.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, December 28, 2012

kitaran hidup manusia (teori psikososial eric erikson)

Assalamualaikum,

aku bizi tengah study untuk final exam. ni je sempat buat. tu pon sbb ada dalam past year question. :3

Terdapat 8 jenis dalam tahap-tahap perkembangan psikososial Erikson.

Psikososial tahap 1- percaya lawan tidak percaya   
      
#         Tahap pertama teori perkembangan psikososial Erikson adalah di antara waktu kelahiran sehingga berusia 1 tahun. Ia adalah tahap pertama di dalam kehidupan. Oleh kerana bayi sepenuhnya bergantung pada orang lain, perkembangan rasa percaya yang dibentuk olehnya adalah berasaskan kepada kepercyaan dan kualiti penjaga kepda bayi tersebut. 
#         Apabila seorang bayi berjaya membangunkan perasaan percaya, dia akan rasa selamat dan dilindungi di dalam dunia ini. Penjagaan yang tidak stabil, emosi terganggu dan rasa terasing yang akan menyebabkan bayi yang dijaga mempunyai perasaan tidak percaya pada persekitarannya. Kegagalan mengembangkan rasa percaya akan melahirkan perasaan takut dan yakin bahwa dunia ini tidak tenteram dan tidak dapat diramal dan dipercyai.
 
Psikososial tahap 2 – autunomi lawan rasa malu/sangsi

#         Tahap kedua teori perkembangan psikososial Erikson adalah di sepanjang peringkat awal kanak-kanak dan ia tertumpu pada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.Sama seperti Freud, Erikson juga percaya latihan ke tandas merupakan bahagian penting dalam proses ini. Namun alasan yang diberikan oleh Erikson adalah berbeza dengan Freud. Erikson percaya bahawa pembelajaran untuk mengawal fungsi tubuh seseorang akan membawa kepada tindak balas terkawal dan kemahuan untuk berdikari. 
#         Kaedah lain yang penting termasuk memberi lebih banyak peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan, permaianan dan pakaian.Kanak-kanak yang berjaya melengkapkan tahap ini akan rasa selamat dan yakin, sementara mereka yang gagal akan mempunyai perasaan ketidakcukupan dan rasa sangsi.

Psikososial tahap 3 – inisiatif lawan rasa bersalah

#         Kanak-kanak pada tahap ini mula berinteraksi dan terdedah kepada persekitaran. Mereka cuba mengambil banyak inisiatif untuk melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Namun jika ibu bapa mengkritik atau menggunakan dendaan atau kekerasan terhadap tingkah laku mereka, ini akan menyebabkan kanak-kanak tadi mempunyai perasaan bersalah pada diri dan tidak berinsiatif atau takut untuk melakukan sesuatu aktiviti.

Psikososial tahap 4 – industri lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)

#         Pada tahap ini kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Tahap pemikiran mereka mula mencapai operasi konkrit dan mula berfikiran logik. Mereka melakukan sesuatu dengan penuh minat, yakin dan tekun. 
#         Tanpa bimbingan dan galakan daripda ibu bapa, guru dan rakan sebaya akan menyukarkan keupayaan, keyakian dan kebolehan kanak-kanak tersebut untuk berjaya.

Psikososial tahap 5 – identiti lawan kekeliruan (12-20 tahun)

#         Pada tahap ini, remaja sama ada remaja awal atau remaja akhir akan berusaha mencari identiti dan persepsi terhadap dunia mereka sendiri.Remaja yang mempunyai identitinya akan mencipta rancangan masa depan yang memuaskan dan rasa terselamat. Sebaliknya remaja yang gagal akan memperkembangkan rasa keliruan peranan, hidup yang tidak bermatlamat, rasa tersisih dan sukar membuat keputusan.

Psikososial tahap 6- kemesraan atau pengasingan diri (20 -40 tahun)

#         Individu mula mencari kenalan atau cinta dan membentuk corak perhubungan. Individu memerlukan perhubungan bermakna dan kemesraan. Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan mendirikan rumah tangga. Dengan kata lain iaitu membolehkan orang dewasa akan berkongsi hidup bersama serta mencapai kemesraan atau kerapatan. 
#         Sebaliknya, orang yang masih bujang atau belum berkahwin akan merasa putus asa atau hidup dalam kekecewaan.

