.:abg nuffnang duk sini:.

Thursday, April 18, 2013

karipap kentang blackpepper

Assalamualaikum..

dah lama giler kan aku tak buat entry baru. maklum la sebelum ni tak ada semangat nak buat blog. tapi sejak dah dapat renew domain ni rasa rugi la kalau tak update. hehe.

hari tu aku ada kelas. (erk! bukan tiap2 hari ke aku ada kelas?). lepastu ada kawan aku beli karipap kentang lada hitam. sedap siot aku pernah makan. jadi dengan perut yang meminta-minta dan akal yang membayang-bayangkan karipap yang garing dan enak tu masuk dalam perut aku. aku google la rasepi. nak kena buat bila balik rumah nanti. hehe. tak sabar ni nak balik cuti pilihan raya. padahal tak leh mengundi sebab tak daftar.

dah la. stop mengarut-ngarut. jom salin rasepi ni.

untuk kulit karipap (sumber dari : blog saujana syarasin )



Bahan-bahan :

4 cwn tepung gandum
2 sudu besar butter - panaskan
1/2 cwn minyak masak-panaskan
secubit garam
1 cwn air suam

Cara-cara:

  1. campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). 
  2. Gaul rata guna sudu sbb panas. 
  3. Bancuh air+garam. Masukkan sedikit2. 
  4. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.



untuk inti black paper pulak aku ambik dari blog qaseh johanna.



Bahan - Bahan:

4biji kentang saiz penumbuk - dadu
1labu bawang besar - dadu
1labu bawang putih - cincang halus
2kiub ayam
2sudu besar serbuk lada hitam
Daun sup - hiris halus

Cara - Cara:

  • Tumis bawang putih sampai sikit garing.
  • Letak air dalam 2cawan. didihkan air, masukkan kiub.
  • masukkan kentang dan bawang besar.
  • dah separa empuk, letak lada hitam.
  • dah masak, masuk daun sup. siap !


dalam inti ni, kalau korang nak tambah daging ke, ayam ke boleh je. kalau nak guna daging burger ganti daging ayam pon boleh. ok.

selamat mencuba. yummy!

jom like dan share artikel ini. :)
jgn lupa komen sekali.

sejarah daerah besut


Daerah Besut diantara sebuah Daerah yang berada dalam negeri Terengganu. Ia terletak di bahagian utara Negeri iaitu bersempadanan dengan Negeri Kelantan yang luasnya kira-kira 1978.76 KM persegi. Secara puratanya penduduk daerah Besut 95% adalah dari kalangan orang Melayu.


Sejarah Daerah Besut sememangnya menjadi persoalan dan tanda tanya antara mitos dan fakta bagi setiap warga Besut sendiri, Tanpa catatan bertulis, mitos yang kini menjadi fakta ‘sejarah’ dengan bangganya diturunkan dari generasi ke generasi mengenai kisah diantara Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu yang mempertaruhkan Besut dalam perlawanan sabung ayam. Dulu, Besut dikatakan salah satu daerah yang terletak di bawah naungan Kelantan dan ianya bersempadanan diantara Kelantan dan Terengganu. Satu ketika, Sultan Kelantan dan Terengganu telah mengadakan perlawanan sabung ayam diantara mereka. Sultan kelantan telah mempertaruhkan Besut sebagai cagaran jika baginda kalah, ternyata sultan kelantan akhirnya menemui kekalahan di tangan Sultan Terengganu dan terpaksa akur pada janjinya untuk menyerahkan Besut kepada Terengganu. Selain itu, ada juga yang mengaitkan loghat Besut yang hampir sama dengan Kelantan untuk menguatkan fakta ini. Walau bagaimanapun mitos ini hanya sekadar mitos yang belum tentu ada kebenarannya.


