.:abg nuffnang duk sini:.

Thursday, April 5, 2012

petua dari Imam Syafie


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. 

♥sharing is caring ♥

♥mugmerah


Tuesday, April 3, 2012

waktu itu enggan berhenti..

jarum kecil itu terus berginjak. 
langsung terus menjadi sombong untuk berhenti.
mengheret aku untuk menghitung.
 usia yang turut bertambah. 
setiap detik tanpa simpati. 


setiap patah huruf yang aku tekan.
menggambarkan waktu itu terus berlalu. 
walaupun hanya sebutir titik noktah. 
siapakah aku untuk menghalang waktu itu 
dari terus berlalu?

tapi adanya aku untuk berfikir. 
seiring dengan berdetiknya waktu itu. 
adakah kurang.
adakah lebih bertambah?


namun
aku langsung masih tidak berganjak. 
atau lagi makin berkurangkah? 
sejenak berfikir. 
rasa gundah itu bertandang lagi. 

terus aku berfikir lagi. 
mahukah lagi masa yang ada itu di sia kan? 
atau aku perlu bergerak. 
bertindak mencari hala tuju sendiri. 
erti sebenar Sang Pencipta mencipta aku di dunia ini.

mugmerah.april.3.2012.17.50pm




Monday, April 2, 2012

‎10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

.:iklan nuffnang:.