah ada lagi baki 3 semester. aku kena pejamkan mata, ketepikan soal nak berseronok. yang penting aku dapat grad dan dapat jadi cikgu yang berkualiti.

.:iklan nuffnang:.