.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label sosiologi pendidikan. Show all posts
Showing posts with label sosiologi pendidikan. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

gambar susun atur bilik darjah yang menarik

sebagai seorang bakal guru dan  pelajar. aku percaya bahawa iklim bilik darjah membawa kesan yang besar kepada tumpuan pelajar dan sebagai faktor untuk seseorang pelajar untuk berasa seronok berada di dalam kelas.

setiap manusia secara fitrahnya inginkan suasana yang kemas dan cantik. bilik darjah yang positif dapat membantu guru untuk mengawal pelajar daripada berkelakuan negatif. kat sini aku ada sediakan beberapa reka bentuk atau susunan bilik darjah yang menarik yang boleh digunakan oleh para guru. terutamanya guru tadika, pusat asuhan mahupun sekolah rendah.

sangat kemas. sesuai untuk pelajar yang lebih dewasa. mungkin pelajar kolej, universiti, atau sekolah menengah. 

sesuai untuk sekolah rendah. 

sesuai untuk pusat asuhan atau tadika.

sesuai untuk kanak-kanak berusia bawah 9 tahun. a.k.a tadika dan sekolah rendah

sesuai untuk tadika dan pusat asuhan

kemas dan cantik. macam kelas memasak kanak-kanak. hehe

untuk kanak-kanak yang comel

untuk tadika

pusat asuhan dan kanak-kanak yang baru belajar untuk belajar

bilik darjah untuk sekolah rendah.

tadika

secara keseluruhannya. kalau kita lihat sekolah-sekolah di negara kita mempunyai design bilik darjah yang hampir sama. meja biru + kerusi biru + papan hijau + papan kenyataan sebelah kiri dan kanak + pintu masuk + pintu keluar + meja guru. mungkin jika wujud sedikit kelainan dalam susunan bilik darjah dapat membantuk membawa iklim positif ke dalam bilik darjah sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan menarik serta seronok. 

p/s : sama-sama lah kita berusaha membawa sistem pendidikan negara kita kearah yang lebih positif. kearah pembentukan generasi baru yang lebih positif dan cintakan keindahan.

Sunday, January 1, 2012

fungsi sekolah dalam masyarakat

salam. study3. final lagi 2 hari untuk aku. so nota ni aku kena tulis kat sini sebab aku bukan kerani fail yang baik. semua nota2 yang aku tulis suka hilang. jadi jalan terbaik post kat blog. mgkin ada yang baik dapat aku kongsikan. yang buruk jgn tiru ok.
walaupun ilmu tu xdibukukan tetapi kalau ia bagus dan berguna pada aku ianya tetap ilmu. :) 

ok lets start our revision for today. oppsss. mak terspeaking la nokk. sorry.

ok2

dalam teori fungsionalis terdapat dua bentuk fungi sekolah atau pendidikan ni.
  • fungsi ketara
fungsi ketara (manifest function) terdiri daripada transmisi pendidikan. yang ni jelas la. sekolah sebagai tempat berlakunya proses untuk seseorang individu itu belajar dan menuntut ilmu. jadi mengikut fungsi ketara ni, sekolah berfungsi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan membentuk tingkah laku yang dikehendaki untuk memastikan kesejahteraan ahli masyarakatnya.

  • fungsi terpendam 
fungsi terpendam (latent function) pula terdiri daripada 

  1. transmisi budaya.
  2. menggalakkan integrasi sosial dan politik.
  3. mengekalkan kawalan sosial.
  4. berfungsi sebagai agen perubahan.
seperti yang kita tahu, sebarang perubahan dalam masyarakat akan terlihat dalam pendidikan dan begitu juga jika berlaku perubahan dalam pendidikan, maka akan berlaku perubahan dalam masyarakat juga.


.:iklan nuffnang:.