.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts

Monday, October 13, 2014

detik ini detik berharga

Assalamualaikum,

sungguh aku tak terasa masa berlalu, terlalu sibuk dengan alasan terlalu banyak urusan lain untuk dikendali, padahal, sabah hari aku cuma rakus bermain game dalam peranti android serta sisa sisa games yang belum berjaya jari aku delete dari rakaman memory laptop aku sendiri.

ketika otak mula beku mengarang ayat untuk sang tugasan sarjana yang pada amatan minda lesu ini agak melampau beban tugasnya, tidak mahu pula si minda lesu ini berfikir, tugasan itu yang menambah ilmu, yang membuka minda, menjadikan kau lebih celik berfikir, menjanjikan mata yang lebih positif melihat dunia.



aku lelah, terkurung dirumah, mengadap tugasan, lelah sekali bila melihat indahnya dunia diluar di sebalik tv yang berkaca. andainya ada sang celik teknologi mampu menghasilkan tv yang boleh membawa aku secara jujurnya merentas dunia. pasti tiket kapal terbang akan semakin tidak laku. kebodohan apakah yang aku fikirkan ini? mungkin lantaran saban hari hidup bermain dengan imaginasi,

sungguh indah aku rasakan bila saat jari aku mampu menaip bait bait ayat seperti ini, seperti dahulu, belitan dan putaran kata yang melambangkan otak aku beroperasi dengan normal. Alhamdulillah. membuatkan diri aku tersepit, namun terasa bagai jiwa aku berlari. berkejaran dengan sang rerama dan kucing comel mengejar angin pada indahnya taman terbentang.



Alhamdulillah, dapat aku rasakan aliran positif yang bercambah saban hari dalam diri aku, tiada ruginya aku menuntut ilmu, tidak pula aku rasakan diri ini kaku saat memory otak aku ditambah, tidak seperti peranti android yang seringkali memberontak ketika aku isi dengan game baru yang ku harap dapat menyingkir sedikit kebosanan.

luahan rasa si pembuat tugasan.

Sunday, July 13, 2014

WTFish with future planning? hadeh!

Assalamualaikum readers

waktu berlalu dengan begitu pantas bagi aku. tik tok tik tok. tengok-tengok aku dah pon habis belajar di UUM. sampai kadang-kadang aku terdiam, berfikir. Boleh ke aku terima hakikat yang suatu hari nanti aku dah tua.

well, now i'm almost 23 years old. and...

"wahh, umur aku dah 50 tahun"

untuk aku menerima saat dan usia tu. InsyaAllah kalau panjang usia. Amin. Semoga aku dipanjangkan usia dengan rahmat Islam dan Iman. InsyaAllah.

rata-rata orang yang aku jumpa dalam jangka masa 1-2 bulan ni tanya aku,

"buat apa?"

"belajar lagi ka?"

"ooo, dah habis belajar, lepas tu keja la kan?"

"lepas ni buat apa?"

well, kadang-kadang rasa menyampah jugak la kan nak kena jawab benda yang kita sendiri tak tahu nak jawab dan dah malas nak cerita semua perancangan jangka masa panjang dan pendek kepada orang yang kadang-kadang kita selisih kat tepi jalan jek. huwahhh. berlagak ke aku bila pikir macam tu?

tak la, aku cuma rasa bosan, rimas dan lemas bila ditanya dan disoal benda yang sama. sedangkan semua orang tahu yang semua orang inginkan yang terbaik dalam hidup mereka, tak ada orang pon yang teringin nak jadi penganggur, kecuali dia memang tiba-tiba lepas graduate dapat harta pusaka 120 juta. dan orang itu pon mungkin jugak akan kerja bila dah bosan berjoli sakan. kot? aku nak cakap apa lagi?

"Biarla apa nak jadi. yang penting aku cukup makan"

motif letak gambar ni? : terjumpa dalam album. kihkihkih

itu bukan jawapan yang mengikut ciri-ciri manusia cemerlang. aku kena fikir. fikir. fikir dan fikir. perancangan masa depan yang meliputi plan A, plan B, backup plan A dan backup plan B yang mana A atau B aku sendiri tak pasti apa isi kandungan dia. gaya macam orang tersepit tak? hahahaha

p/s : ha, iya, aku dah habis belajar, lepas ni tunggu orang masuk meminang. cukup?

Thursday, April 24, 2014

simpati itu belum mati,

Assalamualaikum,

seperti biasa aku menulis bila aku ada masalah, dengan harapan bila aku menulis, kalian semua yang entah siapa pon aku tidak tahu, akan memberi sedikit simpati dan membantu aku mengurangkan tekanan yang aku hadapi. Subhanallah, aku diuji, diuji, dan diuji oleh Allah SWT agar aku menjadi seorang manusia yang lebih bersyukur dengan kurniaan nikmat lain yang lebih bernilai berbanding satu masalah yang aku sibuk-sibuk fikirkan. Subhanallah. sakitnya hati menahan rasa marah ini.

aku marah pada diri aku yang tidak mampu bersuara
aku marah pada diri aku yang tidak mampu mengubah diri aku sendiri
aku marah pada diri aku yang tersilap membuat keputusan

tapi aku tahu, kesilapan ini, ujian ini yang membolehkan aku untuk terus senyum dan teruskan hidup.
"Aishah, kalau tak ada masalah macam ni, bosan la kehidupan."
"Sabar, ganjaran untuk orang yang bersabar tu besar sangat."
"Jangan salahkan diri sendiri, jangan salahkan sesiapa."
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"

apa yang berlaku pada aku, aku harap aku dapat hadapi dengan baik, aku tak nak keruhkan keadaan. aku tak nak cakap aku betul, aku tak nak cakap aku salah. sebab masing-masing ada sebab yang tersendiri. aku cuma berharap dan menagih sedikit ruang, ruang untuk diri aku sendiri. mungkin aku perlu membawa diri. bukan untuk mengeruhkan keadaan, tapi untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.


p/s : terima kasih kepada yang membantu, memberi semangat dan memahami.

