.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, March 18, 2011

petua mendapatkan pasangan 2

sambungan dari petua mendapatkan pasangan 1. dah lama sangat dah tersimpan dalam draf.. baru terasa nak post.. heheh

  • Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
  • Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
  • Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
  • Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
  • Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

  • Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
  • Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
  • Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
  • Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

  • Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
  • Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
  • Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
  • Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

  • Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
  • Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
  • Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
  • Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

  • Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
  • Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
  • Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
  • Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
  • Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
  • Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

  • Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
  • Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
  • Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
  • Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
  • Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

  • Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
  • Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
p/s : bila baca semua ni baru faham sesetengah keadaan.. dan tetiba rasa nak berumahtangga.. bak kata org.. terasa nak menikmati keindahan syurga cinta.. ngeh3.. gatalnya.. hahaha

Wednesday, March 16, 2011

jangan baca, nanti pening..!!

bulan ni dah sampai separuh.. tapi baru 1 entry aku post.. bukan aku x ada cerita.. banyak sangat.. sampai tak tertanggung rasanya.. tapi aku sendiri tak pasti nak mula bercerita dari mana.. dan perlu ke aku bercerita? teruknya..


kenapa sampai macam ni? aku pon xtau jawapannya.. tapi sekarang aku rasa ingin cakap sesuatu.. tapi aku tak tahu apa yang aku nak cakapkan.. aku kecewa dgn diri aku sendiri.. kadang2 rasa macam terhimpit.. rasa nak je balik rumah.. xnak dah datang universiti..


kenapa? xde apa yang salah dgn uum ni.. malah aku sgt selesa dan suka di sini.. tapi tu hanya sebahagian.. tapi sebahagian dari jiwa aku xde kat sini.. dimana? aku xpasti.. jadi aku ingin sangat balik rumah.. dan kumpul segala jiwa aku yang terbang entah ke mana tu, dan letakkan di rumah..


kadang2 aku fikir aku ni bodoh.. malah kadang2 aku rasa aku gila.. kenapa? aku xmampu ceritakan.. kalau aku cerita mungkin mereka yang mendengar akan cakap aku betul2 gila.. dah la.. malas aku fikirkan kegilaan aku yang tah pape ni..

p/s : lily, saya nak minta maaf.. saya rindu kat awak.. :(

Wednesday, March 9, 2011

monolog dialog jiwa..

kadang2 saya rasa saya bersendiri.. berada di atas bumi ini.. belajar bertatih.. belajar senyum.. tapi kadang2 saya tetap jua jatuh terduduk malah menangis.. sering saya bertanya pada diri saya.. mengapa terlalu mudah untuk saya menangis.. sampai saya lupa.. saya sepatutnya bersyukur.. saya menangis kerana Allah telah kurniakan air mata kepada saya.. saya menangis kerana Tuhan tidak lupa untuk memberi saya perasaan.. tanpa perasaan apalah erti kehidupan...

namun, kadang2 saya jahil bila memikirkan tuhan tiada untuk saya.. alangkah berdosanya saya.. saya lupa.. ketika saya senang.. jarang pula saya berkata Alhamdulillah apatah lagi untuk sujud syukur atas nikmatnya.. namun bila susah saya merungut.. di mana tuhan untuk saya?? padahal saya yang buta hati.. kerana susah itu adalah petanda dari tuhan.. Dia sedang mengajak saya kembali kepada-Nya

sebenarnya saya tidak bersendirian.. Tuhan masih sayangkan saya.. Dia tidak biarkan saya keseorangan.. di kiri dan kanan saya ada malaikat yang menjaga.. didalam hati saya ada cinta saya pada ibu bapa abang kakak serta adik saya.. di dalam minda saya ada sayang kepada saudara mara saya, kawan2 saya,

di dalam hembusan nafas saya ada seorang insan yang belum saya temui.. insan yang seperti oksigen kepada saya.. saya amat merindui dia.. walaupun kami belum pernah berkenalan apatah lagi bertemu.. siapa dia? dia yang bakal menjadi pelengkap hidup saya.. dia yang akan saya tumpahkan kesetiaan.. kerana saya adalah tulang rusuknya yang masih mencari siapa dia..


.:iklan nuffnang:.