.:abg nuffnang duk sini:.

Thursday, May 15, 2014

Tema, dan Definisi tema hari guru 2014

Assalamualaikum readers,

Tema hari guru tahun ni ialah
GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
Definisi tema hari guru tahun ini pula,

GURU
Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. 

PENCETUS
Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

KREATIVITI
Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

PENJANA
Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan

INOVASI
Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai


Sempena sambutan hari guru esok, 16 Mei, aku merangkap bekas pelajar, pelajar, bakal guru dan juga guru kepada diri sendiri. ececeh, nak jugak. kihkihkih, ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru aku, umi dan ayah aku yang menjadi ibu, ayah, guru, ustaz serta ustazah kepada aku sejak aku kecil sampai lah sekarang. ceh, sedih plak rasa. homesick beb.

kepada semua guru yang pernah mengajar aku sama ada secara formal atau tidak formal, kepada kawan-kawan aku yang bakal menjadi guru macam aku, kepada senior-senior aku yang dah berjaya jadi guru, dan yan tengah tunggu dihantar ke sekolah.

kepada bos aku yang banyak mengajar dari pengalaman hidup dia sendiri, kepada diri aku sendiri yang mengajar dari pengalaman dan sejarah hidup. wahh. panjangnya ucapan. hihihi

aneka keychain

Assalamualaikum readers,

ni saje je, dah lama tak buat entry mengarut. keychain yang apa entah

keychain mangkuk makanan yang comel

keychain yang serba guna la kot?

tanam cactus dalam keychain. ko ado?

ini cantik. nampak sangat cantik dan menarik. 

ini pon sama dengan atas, tapi rare kot, bagi keychain mangkuk jamban kat orang 

'tak suka la yang ni.'
'dah kenapa?'
 'entah....'

bela ikan ni, sangkut kat kunci kete atau motor, lama2 mati ikan tu mabuk.

untuk orang yang takut gelap kot. atau nak pagi mana-mana gua seperti gua kelam

ini tak relevant dah sekarang. orang guna henpon je la.

free domain vs [dot]com

Assalamualaikum readers,

korang perasan tak aku ni makin liat nak update blog aku ni? mesti tak perasan kan sebab korang pon dah mula lupa yang aku ni buat blog. malu pulak kadang-kadang bila ada orang yang duk sebut-sebut mugmerah depan aku, tapi aku sendiri dah abaikan dia. hehe


aku pon tak tahu la apa penyakit yang aku kena sampai aku malas sangat nak update benda ni. sayang tu sayang sangat. nak-nak lagi bila domain aku buat hal. haa, ni lagi satu, mesti korang tak perasan jugak. mugmerah ni dah jadi mugmerah.blogspot.com balik selepas 2 tahun dia jadi mugmerah.com.

malu eh jadi [dot]blogspot? tak pon. sebenarnya lagi bagus, sebab tak payah tiap-tiap tahun nak renew domain, dari pengalaman aku sendiri dah guna dua-dua, domain berbayar dan sekarang balik kepada blogspot, atau domain free balik, sebenarnya tak ada masalah pon domain free ni, malah lagi simple dan tak membebankan. aku still boleh buat entry macam biasa, cuma grand dia dah kurang la kot. hehehe

ada jugak orang yang tanya aku pasal nak pasang domain berbayar aka [dot]com, [dot] net semua tu, aku cakap ok la, sebab bunyi sedap dan nama web site kita akan jadi lebih pendek dan singkat dan memudahkan orang untuk ingat. but, aside from that, tak ada kurangnya domain free ni. cuma dia bunyi macam free, panjang dan susah nak ingat je.

kalau korang nak tahu beza free site dengan domain try la guna dua-dua macam aku ni, baru tahu, tapi bila aku tengok site-site macam kak namee roslan, cik epal, kak fatin yang guna free domain, boleh je dorang naik jadi hebat tak perlu nak bayar-bayar tiap awal tahun macam aku sebelum-sebelum ni.

p/s : nasib jugak nuffnang ada bagi income, dapat jugak cover duit bayar domain. kihkihkih

.:iklan nuffnang:.