.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

5 petua penting mengemukkan badan

ok fine. ramai orang nak jadi kurus tanpa sedar ramai juga sebenarnya nak jadi gemok. and actually that person is me. haha. dengan tinggi 162 and berat about 40 plus plus. pada aku dan mengikut kiraan BMI, aku agak atau tergolong dalam kumpulan kurang berat badan. so, how to gain some weight? *pergghh. aku heran orang makan sikit boleh gemok, aku mkan banyak xnak pulak gemok2.* sigh!

now lets read!

1. eat, eat, and eat.
wargghh. yup eat. makan sekerap yang mampu. kalau korang jenis yang cepat kenyang cuba makan sikit2 secara berterusan. xperlu la sampai nak makan nasi dengan kari mamak sampai 84 kali sehari. cukup dengan makan makanan ringan. *opss bukan mee segera ok. makan biskut, buah2an lagi? hmm. makanan la. apa2 saja. coklat. ermm. yummy. 
 

2. kurangkan pedas dalam makanan.
makanan pedas seperti yang aku cerita kat sini. bukan sekadar mengundang gastrik but actually menyebabkan badan kita membakar kolori. so bagi orang kurus. opss. kurang berat badan ni. kita nak menambah kolori. so jgn makan makanan yang terlalu pedas. so kurang kolori dibakar. jimat kolori. gain weight. yeahha!
3.  minum air masak.
air masak penting untuk membantu melancarkan sistem pencernaan kita. so, badan kita akan kurang toksin dan membantu kita memgemukkan badan secara sihat. selain itu, badan kita kurus mungkin sebab kurang air dlm badan. *kadang2 rasa mcm nak pegi hospital suruh nurse masukkan air dlm badan. kui3
4. owh. supplement tambahan.

produk menggemukkan badan kat kedai. actually aku pernah try beberapa. Appeton Weight Gain. dan dlm masa 3 minggu aku dapat naik 3 kilo. tapi tu lama dulu. and if korang btul2 rasa nak gain some weight why not give a try. atau boleh pergi farmasi dan cari supplement untuk tambah selera makan. gud luck bebeh!
5. last but not least.
exercise is very important. bersenam dapat membantu kita membina otot. bila otot dah mcm ahli bina badan confirm dah xnampak kurus dah. at least akan nampak sedikit berisi dan tegap. selain tu bersenam membantuk kita gemuk dengan otot. bukan gemok dengan lemak. understand student. tehee. :|]
gud luck all. nak gemok ke. nak kurus ke. tetap kena amalkan gaya hidup sihat. tapi jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada. jangan bila badan kita dah cantik mcm retis hot kita sedap2 pulak nak mengata mereka yang kurang cantik.

p/s : aku ada tips no 6. kahwin. hehe. orang cakap lepas kawin bleh jadi gemok. how? korang google la sendiri. hek3. tapi sekarang belum sampai masa. tunggu abg teddy masuk minang la dulu. hik3.

kalau berguna share la kat kawan.

Thursday, February 10, 2011

Petua Mendapatkan Pasangan 1

hari ni aku nak kongsi petua untuk dapatkan jodoh oleh Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.. memandangkan aku ada kerja lain nak buat.. jadi sila lah baca.. :)


  1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
  2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
  3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
  4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
  5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
  6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
  7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
  8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
  9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
  10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
  11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
  12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
  13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
  14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
  15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
  16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
  17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
  18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
  19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
  20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
  21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
  22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
  23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
  24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
  25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
  26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
  27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
  28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
  29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
  30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama

bersambung...

.:iklan nuffnang:.