.:abg nuffnang duk sini:.

Saturday, June 18, 2011

ost secret garden_that man eng lyric translation..



sape yang penah tgok cerita korea secret garden mesti ingat lagu ni. comel sangat. aku suka bukan setakat suara dan melodi dan sebagainya yang menarik tu. tapi juga maksud atau lirik lagu ni. dan aku berjaya dapat lirik lagu ni yang dah di translate kan dari sini.


One man loves you
That man loves you wholeheartedly
he follows you around like a shadow everyday
That man is laughing and crying

Just how much…how much more do I have to gaze at you alone
This love that came like the wind
This beggar-like love
If I continue this way, will you love me?
Just come a little nearer…a little more
If I take one step closer to you, then you take two steps back
I who love you am next to you now
That man is crying.

That man is timid
So he learned how to laugh
That man has many stories that he can't even tell his best friend
So his heart is full of tears
That's why, That man
You, he loved you
Because you are just same as him
Yet another fool, yet another fool
Can't you hug me before you go?
I want to receive love, baby
Everyday in my heart,
Just in my heart,
I shout and
That man is next to her even today.

Do you know That man is me?
You're not pretending that you don't know, right?
You really don't know cause you're a fool.

Just how much... how much more do I have to gaze at you alone
This love that’s like a fool
This beggar-like love
If I continue this way, will you love me?
Just come a little nearer...a little more...
If I take one step closer to you, then you take two steps back
I who love you is next to you now
That man is crying.

nak download mp3? kat sini..


Thursday, June 16, 2011

agi idup agi ngelaban..

teringat aku akan kata2 semangat pewira bangsa kita. Rentap. kata rentap 'agi idup agi ngelaban'. maksud dia. selagi hidup terus berjuang. ayatnya ringkat sahaja. tetapi pada aku memberi bukan sedikit maksud. bukan satakat maksud yang terlahir dari bahasanya. tetapi juga dari penghayatannya.

jika kita renung2kan. kita menghadapi banyak kesukaran dalam hidup. sampai kadang kita terasa hampir tersungkur. namun kita tidak sepatutnya terus rebah bersama kesukaran. sebaliknya bangkit dan terus berjuang. terus berjuang selagi ia belum selesai.


sebenarnya perjuangan bukan sahaja dalam pelajaran. perkerjaan.malahan merangkumi segenap aspek kehidupan. termasuklah urusan jual beli. kekeluargaan dan sebagainya. jika kita lihat. kebelakangan ini ramai insan malang yang sanggup bunuh diri kerana tewas dalam perjuangan kehidupan. kononnya ingin menamatkan beban yang ditanggung. tanpa sedar lebih banyak masalah yang akan timbul.


jika kita dalam bebanan. kita renungkan apa akan berlaku jika kita tidak tabah. bandingkan jika kita berjaya selesaikan masalah tersebut. kita akan tenang malah lebih bahagia. untuk mendapat kesenangan kita perlu berusaha. bukan mengalah sebelum sempat bermula. kata orang jika sesat di lautan dalam. teruskan berenang. kerana jika kita berhenti. kita mungkin akan kelemasan.

jadi teruskan berenang sampai bertemu tepian.

agi idup agi ngelaban.

Tuesday, June 14, 2011

Setiap orang ada masalah

Bila aku cakap pasal masalah. Korang mungkin teringat masalah yang baru korang hadapi. Korang mungkin teringat masalah lama yang belum selesai. Dan mungkin korang terfikir tentang masalah yang bakal korang hadapi. Sebenarnya pada aku masalah tak perlu kita risaukan kerana ia adalah lumrah kehidupan.

Setiap orang ada masalah. Sama ada dengan diri sendiri. Dengan keluarga. Saudara mara. Kawan-kawan. Malah ada juga dengan orang yang langsung tidak kita kenali. Setiap orang mengalami masalah yang hampir atau lebih kurang sama. Yang berbeza Cuma bagaimana mereka memandang masalah tersebut dan mencari jalan penyelesaian.

Seitap kali kita makan kita akan dapat rasa pelbagai rasa. Masam. Manis. Pedas. Masam. Malah pahit. Jadi begitu juga dengan kehidupan. Masalah sebenarnya salah satu dari perisa yang pelbagai. Cuba bayangkan seorang manusia yang hidupnya biasa sahaja. Tiada masalah. Bosannya. Sekurang-kurangnya masalah itu akan memberi pengajaran kepada kita.

Teringat aku pada kata orang tua.

“Setiap yang buruk itu pasti ada baiknya.”

Jadi begitu juga dengan masalah. Seburuk-buruk masalah. Atau sepahit manapun cabaran itu. Pasti ada hikmah serta pengajaran disebaliknya.

Jadi kata aku

“jadikan masalah itu sebagai satu peluang. Jangan gelabah. Selesaikan dengan tenang.”

Setiap masalah itu pasti akan selesai. Cuma ia memerlukan sedikit usaha. Jalan penyelesaian. Mungkin formula atau petua. Serta masa. Mungkin lama. Mungkin sekejap. Tapi kita tetap harus bersyukur.

.:iklan nuffnang:.