.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label dilema. Show all posts
Showing posts with label dilema. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

simpati itu belum mati,

Assalamualaikum,

seperti biasa aku menulis bila aku ada masalah, dengan harapan bila aku menulis, kalian semua yang entah siapa pon aku tidak tahu, akan memberi sedikit simpati dan membantu aku mengurangkan tekanan yang aku hadapi. Subhanallah, aku diuji, diuji, dan diuji oleh Allah SWT agar aku menjadi seorang manusia yang lebih bersyukur dengan kurniaan nikmat lain yang lebih bernilai berbanding satu masalah yang aku sibuk-sibuk fikirkan. Subhanallah. sakitnya hati menahan rasa marah ini.

aku marah pada diri aku yang tidak mampu bersuara
aku marah pada diri aku yang tidak mampu mengubah diri aku sendiri
aku marah pada diri aku yang tersilap membuat keputusan

tapi aku tahu, kesilapan ini, ujian ini yang membolehkan aku untuk terus senyum dan teruskan hidup.
"Aishah, kalau tak ada masalah macam ni, bosan la kehidupan."
"Sabar, ganjaran untuk orang yang bersabar tu besar sangat."
"Jangan salahkan diri sendiri, jangan salahkan sesiapa."
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"

apa yang berlaku pada aku, aku harap aku dapat hadapi dengan baik, aku tak nak keruhkan keadaan. aku tak nak cakap aku betul, aku tak nak cakap aku salah. sebab masing-masing ada sebab yang tersendiri. aku cuma berharap dan menagih sedikit ruang, ruang untuk diri aku sendiri. mungkin aku perlu membawa diri. bukan untuk mengeruhkan keadaan, tapi untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.


p/s : terima kasih kepada yang membantu, memberi semangat dan memahami.

Sunday, April 20, 2014

Kerja atau Masters?

Assalamualaikum readers,

aku masih lagi dihimpit masa, nak buat semua benda tapi masa tak cukup. 24 jam 1 hari tak cukup kot. hehe. nak update mugmerah memang la tak sempat memandangkan banyak lagi benda lain yang lebih penting nak kena buat. jadi mugmerah semakin tolak ketepi hari demi hari. huhu.


sekarang aku dalam dilema, sikitla. tengah nak buat keputusan untuk sambung belajar.
" berangan nak ambik masters. hehe. degree pon merangkak nak tunggu habis. ada hati nak ambik masters."
"eh, suka hati aku la. kalau aku ada masters pon aku tak rugi apa-apa,"
" tapi mana nak cari duit nak buat bayar yuran?"
" huhu. bumi Allah luas, macam tu jugak la kekayaan dia. InsyaAllah, Allah akan permudahkan niat aku, yang penting aku ikhlas nak belajar, nak tambah ilmu."
biar la orang nak cakap aku berlagak sekalipon. kerja entah kemana, berangan nak ada masters, nanti dah ada masters nak PhD pulak. aku tak kisah. yang penting aku tak susahkan orang, aku tak bebankan orang.


as a start aku nak cuba buat bisness kecik-kecik. untuk backup belanja nanti, tak payah tukar handphone baru, baju lawa-lawa sangat la. hidup bersederhana yang penting hati tenang. tak kacau siapa-siapa.

hari tu bekas boyfriends adik aku ada chat dgn aku, dia sekarang ambik diploma, dan nak sambung degree, aku cakap, sambung je la. usia muda lagi, baru 21 tahun. takkan nak tunggu umur 40 50 tahun baru nak rasa rugi tak sambung belajar dan baru nak mula belajar. belajar la selagi boleh.

tolak tepi dulu yang tidak penting tu. kalau ada masalah kewangan cuba la buat partime, kumpul duit sikit-sikit. usaha isi borang untuk dapat scholarship semua. jangan ingat kita ada masalah kita dah tak boleh nak teruskan perancangan masa depan. face it, face the problem. and then you will smile while looking at the result.
p/s : to my tedd, jom la sambung masters sama-sama, umur muda lagi. grab the chance while its still open.  

.:iklan nuffnang:.