Assalamualaikum..
kalau sebelum-sebelum ni, ada telifon bimbit jenama Malaysia antaranya . CSL dan e'Touch Mobile, sekarang ni ada lagi 1 jenama telifon yang dibuat oleh anak melayu Malaysia jenama GFon. telefon pintar GFon akan mula memasuki pasaran tempatan pada pertengahan bulan hadapan dan buat permulaan pihaknya pengeluar menyasarkan untuk menjual sebanyak 50,000 unit telefon model Zizo 10 dan Zizo 5. Kedua-dua model tersebut yang setanding jenama terkenal antarabangsa akan dijual pada harga di bawah RM1,000.
menurut Mohd Suarjohani yang berasal dari Felda Tenggaroh 02, Johor Bahru berkata, pemasangan telefon pintar berkenaan dibuat sepenuhnya di negara ini iaitu di kilang miliknya di Felda Tenggaroh Dua, Mersing.
diperkatakan juga, kecanggihan GFon ni setanding dengan Samsung Note 3. wahhhh. macam menarik kan? harga pon jauh lebih murah.
See more berita pada page UTUSAN
.:abg nuffnang duk sini:.
Wednesday, December 17, 2014
Monday, October 13, 2014
detik ini detik berharga
Assalamualaikum,
sungguh aku tak terasa masa berlalu, terlalu sibuk dengan alasan terlalu banyak urusan lain untuk dikendali, padahal, sabah hari aku cuma rakus bermain game dalam peranti android serta sisa sisa games yang belum berjaya jari aku delete dari rakaman memory laptop aku sendiri.
ketika otak mula beku mengarang ayat untuk sang tugasan sarjana yang pada amatan minda lesu ini agak melampau beban tugasnya, tidak mahu pula si minda lesu ini berfikir, tugasan itu yang menambah ilmu, yang membuka minda, menjadikan kau lebih celik berfikir, menjanjikan mata yang lebih positif melihat dunia.
aku lelah, terkurung dirumah, mengadap tugasan, lelah sekali bila melihat indahnya dunia diluar di sebalik tv yang berkaca. andainya ada sang celik teknologi mampu menghasilkan tv yang boleh membawa aku secara jujurnya merentas dunia. pasti tiket kapal terbang akan semakin tidak laku. kebodohan apakah yang aku fikirkan ini? mungkin lantaran saban hari hidup bermain dengan imaginasi,
sungguh indah aku rasakan bila saat jari aku mampu menaip bait bait ayat seperti ini, seperti dahulu, belitan dan putaran kata yang melambangkan otak aku beroperasi dengan normal. Alhamdulillah. membuatkan diri aku tersepit, namun terasa bagai jiwa aku berlari. berkejaran dengan sang rerama dan kucing comel mengejar angin pada indahnya taman terbentang.
Alhamdulillah, dapat aku rasakan aliran positif yang bercambah saban hari dalam diri aku, tiada ruginya aku menuntut ilmu, tidak pula aku rasakan diri ini kaku saat memory otak aku ditambah, tidak seperti peranti android yang seringkali memberontak ketika aku isi dengan game baru yang ku harap dapat menyingkir sedikit kebosanan.
luahan rasa si pembuat tugasan.
sungguh aku tak terasa masa berlalu, terlalu sibuk dengan alasan terlalu banyak urusan lain untuk dikendali, padahal, sabah hari aku cuma rakus bermain game dalam peranti android serta sisa sisa games yang belum berjaya jari aku delete dari rakaman memory laptop aku sendiri.
ketika otak mula beku mengarang ayat untuk sang tugasan sarjana yang pada amatan minda lesu ini agak melampau beban tugasnya, tidak mahu pula si minda lesu ini berfikir, tugasan itu yang menambah ilmu, yang membuka minda, menjadikan kau lebih celik berfikir, menjanjikan mata yang lebih positif melihat dunia.
sungguh indah aku rasakan bila saat jari aku mampu menaip bait bait ayat seperti ini, seperti dahulu, belitan dan putaran kata yang melambangkan otak aku beroperasi dengan normal. Alhamdulillah. membuatkan diri aku tersepit, namun terasa bagai jiwa aku berlari. berkejaran dengan sang rerama dan kucing comel mengejar angin pada indahnya taman terbentang.
