.:abg nuffnang duk sini:.

Saturday, June 9, 2012

kalau dah suka dia, pilih je la dia.

Assalamualaikum..

hujung-hujung sem ni ramai pulak senior-senior aku yang dah nak habis belajar. lepas belajar habis. plan seterusnya biasanya kerja dan kawin. kerja boleh cari. banyak website2 pasal kerja. xnak lah cerita pasal kerja ni. aku nak cerita pasal kawin.

gambar hiasan

bila nak kahwin ni kena la ada calon. calon tu nak cari kalau ikut pesan Rasulullah ada 4 benda. rupa, keturunan, harta tapi yang paling penting agama dia. benda ni pon dah ramai yang ulas. korang boleh je cari kat page2 i love islam etc. tu.

yang aku nak cerita ni pasal "aku ada banyak pilihan". aku xtau nak pilih sape. kalau aku pilih tu nak ke dorg terima aku. persoalan pertama..

" dah tanya ke org tu. dah berpunya ke belom?." 

kalau dah tanya dan jawapan dia dah, sila jgn kacau ok. xbaik. kawan aku cakap kalau hari ni kita ambik hak org, nanti anak kita xada bapak. sinis. tp ada logik. well. fikir-fikirkan sendiri. dan kalau org tu belom berpunya. nak buat apa ekh? pegi jumpa wali dia la kan? setel kan cepat2. lambat2 nanti kena kebas baru bernanah hati. 

gambar hiasan

bila dah ada banyak piihan. <-- org yg rasa dia hot la ni kot. jgn la nak main2 dgn hati org pulak. dah ambik yang elok. jgn pulangkan yg rosak. hati yang rosak, sakit, bukan senang nak ubati. bila dah betul2 bersedia. pinang la dia. jadikan yg halal. 

aku xcukup ilmu lagi? rasanya xsalah belajar sama-sama kan? pada aku. yang penting betul2 bersedia. fizikal dan mental. kahwin bukan sehari. bukan seminggu. tapi kalau boleh seumur hidup. kalau setakat nak kahwin sehari/seminggu. baik xpayah. hidup xde matlamat. 

gambar hiasan

kalau xserasi? serasi tu apa? kenapa xserasi? sebab xnak cuba jadi serasi. dah tu nak buat  mcm mna? sebab tu la orang tua-tua suruh fikir betul2 dulu. jangan kahwin sebab nak seronok-seronok je. orang kahwin kita gatal semua tempat nak kahwin jgak. kahwin sikit mula nak gaduh2. pinggan retak seribu la. entah apa-apa. cuba la berfikir. berfikir. berfikir. susah sangat ke nak berfikir?

aku ajak korang berfikir. berfikir bukan untuk orang lain. berfikir untuk diri korang jgak. korang berfikir aku xdapat apa2. aku ingat pesan cikgu aku. 

ikut hati kita mati,
ikut rasa kita binasa,
ikut akal kita kekal,
ikut iman kita berteman.

korang pilih la nak ikut yang mana. nak pilih kena berfikir.

like jika korang berfikir.


Wednesday, June 6, 2012

sesuatu tentang kehidupan


ujian itu tidak akan datang jika kita xmampu laksanakan. pejam mata. lalui dengan sepenuh hati. everything is goona be ok. kalau kita fikirkan kita xmampu. kita lemah. lemah lah jadinya kita. jadi kita kena sentiasa ingat kita hamba yang kuat. ujian sedikit xkan sampai nak bergadai nyawa. kalau lalui dengan berjaya. alangkah indahnya dunia ini. orang yang tidak pernah berusaha tidak pernah berjaya. 

life is not just nothing. but life is something. 

enjoy ur life as long as you still alive. 

Saturday, June 2, 2012

kucing itu bukan najis


Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.


Setiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.


Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah suatu kali Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza.

Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. Nabi menekankan bahwa kucing itu tidak najis.Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.


Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.

credit to : ISLAM-I-Sincerely-Love-Allah-Muhammad

.:iklan nuffnang:.