.:abg nuffnang duk sini:.

Thursday, June 16, 2011

agi idup agi ngelaban..

teringat aku akan kata2 semangat pewira bangsa kita. Rentap. kata rentap 'agi idup agi ngelaban'. maksud dia. selagi hidup terus berjuang. ayatnya ringkat sahaja. tetapi pada aku memberi bukan sedikit maksud. bukan satakat maksud yang terlahir dari bahasanya. tetapi juga dari penghayatannya.

jika kita renung2kan. kita menghadapi banyak kesukaran dalam hidup. sampai kadang kita terasa hampir tersungkur. namun kita tidak sepatutnya terus rebah bersama kesukaran. sebaliknya bangkit dan terus berjuang. terus berjuang selagi ia belum selesai.


sebenarnya perjuangan bukan sahaja dalam pelajaran. perkerjaan.malahan merangkumi segenap aspek kehidupan. termasuklah urusan jual beli. kekeluargaan dan sebagainya. jika kita lihat. kebelakangan ini ramai insan malang yang sanggup bunuh diri kerana tewas dalam perjuangan kehidupan. kononnya ingin menamatkan beban yang ditanggung. tanpa sedar lebih banyak masalah yang akan timbul.


jika kita dalam bebanan. kita renungkan apa akan berlaku jika kita tidak tabah. bandingkan jika kita berjaya selesaikan masalah tersebut. kita akan tenang malah lebih bahagia. untuk mendapat kesenangan kita perlu berusaha. bukan mengalah sebelum sempat bermula. kata orang jika sesat di lautan dalam. teruskan berenang. kerana jika kita berhenti. kita mungkin akan kelemasan.

jadi teruskan berenang sampai bertemu tepian.

agi idup agi ngelaban.

0 komen:

Post a Comment

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.