aku sebenarnya nak list tentang perjalanan sepanjang tahun 2010..
januari - april
aku menghabiskan masa bertungkus lumus di kolej matrikulasi pahang.. masa ni dah sem 2.. tekanan dgn paper math dan ekonomi.. kenangan aku menangis dlm kelas.. belajar bersama2 kawan2 yang banyak membantu.. sem 2 di matrik juga aku jatuh cinta.. dan kecewa kembali kerana boy tu dah ada gf.. tp xpe.. dunia belum berakhir dan aku kena habiskan matrikulasi dengan jayanya atau xleh masuk universiti..
masa pertengahan bulan 4 study week.. final week.. sangat menyedihkan.. sampai aku wish kalaula kami semua akan terus di matrik dan xkan pindah ke universiti dan masa tu sanggup lak hadapi dunia matrik yg KEJAM untuk 2 atau 3 tahun lg.. atau smpai bosan.. tp setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. kami semua berpisah.. hari terakhir di matrik dan aku masih sangat rindukan mereka semua..
april - julai
lepak di rumah sambil tunggu result final matrik dan tawaran masuk u.. rilex tapi mendebarkan.. semua benda bermain di fikiran.. kalaulah aku xlepas matrik mana arah tuju aku.. kalau xmsuk u nak pegi mana.. masa cuti 2 bulan lebih mmg bosan.. nak kerja ayah aku xbg.. duk rumah makan dan membuta.. masa tu xknal blog lg.. heheh..
tp Alhamdulillah result matrik yg cukup2 makan membolehkan aku lepas untuk ke universiti.. dengan kejayaan dalam temuduga bertulis dan lisan untuk ambik ijazah pendidikan.. aku lepas lolos ke Universiti Utara Malaysia.. dan aku sangat bersyukur..
julai - disember
awal bulan julai aku di UUM, dengan orentasi yang mencengkam jiwa.. menghitamkan wajah dan menambah rasa sebal menyesal masuk U untuk seketika.. tp selepas segalanya selesai ternyata UUM sangat best.. dan aku menghabiskan sem 1 di UUM dengan berpoya2 bajet aku ni mmg akan dekan.. bermula era ponteng kelas. heheh.. tp time insaf aku antara yg awal ke kelas.. mula kenal assignment.. haa.. dan yg paling best bila aku join kelab go-kart.. hohoh.. dan aku berjaya jadi krew dan sempat menjadi lap scorer utk 1 race dan marshall utk 1 race.. dan yg pasti main go-kart.. (xsabar nak tunggu g uum blik ni.. nak main go-kart)..
tp hidup xsemua gembira.. lau ada suka duka juga pasti ada.. sem 1 di UUM aku jatuh cinta/suka.. tp ternyata kisah lama berulang. jatuh cinta pd pkwe org xberguna wlaupon ada feedback, aku pasrah.. dan nekad xnak bercinta walaupon jatuh cinta.. dan singgle smpai kawin.. :D nggee~
study week di UUM, banjir di Kedah.. raya haji.. final exam.. dan kisah sedih husband sepupu aku yg meninggal dunia pada 12 dis yg lepas (al-fatihah)..
disember (sekarang)
aku tersadai di rumah.. mula berbloging dan menghabiskan cuti sem 1 dgn gembiranya di samping menambah tidur utk topup tidur yg xckup sepanjang tahun 2011.. serta main game yang berlambak2 belum habis level.. kih3
esok
bermulalah hari baru di tahun baru dgn azam baru..
selamat tahun baru.. dan goodbye 2010..
yess siap.!!
oh tidak !!! awak student uum jugak ke?? ahhah ida pun samer la,, ida kat proton ,, awak kolej mane?? huhu
ReplyDeletelupakan semua kesedihan 2010 okeh, ! =)
hahaha.. a'ah.. aishah kt muamalat.. sebelum ni aishah ada jmpa lg 2 org blogger uum.. :D
ReplyDelete