.:abg nuffnang duk sini:.

Thursday, October 15, 2015

aku graduan pendidikan aset negara yang tersisih

Assalamualaikum,

aku sendiri pon tak pasti sama ada masih ada ke tidak readers yang baca catatan mugmerah ni. kalau ada tahniah la korang. sebab aku pon dah jarang bukak. dah hampir setahun aku tak bukak, malah mencoret sebarang cacatan secara ikhlas di page mugmerah. kadang-kadang rindu jugak zaman mengarang dulu. walaupun kadang-kadang tak ada orang pon yang baca kot. sendiri tulis sendri baca.

aku sedih bila ijazah pendidikan aku yang 4 tahun aku berpulun, bersengkang mata, bertangis hiba, bergelak tawa dipandang sepi je oleh KPM. sentap, kecik hati dengan KPM. kenapa biarkan modal insan muda, bakal-baal guru muda yang berjiwa muda, yang bersemangat nak keluar jadi cikgu ni terbiar? tak diberi penempatan? malah diberi beban hutang 26 ribu. thanks pemimpin

gambar hiasan

seriously bila fikir pasal posting cikgu aku sangat kecewa, kecewa sebab fikir perasaan parents yang mengharap aku dapat kerja elok, dorang hantar aku belajar, bertahun-tahun, ijazah je dah 4 tahun siap dapat pakej hutang ptptn 26 ribu. dengan harapan kononnya bila dah habis belajar dapatla kerja cikgu. tapi malangnya kami disisihkan. bukan aku sorang, dengan aku ada beratus-ratus bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari pelbagai latar bidang dibiar mengganggur, memang ada yang bekerja sambilan, macam aku kerja sebagai kerani. tapi sampai bila?

aku suka bagi contoh, seorang pelajar Medic, belajar untuk jadi doktor, tiba-tiba tak dapat jadi doktor, instead jadi kerani selama hampir setahun, (aku habis ijazah sejak bulan 6 tahun 2014, sekarang Oktober 2015).  tiap hari mengidam dan jadi cikgu, nak mengajar anak bangsa, ikhlas nak mendidik anak-anak. nak bentuk modal insan baru yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara. tapi harapan kami sang marhean ni ada ke menteri yang sudi mendengar?


graduan pendidikan dipilih bertapis-tapis, mula-mula isi borang, tapis ikut kelayakan akademik, lepastu ada ujian inventory, dari ujian tu berapa ramai sangat yang lepas ke temuduga, hasil temuduga berapa je yang dapat belajar jadi cikgu, batch aku cuma 24 orang, aku bagi gambaran, 24 orang yang ditapis berlapis-lapis tadi semestinya yang terbaik. yang terbaik dari seluruh negara. tapi sayangnya kami 24 orang disia-siakan. mungkin pada pandangan pak menteri 24 orang tu sikit sangat.

tapi tahukah kalian 24 orang ni mampu mengajar berapa ramai anak-anak malaysia kita? 24 tenaga muda yang semangat berkobar-kobar, yang sejak zaman belajar aku menjadi saksi sahabat-sahabat aku cakap,

'tak sabar nak jadi cikgu,'
'tak sabar nak ada anak murid sendiri.'

nak tunggu kemahiran kami berkarat, melusuh dan pudar dulu ke? dan jadikan alasan itu sebagai satu alasan untuk menggagalkan kami, jangan sia-siakan kami, kami aset negara. ikhlas aku ingin mendidik. tapi siapa aku, suara aku tidak didengari sang pemimpin.

1 comment:

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.