Saturday, April 5, 2014

my diary

Assalamualaikum,

dah lama sangat aku tak jenguk laman ni. detik demi detik aku merindui zaman aku menaip, berkongsi kisah suka duka dan pengalaman hidup pada laman Mugmerah yang menjadi sebahagian dari rakaman diari hidup aku.

tadi pagi, aku cek emel, ada emel dari iHosterz untuk aku renew domain blog aku ni. actually aku sendiri tengah berkira-kira sama ada nak teruskan jadi penulis tidak berapa nak terkenal dalam alam maya ni atau berhenti dan teruskan hidup aku macam biasa tanpa perlu sebarang coretan peristiwa.

tapi tak best la kan? there will be no more place for me to look over my history. tak ada sape-sape yang akan catat sejarah hidup aku kalau bukan aku sendiri memandangkan aku ni bukanlah artis terkenal, puteri raja cantik apatah lagi orang kaya tersohor.

aku akan renew lagi domain aku. insyaAllah. tapi untuk update laman ni secara konsisten mungkin agak mustahil atau susah. seperti yang pernah aku ckaap. aku akan mula menulis kembali. but until now, my last entry is on December 2013. tahun lepas tu. sigh!

p/s : aku rasa sesiapa yang ada blog mesti faham perasaan aku. nak buang sayang, nak simpan macam tak guna. but since aku masih dapat pendapatan dari Nuffnang, so aku akan terus kekalkan dan cuba untuk kembali aktif.

thanks a lot Nuffnang sbb masih bagi aku iklan walaupun aku dah tak aktif. 


Saturday, May 11, 2013

7 Kalimat yang Disukai Allah


Assalamualaikum.

kita sebagai manusia jarang nak ingat Allah. bila msa nak ingat? masa susah sangat, masa terdesak. baru tahu nak sebut nama Allah. aku tak cakap orang lain. aku pon lebih kurang sama je. Nauzubillah.

sebagai langkah untuk mengubah jiwa kita yang semakin hanyut dibawa arus fantasi dunia, jom kita amalkan kalimat-kalimat yang mulia ni.


Pertama adalah kalimat “Bismillah”, yang perlu kita ucapkan pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. hendak makan, minum, buka pintu, tutup pintu, nak mula berjalan. MasyaAllah, cuba bayangkan kalau tiap-tiap kali nak memulakan sesuatu kita gunakan kalimat ni. indahnya. senang je dapat pahala. kerja yang nak dijalankan pon lebih berkat.

Kedua, kalimat “Alhamdulillah” yang diucapkan pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. Alhamdulillah menunjukkan kita bersyukur, berterima kasih kepada Sang Pencipta. bila kita selesai melakukan sesuatu, itu tandanya kita berjaya menyelesaikan sesuatu itu. jadi ucaplah Alhamdulillah.

Ketiga, kalimat “Astaghfirullah” yang diucapkan jika lidah terucap perkataan yang tidak patut atau ada tindakan kita yang tidak elok. aku selalu baca dan kita selalu dengar, istighfarlah.. istighfarlah.. istighfar banyak kelebihan. pada aku, kalau malas nak bt yang lain. istigfarlah banyak-banyak. moga ia dapat melembutkan hati kita dan menghapuskan dosa-dosa kita yang kita tidak sedar. InsyaAllah.

Keempat, kalimat “Insya Allah”, yang kita ucapkan jika merancang untuk berbuat sesuatu. daripada kita ucap ok, orait. apa kata kita ubah. (macam kempen pilihanraya pulak rasa. -_-) ucaplah insyaAllah bila kita merancang. kerana kita cuma merancang, Allah yang menentukan.


Kelima, kalimat ”La hawla wala quwwata illa billah”, yang diucapkan jika menghadapi sesutu yang tidak disukai maupun tidak diingini. kalimat ini menunjukkan kita menyerah diri dan tidak mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu ujian, kecuali dengan pertolongan Allah. ( sila rujuk sumber)

Keenam, kalimat “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”, yang diucapkan jika menghadapi dan menerima musibah.


Ketujuh, kalimat “La ilaha illa Allah ” yang diucapkan sepanjang  siang dan malam, hingga tak terpisahkan dari lidah kita. sebanyak yang mampu. Ustaz Azhar Idrus ada cakap. kalimat yang tinggi nilainya, malah diucap oleh para nabi dan rasul terdahulu adalah "La ilaha illa Allah"

semoga bermanfaat. mohon pencerahan jika tersilap.

wallahualam.

sila like dan share :)

.:iklan nuffnang:.