.:abg nuffnang duk sini:.

Wednesday, December 19, 2012

i'm a happy person

aku seorang yang bergembira dengan hidup aku, kenapa? sebab hidup aku bukan sekadar untuk ketawa, tapi juga untuk menangis.

'gila ke mugmerah ni?' , mesti korang cakap mcm tu kan? ok, aku tahu korang baik.

haha (gelak jap), actually hidup kita akan lebih bermakna jika kita ada masalah, masalah akan menjadikan kita lebih matang dan berhati-hati. berhati-hati untuk terus hidup dalam kesenangan. kesenangan pula membuatkan kita tidak berhati-hati. kita akan lupa semua benda yang kita tahu hanya 'enjoy'. yes, enjoy xsalah, tapi enjoy ada masanya. kalau korang orang Islam, sentiasalah mengingati mati. bila kita mengingati mati, inshaAllah kita dengan sendirinya akan terhalang dari terus melakukan kerosakan pada diri sendiri. kenapa pada diri sendiri? sebab setiap salah yang kita buat, kita telah membuat aniaya pada diri kita sendiri bukan sekadar orang lain.


'people do changes' mesti korang pernah dengar kan? ya, manusia tu perlu berubah, berubah menjadi semakin baik atau buruk tu pada aku, bergantung kepada tersebut.

bila kita lihat seseorang yang berjalan tempang, jangan kita judge dia, menilai dengan dia yang berjalan tempang, dia tidak mampu berjaya dalam hidup, pernah ke kita terfikir, kerana tempang itulah dia menjadi lebih berjaya daripada kita. setiap orang yang gagal dan berusaha kembali pada aku adalah orang yang sangat berjaya. dia berjaya melawan masa lampau sendiri yang pedih. xsemua mampu.

sekarang aku ada masalah, masalah yang aku xmampu nak cerita pada sesiapapun. aku fikir, mungkin badan aku akan meletup sebab menanggung masalah ni seorang diri. sehinggakan aku lupa, aku xpernah sendirian. setiap saat aku boleh mengadu pada Allah. dan aku yakin Allah itu maha memahami. masalah ini datang sebagai tanda kasih sang pencipta kepada hambanya. tanpa ujian ini mungkin aku akan lebih leka diulit mimpi indah dunia. Nauzubillah.


rakan-rakan mugmerah, kalau ada masalah, jangan mudah melatah. jangan mudah menengking. Istighfar. InsyaAllah kita akan lebih tenang. ketenangan itu berasal dari hati. hati yang tenang adalah hati yang selalu ingat pada penciptanya. nasihat ni aku cakap pada diri aku sendiri. sabar itu besar ganjarannya. senyumlah walaupun perit. kerana senyum itu sebenarnya ubat.

p/s : maafkan diri ini andai tersalah laku, terlancar bicara, aku nak selitkan nota yang aku kutip dari buku 'Tika Bidadari Berbisik' karya Siti Farrah Shahwir dan Noraini Ismail.
Jangan mencela jika tidak suka
Jangan mencaci apabila benci
Jangan menyakiti jika disakiti
Jangan menghancur apabila harus dipelihara..
sumber gambar : gambar 1, gambar 2.

Saturday, December 15, 2012

otak aku yang beku, bukan jariku yang kaku

Assalamualaikum..

antara sedar atau tidak, last aku update blog aku adalah pada 1 oktober 2012, yup, dah 2 bulan lebih aku tinggal site ni bersawang. nasib baik aku ingat lagi password.
Encik Mugmerah, jgn marah sbb Cik Mugmerah dah lama xtdg update. 
sejak usia makin meningkat ni semangat aku untuk terus menulis berkurang, xtau kenapa, aku lebih suka pendamkan perasaaan aku daripada meluahkan melalui tulisan sebelum ni. seolah-olah minda aku xmampu lagi memproses butiran kata-kata dan ayat bagi meluahkan perasaan aku sendiri. jiwa aku kaku, Subhanallh. seram tu. atau mgkinkah aku sudah hampir menuju kearah penuaan? oh tidak! umur aku baru 21 tahun. T.T

perlukah aku mula mencari produk anti penuaan?

aku sangat rasa bersalah bila aku teringat pada mugmerah.com ni. aku dulu bersemangat nak beli domain sendiri, nak update at least 3 entry 1 mingu, but, apa yg berlaku, da 2 stgah bulan aku biarkan mugmerah.com tidak berusik, nasib dia bukan bini aku, kalau x mesti dia dah tuntut fasakh. huhu. walau mcm mna sekalipun aku xpernah terfikir nak bagi mugmerah.com ni kat orang lain apatah lagi menghapuskan dia di muka bumi ni. *erk! actually alam maya aku akan terus wujudkan dia walaupun aku jarang update. atau mungkin sampai satu tahap aku akan private kan dia. wahh, sedihnya.

hmm.. orang cakap kesibukan dunia boleh melalaikan kita, tapi logiknya apa yang nak disibukkan sangat? belajar? orang lain pon belajar jugak.

oh tidak! otak aku beku lagi. ok la, jumpa lagi readers, *kalau masih ada readers la blog ni. huhu.

Monday, October 1, 2012

liku dan erti kehidupan

Assalamualaikum sahabat..

rasanya dah lama benar aku tak menulis kat sini. bukan sibuk mana pon. cuma terasa seperti mahu hilang sekejap. mencari diri sendiri yang hilang ditelan arus kehidupan yang sangat hebat dugaannya. diri yang kadang kala cuba melarikan diri dari realiti sebuah kehidupan. cuba menjadi insan lain yang diri sendiri sukar untuk mengerti. apatah lagi sahabat sekalian.


sesekali bila penat mengejar bayang diri sendiri, aku pejamkan mata. aku renung liku-liku kehidupan aku. sedih. banyak masa yang aku sia-siakan. namun aku bersyukur. aku masih diberi rezeki. iaitu sebuah kehidupan dan kesihatan. dan dengan rezeki itu aku cuba untuk tidak lagi hanyut. tapi mampukah aku? ya, hidup itu rezeki, kerana ianya satu pemberian. dan bila-bila masa ianya akan ditarik. jadi bersedialah. siapa sangka kalau selepas ini tiba masa untuk aku menyerahkan kembali nikmat kehidupan yang sedang aku nikmati ini. Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa. aku perlu akur. tiada daya dan upaya untuk aku melawan kehendak dan takdir-Nya.

aku hitung lagi. perjalanan hidup aku. masa lalu yang semakin menjauh dan masa depan yang semakin mendekat. Ya Allah, tabahkan hati hamba Mu ini dalam menerima segala ketentuan Mu.


p/s : zikir itu pengubat hati. penenang emosi. makanan rohani.

sumber gambar : google.com


.:iklan nuffnang:.