.:abg nuffnang duk sini:.

Wednesday, May 11, 2011

telingaku melihat..? mataku mendegar?

kadang2 kita terkalu berharap. berharap malam menjadi siang. dan bila tiba siang kita berharap siang cepat menjadi malam. seperti aku sendiri. ketika kecil memohon

"cepatlah aku dewasa, xsabar aku untuk bebas seperti mereka.."

kononnya bebas berbuat apa mengikut kehendak..

tapi kini, bila aku dewasa, aku sedikit terpana.. kebebasan yang aku puja2 dahulu tidak lah semanis yang di sangka..


adat manusia, bila kita susah kita seolah ingin menjerit

"dunia tolonglah aku, aku dalam kesedihannn.."

begitu juga jika kita dalam kesenangan, sebolehnya kita mahu menunjuk2.

"aku sedang gembira duniaaa.. hahaha"..

mungkin hakikat itulah dunia yang sebenarnya.. ya mungkin dan mungkin..

didalam secelaruan dan kegelapan kita mengharap. datanglah cahaya. munculah tangan. menerangi kegelapan. membebaskan kita dari kecelaruan. tapi bila kita di ulit kesenangan. lupa pula kita untuk menerangi dan menghulur. menerangi yang dalam kegelapan dan menghulur kepada yang menggapai.


kadangkala air mata ingin menitis. xsanggup bersama sang mata yang terlalu banyak berpura-pura. berpura-pura tidak melihat. sedang air mata itu sendiri tidak sanggup lagi turut bersama. tidak mampu lagi melihat bersama. air mata itu ingin pergi bersama sang duka dan lara. sedangkan telinga mendengar. lantas telinga berbisik pada hati. hati pula menjerit.

"kenapa engkau berlagak kuat? sedang aku tahu engkau tidak sekuat yang dibanyangkan kerana aku yang merasai kesakitan itu"

namun akal meningkah.

"perlukah aku menurut tanpa berfikir sedang Tuhan itu maha bijaksana mengurniakan aku akal untuk berfikir sebelum bertindak."

sejurus aku menarik nafas.

"tenanglah wahai hati. yang benar itu kadang kala memang pahit. tapi yang pahit itu akan manis akhirnya."


kata pepatah yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti. tapi hati masih ragu2.. bilakah yang patah itu akan tumbuh, mungkinkah yang hilang itu akan berganti.. atau adakah sebenarnya yang patah susah tumbuh tanpa aku sedari. namun yang berganti adakah sama dengan yang hilang. pada aku sudah pasti tidak. cuma hati masih berharap. yang tumbuh berganti lebih baik dari yang hilang yang patah..


6 comments:

  1. warghhh kata anda sgt hebat!! dan sgt mendalamm izin share eah :) thnks :D

    ReplyDelete
  2. kamu berbakat..
    boleh tulis novel..
    :)

    ReplyDelete
  3. dayah : alamak segan laa.. huhu.. btw thanx..

    ReplyDelete
  4. fadxieza : mna la ada bakat.. tu yg terendam punya terkeluar tiba2.. hehe.. thanx a lot.. :)

    ReplyDelete
  5. liena : btul tu.. mcm kebenaran.. mmg pahit.. tp org kata yg pahit tu ubat..

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.