.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label world. Show all posts
Showing posts with label world. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

dunia blog yang sunyi

Assalamualaikum

sepanjang minggu ni aku agak senyap dalam dunia blogging. terutamanya blogwalking. bukan aku langsung xjenguk blog. xbaca entry2 terutamanya entry yang di ping kat busuk.org mmg aku baca kebanyakannya. dan dalam tempoh seminggu ni aku punya visitor semakin berkurang. sebab tu aku gagahkan juga update blog walaupun sibuk. syg nak tinggal mugmerah.com ni bersawang. tapi walaupun visitor sikit tp Alhamdulillah pageview masih ok walaupun xbanyak.

~mcm cerita 'kisah sepi sebuah blog plak. kekeke'~

actually aku xseberapa kisah semua tu.bukan xkisah langsung. kesah juga sikit. kalau x, xde la aku nak update blog ni dgn sekerap yg boleh.

ok, dah stop dulu cerita aku, aku nak cakap pasal satu blog ni, ada aku tgok 1 blog tu. belum cukup sebulan dah sampai 300 entry dia update, online visitor 100 lebih, visitor sehari 1000 lebih. woww. blog tu blog baru kalau xsilap. aku lupa nama blog tu. entry nya pon panas2. mungkin full time blogger kot jadi dpt update 20 entry sehari.

aku? cuma full time student yang nak mengasah bakat menulis dan bakal cikgu yang sedang belajar berkongsi. masih sangat merangkak walaupun usia blog ni sebenarnya sejak 2010 lagi. xde la lama sangat. tapi masa tu seingat aku blog2 xbanyak lagi. sekarang ni blog2 baru banyak sangat. mcm cendawan tumbuh lepas hujan.
~tiba2 teringat mcm mna munculnya kebangkitan melayu dalam sejarah, dari dunia penulisan~

dunia blog xpernah sunyi sebenarnya, selagi ada internet selagi tu lah benda ni berjalan, kecuali suatu hari ada teknologi baru yang lebih canggih hingga blog ni ditinggalkan. dan aku akan cuba berkongsi selagi aku belum kenal erti penat.

kalau suka xsalah pon like. hehe =)

Wednesday, May 9, 2012

7 keajaiban dunia bawah air

ni semua fakta lama. semua orang pernah dengar. pernah baca. cuma kadang-kadang xperasan. xpon tertukar dengan keajaiban dunia yang piramid, taman tergantung babylon dll tu. sekarang mugmerah nak berkongsi tentang keindahan atau keajaiban bawah air yang diiktiraf dunia

#1 Belize Barrier Reef
Fish and Corall belize barrier 

merupakan rangkaian pulau karang terbesar kedua setelah Great Barrier Reef di Australia yang terletak di Belize, iaitu negara jajahan Inggris yang terletak di Amerika Tengah.

#2 Great Barrier Reef



'the world's largest coral reef' pada aku paling besar dan cantik. walaupun xreti berenang tapi tgok gmbar2 tu teringin nak pergi. 'It is larger than the Great Wall of China and the only living thing on earth visible from space' (sumber : thegreatbarrierreef) the great barrier reef ni merupakan kepulauan karang yang terletak di Australia. cantik sgt kan?

#3 Galápagos Islands



Galapalos merupakan sebuah kepualauan yang terdiri dari 13 gunung berapi dan bebatuan yang terletak di samudera Pasifik sekitaer 1000 km sebelah barat Amerika Selatan. Galapagos merupakan salah satu daerah gunung berapi teraktif di dunia. Galapagos juga terkenal karana jumlah spesis binatang dan tumbuhan yang besar dan pernah dijadikan objek penelitian oleh Charles Darwin. 

#4 kepulauan palau




Palau terdiri dari 8 pulau utama dan 250 pulau kecil. wahh banyaknnya. daripada 3 arus lautan yang bertemu di Palau membawa bersama kehidupan laut yang bermacam2 dan unik. mempunyai lebih dari 1.000 spesies ikan dan lebih dari 700 spesies karang. kalau korang menyelam korang boleh menyusuri tebing Ngemelis Wall setinggi 60 kaki, dan turun kira-kira 1.000 kaki sehingga boleh tengok pelbagai jemis terumbu karang dan pelbagai spesis ikan pelbagai warna.


#5 Deep-Sea Vents



deep sea-vent atau dikenali juga sebagai “black smoker” kerana aktif mengeluarkan gas dan air panas ke permukaan bumi kerana kegiatan gunung berapi. kalau korang tgok gmbar kt atas tu pon nampakkan asap keluar? 

#6 Lake Baikal



lake Baikal atau tasik Baikal merupakan tasik paling dalam dan paling tua di dunia,mengandungi kandungan air tawar paling banyak di muka bumi dan tasik ini terletak di selatan Siberia Rusia

#7 Northern Red Sea



Laut Merah adalah sebuah teluk di Lautan Hindi , di antara benua Afrika dan Asia. Ia hampir bercantum di Teluk Aden dengan Bab el Mandeb. Di utara ialah Semenanjung Sinai, Teluk Aqaba, Terusan Suez. Laut Merah bertemu dengan Mesir, Sudan dan Eritrea di sebelah barat, manakala di sebelah timurnya ialah Arab Saudi dan Yaman. Laut Merah dikategori sebagai Global 200 wilayah ekonomi. Bertempat di Lembah Gelinciran Besar. Luasnya sekitar 450,000 meter persegi. Panjangnya 1900 km dan lebarnya lebih 300 meter. Kedalaman laut mencapai 2500 meter di bahagian tengah. Purata dalam laut ini ialah 500 m. Terdapat pelbagai hidupan marin di dalamnya. Antaranya 1000 jenis interbrata , 200 batu karang lembut dan keras . Airnya masin antara 3.6 hingga 3.8 peratus. (sumber : abg wiki )

.mugmerah : semuanya hebat dan cantik. hope one day dapat pegi. xleh berenang pon nak pegi jgak. hehe


.:iklan nuffnang:.