Assalamualaikum sahabat..
rasanya dah lama benar aku tak menulis kat sini. bukan sibuk mana pon. cuma terasa seperti mahu hilang sekejap. mencari diri sendiri yang hilang ditelan arus kehidupan yang sangat hebat dugaannya. diri yang kadang kala cuba melarikan diri dari realiti sebuah kehidupan. cuba menjadi insan lain yang diri sendiri sukar untuk mengerti. apatah lagi sahabat sekalian.
sesekali bila penat mengejar bayang diri sendiri, aku pejamkan mata. aku renung liku-liku kehidupan aku. sedih. banyak masa yang aku sia-siakan. namun aku bersyukur. aku masih diberi rezeki. iaitu sebuah kehidupan dan kesihatan. dan dengan rezeki itu aku cuba untuk tidak lagi hanyut. tapi mampukah aku? ya, hidup itu rezeki, kerana ianya satu pemberian. dan bila-bila masa ianya akan ditarik. jadi bersedialah. siapa sangka kalau selepas ini tiba masa untuk aku menyerahkan kembali nikmat kehidupan yang sedang aku nikmati ini. Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa. aku perlu akur. tiada daya dan upaya untuk aku melawan kehendak dan takdir-Nya.
aku hitung lagi. perjalanan hidup aku. masa lalu yang semakin menjauh dan masa depan yang semakin mendekat. Ya Allah, tabahkan hati hamba Mu ini dalam menerima segala ketentuan Mu.
p/s : zikir itu pengubat hati. penenang emosi. makanan rohani.
sumber gambar :
google.com
dh lama tak jenguk blok ni...kakak
ReplyDeleteyela.. kakak time bosan baru dtg. kalo xsenyap je. :p
Deletep/s : dibah suh msg dia.