Psikososial tahap 7 – generativiti lawan pemusatan (40-65 tahun)

#         Generativiti merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan atau perkhidmatan kepada generasi akan datang. Seseorang dewasa akan berpuas hati jika dapat membantu anak-anaknya menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat. Sebaliknya, individu yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah memberi apa-apa bantuan kepada orang lain akan berasa kecewa dan kurang berpuas hati dengan hidupnya. Sebagai akibatnya, proses pemusatan kendiri akan berlaku pada individu tersebut.
 
Psikososial tahap 8 – kesepaduan lawan putus asa (65 tahun ke atas)

#         Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan melekukan refleksi kendiri. Dia akan mengingat kembali kejayaan dan kegagalan yang dialaminya pada peringkat awal. Jika seseorang berpuas hati dengan pencapaiannya pada peringkat awal, dia akan mencapai rasa kesepaduan. Jika sebaliknya, dia akan merasakan kegagalan dan hidup dalam berputus asa.
mugmerah said : kita semua pernah alami sebahagian daripada peringkat ni. dan InsyaAllah akan alami lagi sehingga peringkat yang terakhir. mmg ini teori barat. tapi tetap ada benarnya. kalau xpercaya nilai sendiri sepanjang hayat hidup kita. :) 



Tuesday, December 25, 2012

Nauzubillah. tanda-tanda hati mati.

Assalamualikum..

lusa aku dah nak exam, sebelum tu aku nak kongsikan sedikit ilmu untuk semua. satu renungan untuk kita nilai sendiri diri kita. jangan nilai orang lain. nilai diri kita.



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. 

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
  1. Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
  1. Zuhud dengan dunia
  2. Zikrullah
  3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
subhanallah. nilai sendiri sejauh mana matinya hati kita. aku xcakap kat orang lain. tapi pada diri aku sendiri. sama-sama lah kita hidupkan kembali hati kita yang mati atau hampir mati.


Monday, December 24, 2012

prezi online software untuk presentation

Assalamualaikum..

dah lama aku tak buat review pasal software kan? kali ni aku nak buat review pasal prezi. apa tu prezi? prezi merupakan satu online software yang menggunakan flash untuk menggantikan mic power point untuk presentation. prezi ni senang nak buat sbb dia dah ada template sndiri. kita cuma kena isi je yang mana patut.

jom tgok tutorial kat bawah. *penat den duk print screen. huk3
#1 sign up, nak senang guna je facebook.


#2 korang boleh customize profile. atau create new prezi. utk buat presentation baru.

#3 lepas tekan 'new prezi' korang kena tulis tajuk presentation tu & description. 
then tekan create new prezi kt bawah tu.

#4 menda ni keluar sbb dia tengah loading. maklumla wireless lembab mcm siput naik tangga.

#5 korg leh pilih template yg korang nak then pilih choose tu.

#6 korang akan dpt page ni. korang leh isikan pe yang perlu. dgn menu2 kat atas dan tepi tu.

#7 contoh untuk 'tittle' korang taip je mcm biasa. mcm power point je jgk.

#8 korang leh klik kt no 2 tu, utk ke kotak menulis yg no 3. faham?
*kalau xfaham tanya kt komen.

#9 korang isikan yg mna nak isi, bila dah siap, tekan kt yg atas belah kanan tu. save.
*kalau nak tros present tekan yg kiri.
#10 pastu kalau nak save as dlm laptop/pc, tekan download tu. kat atas. 
*penat la buat tutorial ni. -_-
#11 pilih la format yg nak. editable or not. aku amik yg not editable sbb nak bt tutorial je.
korg decide la sndiri. then tekan download.
#12 menda ni keluar. sabar menunggu.
#13 bila dia dah ready, download. lama giler kot dia download. sob3. 
#14 beliau tengah di'download'

#15 beliau dah siap di'download' pilih file yg exe. tu utk view.

#16 ni la hasilnya. tapi aku amik pic dia je la. mls nak upload yg application line sgt slow. 

#17 korang leh guna anak panah untuk ke isi kandungan. 
kalau xfaham buat sndiri. sng je. dan seronok.

p/s : apa pon yang berlaku jangan lupa siapa diri kita, siapa tuhan kita, siapa nabi kita, apa agama kita. dan apa2 lg yang berkaitan dengan kita. *mood konpiuss. 

p/p/s : den lupo nak bagi link prezi. (klik sini k)

.:iklan nuffnang:.