Sejarah awal daerah Besut masih kabur dan tiada keterangan atau bukti bertulis yang kukuh mengenai perihal daearah Besut. Namun, menurut cerita secara lisan yang diwarisi dari orang-orang lama, terbitnya nama Besut ini adalah daripada nama seorang Ketua atau Sakai atau mungkin juga Tok Batin, mungkin di zaman moden ini kita panggil ‘District Officer’ (D.O). Dahulunya, daerah ini diperintah oleh seorang lanun yang dikenali sebagai “Raja Sang Nyana” disebabkan kedudukan Geografi daerah Besut yang dahulunya boleh menjadi sarang lanun dengan wujudnya pulau-pulau berhampiran dengan pantai seperti Pulau Rhu (sekarang ramai yang memanggil pulau Rhu dengan paggilan Pulan Ikan Paus disebabkan bentuknya yang hampir sama dengan ikan paus). Ditambah pula dengan bukit keluang yang terletak sebahagian di gigi air di tepi pantai yang jauhnya dalam 6.44 KM daripada Kuala Besut dan ia memepunyai beberapa buah gua batu yang yang sangat sesuai bagi perlindungan lanun.

Tidak lama selepas itu, khabarnya sekumpulan pedagang dari Patani telah datang ke Besut diketuai oleh Encik Wan. Beliau dikatakan berasal dari Sumatera. Diceritakan, Disebabkan berlaku pertukaran mata kail Encik Wan dapat memujuk puak-puak pangan yang mendiami di kawasan tersebut berpindah dari tempat kediamannya ke tempat yang lain di bawah ketuanya yang bernama Pak Wong. Tempat berlakunya rundingan dan pertukaran mata kail kini dikenali sebagai Kampung Nail yang terletak berhampiran Kuala Besut. Encik Wan kemudiannya telah membuat perkampungan di tepi Sungai Besut yang akhirnya diberi nama Palembang (merujuk kepada tempat asalnya palembang sumatera). Setelah Encik Wan meninggal, Encik Namat iaitu anaknya mengambil alih pimpinan menjadi ketua. Ketika ini, ia mendapat tentangan yang hebat daripada lanun-lanun yang berkubu di pulau-pulau sekitar Besut. Akhirnya, beliau meminta bantuan daripada Sultan Mansur I untuk menewaskan lanun-lanun yang menentangnya. Anak baginda sendiri, iaitu Tengku Abdul Kadir telah datang mengetuai pasukan tersebut dan telah berjaya, kemudian Tengku Abdul Kadir telah dijadikan pemerintah bagi daerah Besut. Tengku Abdul Kadir telah berjaya mentadbir Besut dengan cemerlang dengan membina benteng-benteng pertahanan sepanjang sungai Besut yang berhampiran dengan Palembang dan menjadikan Kg Raja sebagai kawasan kediamannya.


Setelah Tengku Abdul Kadir meninggal dunia, anaknya Tengku Ali telah mengambil alih kuasa dan menjadi Ketua bagi daearah Besut, namun, beliau enggan mematuhi pemerintahan YangDipertuan di Kuala Terengganu. Akhirnya, tercetuslah peperangan diantara pasukan dari Terengganu dengan pasukan Tengku Ali pada 22 November tahun 1875. Tengku Ali dikatakan memberontak Kepimpinan Sultan Umar disebabkan pemerintahan baginda memerintah daearah secara langsung. Tengku Ali telah memerintah Besut selama 15 tahun tanpa mempunyai hubungan yang rapat dengan istana di Terengganu walaupun beliau merupakan anak sepupu baginda dan dilantik sebagai pemerintah di Besut, tetapi, Tengku Ali secara rahsia mendapat bantuan daripada daripada Kelantan untuk menjatuhkan takhta baginda dan digantikan dengan Tengku Cik Muda Putra, Yamtuan Muda Tengku Abdullah (saudara baginda). Persiapan telah diatur untuk melantik Tengku Ahmad anak saudara baginda menjadi Yamtuan Muda dan baginda telah menjemput Tengku Ali untuk menghadiri istiadat tersebut, namun, Tengku Ali tidak memperkenan jemputan tersebut. Apabila baginda menghantar wakil sebagai utusan kepada Tengku Ali, didapati Tengku Ali sedang berkumpul di Kampong Raja dengan pasukan dari Kelantan yang siap bersenjata.

