.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label cikgu aishah. Show all posts
Showing posts with label cikgu aishah. Show all posts

Monday, August 22, 2016

I am back. Again.

Assalamualikum..

wowww, its already been about 10 months aku tak menulis dekat blog ni, dan tahun lepas cuma ada satu entry, dan ni merupakan entry pertama aku untuk tahun ni.

apa yang berlaku pada aku? well, mungkin sibuk. tapi orang lain pon sibuk jugak, sebenarnya aku menghilang untuk mencari arah tuju. apa yang perlu aku buat, apa yang jadi pada diri aku.

dah 2 tahun aku graduate degree dari universiti di utara, dan baru je berjaya habiskan master degree dari universiti yang sama. mungkin kekalutan menyiapkan tugasan dan project paper membuatkan otak aku beku untuk terus menulis di sini.



sungguh rasa kekok untuk bercerita, dan sekarang aku kembali menulis bila aku mencari balik kawan-kawan lama dunia blogging. hi gaiz, mugmerah is back. lols

apa yang aku buat sekarang? entah.

ermm, btw i am Puan Mugmerah now, for about 3 months.


i will be back. and i am already back

Sunday, July 13, 2014

WTFish with future planning? hadeh!

Assalamualaikum readers

waktu berlalu dengan begitu pantas bagi aku. tik tok tik tok. tengok-tengok aku dah pon habis belajar di UUM. sampai kadang-kadang aku terdiam, berfikir. Boleh ke aku terima hakikat yang suatu hari nanti aku dah tua.

well, now i'm almost 23 years old. and...

"wahh, umur aku dah 50 tahun"

untuk aku menerima saat dan usia tu. InsyaAllah kalau panjang usia. Amin. Semoga aku dipanjangkan usia dengan rahmat Islam dan Iman. InsyaAllah.

rata-rata orang yang aku jumpa dalam jangka masa 1-2 bulan ni tanya aku,

"buat apa?"

"belajar lagi ka?"

"ooo, dah habis belajar, lepas tu keja la kan?"

"lepas ni buat apa?"

well, kadang-kadang rasa menyampah jugak la kan nak kena jawab benda yang kita sendiri tak tahu nak jawab dan dah malas nak cerita semua perancangan jangka masa panjang dan pendek kepada orang yang kadang-kadang kita selisih kat tepi jalan jek. huwahhh. berlagak ke aku bila pikir macam tu?

tak la, aku cuma rasa bosan, rimas dan lemas bila ditanya dan disoal benda yang sama. sedangkan semua orang tahu yang semua orang inginkan yang terbaik dalam hidup mereka, tak ada orang pon yang teringin nak jadi penganggur, kecuali dia memang tiba-tiba lepas graduate dapat harta pusaka 120 juta. dan orang itu pon mungkin jugak akan kerja bila dah bosan berjoli sakan. kot? aku nak cakap apa lagi?

"Biarla apa nak jadi. yang penting aku cukup makan"

motif letak gambar ni? : terjumpa dalam album. kihkihkih

itu bukan jawapan yang mengikut ciri-ciri manusia cemerlang. aku kena fikir. fikir. fikir dan fikir. perancangan masa depan yang meliputi plan A, plan B, backup plan A dan backup plan B yang mana A atau B aku sendiri tak pasti apa isi kandungan dia. gaya macam orang tersepit tak? hahahaha

p/s : ha, iya, aku dah habis belajar, lepas ni tunggu orang masuk meminang. cukup?

Tuesday, September 10, 2013

diari cikgu mugmerah

Assalamualaikum readers,

antara sedar dan tidak. tinggal lagi 2 hari aku akan tamatkan tugas aku sebagai guru praktikal di negeri Kelantan ni. lepas ni entah bila lagi la aku akan datang ke pekan kecil bernama Gunung ni. mungkin kalau ada anak murid aku yang nak kahwin? tu pon kalau aku di jemput. hehee

banyak sangat pengalaman aku dapat sepanjang aku menjadi cikgu praktikal ni. yang paling ketara aku rasa ialah dalam mengawal marah. kalau korang nak jadi cikgu. benda yang paling diperlukan ialah sabar. sentiasa ingat jangan marah. walaupun kadang-kadang aku mengaku. terlepas jugak perasaan marah aku. bila marah cepat-cepat istighfar. insyaAllah reda sikit. amin.


bila aku kat sini, aku tengok anak-anak murid aku, ada banyak golongan. kalau ikut cerita My Name Is Khan, dia cakap ada dua jenis manusia dalam dunia ni yang baik dan yang jahat. memang aku tak nafikan, ada betulnya. tapi anak murid aku ada banyak jenis. aku ada anak murid lebih kurang 110 orang. bagi setiap 110 orang tu semua perangai berbeza.

ada yang bila ditegur merajuk

ada yang nak perhatian

ada yang tak suka perhatian

ada yang suka menjawab

ada yang malas sangat

ada yang rajin sangat

macam-macam la. tak mampu aku nak describe satu persatu.


walau macam mana sekalipun perangai pelajar aku. aku tetap sayang mereka. aku sedih bila fikir masa aku kat sini dah tak ada. bila jadual kelas aku bertukar dan aku dah tak dapat ajar 3 kelas tingkatan 2. sikit sebanyak aku rasa sedih. yela aku dah selesa dengan dorang. bila jumpa dorang tanya.

"cikgu dah xnak ajar saya ke?"

aku nak cakap, kepada semua pelajar aku, kalau boleh aku nak ajar semua subjek kat dorang. bukan aku tamak. tapi aku happy bila aku tengok mereka faham apa yang aku ajar. aku rasa bersyukur sangat bila mereka dapat ilmu yang aku ajar.

ok, nanti kalau free aku sambung. aku nak pergi makan. lapar. hehee.

to all my student, i love u all.

to gary, saranghae.


.:iklan nuffnang:.