Alhamdulillah, dapat aku rasakan aliran positif yang bercambah saban hari dalam diri aku, tiada ruginya aku menuntut ilmu, tidak pula aku rasakan diri ini kaku saat memory otak aku ditambah, tidak seperti peranti android yang seringkali memberontak ketika aku isi dengan game baru yang ku harap dapat menyingkir sedikit kebosanan.
luahan rasa si pembuat tugasan.
Sunday, September 7, 2014
kenapa aku tak tenang?
Sejauh mana kita percaya kepada takdir? Sejauh mana kita percaya dengan ketentuan Allah SWT? Aku tak cakap orang lain, aku cakap pasal diri aku sendiri. Bila aku putus asa, aku cakap pada diri aku, lupakan je benda ni, dah tak berguna, kemudian, bila aku nak pergi, diri aku tertarik kembali, aku rasa terikat, aku meragui diri aku sendiri, dan dalam masa yang sama aku tak sedar aku meragui jalan yang Allah tetapkan pada aku, aku tak yakin,
Aku menangis, aku tanya diri aku, kenapa aku tak mampu lupakan sesuatu yang pedih. Kenapa aku hanya nak happy, alasan aku, aku manusia, manusia mana yang nak sedih, betul la kan apa yang aku fikir? Nothing is wrong with that. Contoh mudah, bila kita putus cinta, kita nak lupakan pasangan kita, kita fikir, boleh ke aku hidup tanpa dia? Macam mana kalau aku dah tak jumpa yang sebaik dia, aku rasa aku dah serasi dengan dia, kalau yang aku jumpa nanti yang panas baran? Yang tak sayang aku macam dia?
Soalan aku, boleh ke kita ramal masa depan? Buat apa aku nak menangis? Nak cakap aku menangis sebab aku putus cinta. Ok, fine sebab sedih kan. Ok menangis la dulu, lepas tu fikir, apa yang buat kita yakin kita tak akan jumpa dengan pasangan yang lebih baik? Yang lebih serasi? Aku tanya kawan aku, what should I do, betul ke keputusan aku? Dan dia cakap simple je,
And aku terus wake up, air mata yang menitik terus berhenti, terus aku jadi tenang dan fikir, betul jugak ni, kenapa aku tak percaya? Kenapa aku ragu pada ketentuan Allah? Aku istighfar banyak-banyak. Tarik nafas dan buat keputusan nekad. Untuk yakin pada masa depan yang Allah tetapkan. Dan dalam masa yang singkat aku dah boleh tersenyum, tak risau dah pasal apa yang aku hilang.
Hilang dunia sekalipun tak Apa, yang penting hati yang yakin pada Allah masih ada. InsyaAllah.
Aku menangis, aku tanya diri aku, kenapa aku tak mampu lupakan sesuatu yang pedih. Kenapa aku hanya nak happy, alasan aku, aku manusia, manusia mana yang nak sedih, betul la kan apa yang aku fikir? Nothing is wrong with that. Contoh mudah, bila kita putus cinta, kita nak lupakan pasangan kita, kita fikir, boleh ke aku hidup tanpa dia? Macam mana kalau aku dah tak jumpa yang sebaik dia, aku rasa aku dah serasi dengan dia, kalau yang aku jumpa nanti yang panas baran? Yang tak sayang aku macam dia?
Soalan aku, boleh ke kita ramal masa depan? Buat apa aku nak menangis? Nak cakap aku menangis sebab aku putus cinta. Ok, fine sebab sedih kan. Ok menangis la dulu, lepas tu fikir, apa yang buat kita yakin kita tak akan jumpa dengan pasangan yang lebih baik? Yang lebih serasi? Aku tanya kawan aku, what should I do, betul ke keputusan aku? Dan dia cakap simple je,
‘Hilang benda boleh cari, atau beli lagi, tapi kalau hilang hati yang yakin pada Allah, susah nak cari ganti’
‘Kita redha dengan apa yang Allah bagi walaupun rasa macam nak separuh mati, InsyaAllah syurga besar ganjaran, itulah nikmat ynag besar sekali’
Hilang dunia sekalipun tak Apa, yang penting hati yang yakin pada Allah masih ada. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


