.:abg nuffnang duk sini:.

Saturday, March 9, 2013

hidup aku : semester enam!!

rasa macam melampau plak, buat entry bersifat peribadi kat blog ni. hihi. tapi still setakat story la. without any picture of myself. simpan untuk bakal suami. hehehe.

semester enam dah hampir sebulan. atau secara tepatnya 3 minggu hampir berlalu. nothing special. cuma bila dah tua ni rasa makin sedih la. dah tinggal lagi baki 2 semester. kawan-kawan yang 3 tahun semua dah nak habis. termasuk la my mr. teddy.

semester baru aku ada beberapa perubahan baru. antaranya.

perubahan yang kurang memberangsangkan. dari smartphone ke nokia torchlight. tp at least aku leh taip msg laju2 tanpa memandang keypad. hahaha. bangga sat neh! 0.0

terbeli mouse untuk kali pertama dalam sejarah hidup aku. dah la warnanya pink tulis barbie. stress sebab main game guna touchpad sangatlah susah. selama ni asyik dpat mouse free je. 

fokus kepada belajar mengait. tengah mencuba menyiapkan sapu tangan untuk mr. teddy. rasa mcm nak bt gift. dia kan da last semester. :(  sedihnya. 

cuba mengamalkan gaya hidup yang sihat. selain mula bermain tenis dan jogging secara konsisten yang tipu-tipu. aku juga cuba minum pati delima ni. kesian kat badan aku. nak guna lama lagi. tapi dah banyak yang sakit-sakit. 

p/s : nothing special.

Saturday, March 2, 2013

Siapakah Dr. Aafia Siddiqui?


Ya !! Allah Selamatkan La Dr Aafia Siddiqui....

Assalamualaikum w.b.t

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.


Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah.

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.


Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ***** untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma.

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Keadilan untuk Aafia!! tolong SHARE!!!

Sumber : facebook page Ahli Fikir

Friday, March 1, 2013

sedarlah wahai manusia.!

seringkali kita rasa bangga dengan apa-apa yang kita dapat. nak-nak lagi kalau apa yang kita dapat tu orang lain tak ada. contohnya banyaaakk sangat. malas la nak sebut2 benda yang remeh-temeh. hehe.

lepastu bila kita tak dapat pulak, mula la rasa nak jeles, rasa sakit hati. warghhh. kenapa aku guna henpon nokia torchlite je? sedangkan orang lain boleh guna iphone, boleh guna blackberry. kadang-kadang rasa tu normal la. aku pon selalu gak rasa macam tu. ikhlas ni. heheh!

nak handphone ni. sob3.

tapi just ingat la. semua tu sementara je. iphone tu rezeki dia, bukan rezeki kita. nak fikir kita susah. at least kita tetap ada handphone torchlight tu. daripada mereka yang nak beli roti pon xde duit. manusia mcm kita ni memang susah nak bersyukur.

minggu lepas aku pergi bank, nak mintak penyata akaun bank aku. sebelum tu aku pergi beli tudung. harga asal RM50 untuk 2 helai. aku dapat harga kurang jadi RM40 untuk 2 helai. kira aku save RM10 la. lepas tu, aku pergi bank tu. mintak penyata. RM5 sehelai, aku pon dengan yakin mintak dia print penyata tu. ingatkan 1/2 helai je, rupa2nya 8 helai. melayang RM40 aku. hahaha.


pedih doe. cuba bayangkan kalau RM40 tu aku beli speaker baru ke, dakwat printer baru ke, buku teks akaun aku ke, huuu. merana omak sekejap!

then, aku tak give up dan menangis tergolek-golek hanya semata-mata RM40 aku telah lesap dalam masa yang sangat singkat hanya untuk 8 helai penyata bank. aku fikir. dah duit tu bukan rezeki aku. kalau aku ikhlas, aku yakin, insyaAllah akan datang lagi rezeki untuk aku.

Alhamdulillah, sekarang aku dah rasa lega. tidak lagi dihantui oleh RM40 aku yang hilang. ikhlas sangat penting dan kita kena sedar. tak semua yang memang ditangan kita adalah sepenuhnya hak kita. bila-bila masa je dia boelh diambil balik. handphone yang korang guna duk bergayut ng bf/gf masing2 tu pon. kalau dah sampai masa dia bukan lagi rezeki kita, dia mungkin akan hilang. rosak. atau meletop!! bomm!!

ok bye! jaga diri. jaga rohani. ikhlaskan hati.

p/s : lecturer akaun aku pesan. "jadilah punca pahala kepada orang lain, jangan jadi punca dosa". smile.

.:iklan nuffnang:.