Kemudian, pihak baginda telah mengutus surat bantahan kepada siam di senggora dan juga amaran kepada pemerintah Kelantan supaya tidak mencampuri hal di Besut. Sultan Umar kemudian menghantar mufti Hj Wan Abdullah Muhammad Amim ke Kelantan menyampaikan hasrat beliau tidak ada niat untuk mengubah persempadanan diantara Terengganu dan Kelantan. Baginda kemudiannya juga menghantar angkatan perang ke Besut seramai 8000 mengikut laut dan darat. Angkatan ini diatur oleh Engku Sayed Seri Perdana (Zain Bin Muhammad) yang dianggap sebagai perdana menteri baginda, mereka telah membedil Besut dari laut, apabila sampai dikatakan Tengku Ali sempat melarikan diri ke Kelantan dan meninggal dunia disana. Kemudian, pemerintahan Besut diwakilkan kepada Tengku Chik Haji anak Tengku Abdul Kadir. Semasa pemerintahan Tengku Chik Haji daerah Besut dikatakan telah menghadapi zman perubahan dan beransur-ansur maju.


Kesimpulanya, mitos mengenai Besut berasal dari Kelantan dan Sultan Terengganu menang taruhan ke atas Besut hanyalah mitos semata-mata tanpa fakta sejarah. Besut semangnya di bawah kepimpinan diraja Terengganu selapas Tengku Abdul Kadir mengambil alih pimpinan daripada Encik Namat.

share from : Nik Mohd Adham

jom like dan share artikel ini. :)

Monday, April 1, 2013

belum mampu nak kawin usia muda

bila tengok orang lain yang sebaya masing-masing dah ada pasangan hidup yang halal, terdetik kat dalam hati ni. indahnya kalau aku pun dapat kawin jugak dengan orang yang aku sayang. bukan sebab aku gatal semata-mata. *eheh! maksudnya ada la jugak gatal tu sikit. hihii. tapi juga sebab memang dah umur aku ni kalau zaman nenek moyang kita dulu dah ada anak paling sikit pon 5 orang da agaknya. haih! nak buat macam mana. zaman aku sekarang. zaman astro. macam-macam. zaman orang kawin umur belasan sampaila orang yang umur dah 50 tapi xkawin-kawin lagi. 

gambar ni kita curi kat google tau. bukan gambar kita. kita xkawin lagi.

bila aku fikir-fikirkan. ada la jugak aku usulkan. apa kata kita kawin je? xpayah dah nak bercinta cintun lama-lama. kalau dah kawin kan senang. dah tak payah sibuk-sibuk pikir bila nak kawin. kan senang. tapi bila dihitung tambah tolak lagi. mana boleh. sabar la dulu. kita ilmu belum cukup. 
"eh? ilmu tu bukan ke boleh kita belajar sama-sama nanti?'
memang la. tapi bukan itu je yang penting. sumber kewangan lagi. masak dah pandai ke? kalau takat masak megi letak telur tu. baik xpayah. "maid kan ada?" amboi. banyak plak duit hang nak gaji maid!
"diut ptptn kan ada?" 
apa ko ingat duit ptptn tu untuk belanja anak bini ke? tu untuk belanja belajar. belajar la dulu bagi habis. xlama pon. *bagi aku. ada lagi 2 semester je pon. lepas tu. boleh la nak pikir lagi. umur pun muda lagi. kerja belum. nak cuci pinggan sendiri lepas makan pon malas. ada hati nak kawin muda. teheee.

alamak. mr. Teddy, gmbr ni mcm gmbr kita plak. cuma tukar part mata je. terbalik. O_O

tapi kalau dah jodoh sampai. keluarga semua dah setuju. sanggup pikul tanggungjawab. teruskan. insya Allah aku doakan kalian semua bahagia. tapi kena ingat kawin bukan untuk 1 hari, 1 minggu, 1 bulan. tapi untuk seumur hidup. Insya Allah. kalau sekarang umur 20. jika takdir kita hidup smpai umur 60. maka. 40 tahun kita akan hidup dengan pasangan kita. jadi buat lah keputusan baik-baik.

p/s : kepada kawan-kawan yang dah kawin muda. tahnian aku ucapkan. semoga kalian bahagia sampai syurga. kepada yang dah ada pilihan hati, tapi belum kawin. jangan sedih-sedih. insya Allah, sampai masa kita. boleh jgk kita jadi suami/isteri.

special p/s : to my mr. Teddy. insya Allah i will wait for u. to be by your side until Jannah. <3 *malu tiba2. 

.:iklan nuffnang:.