.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label dapat sponser dari nuffnang. Show all posts
Showing posts with label dapat sponser dari nuffnang. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

WTFish with future planning? hadeh!

Assalamualaikum readers

waktu berlalu dengan begitu pantas bagi aku. tik tok tik tok. tengok-tengok aku dah pon habis belajar di UUM. sampai kadang-kadang aku terdiam, berfikir. Boleh ke aku terima hakikat yang suatu hari nanti aku dah tua.

well, now i'm almost 23 years old. and...

"wahh, umur aku dah 50 tahun"

untuk aku menerima saat dan usia tu. InsyaAllah kalau panjang usia. Amin. Semoga aku dipanjangkan usia dengan rahmat Islam dan Iman. InsyaAllah.

rata-rata orang yang aku jumpa dalam jangka masa 1-2 bulan ni tanya aku,

"buat apa?"

"belajar lagi ka?"

"ooo, dah habis belajar, lepas tu keja la kan?"

"lepas ni buat apa?"

well, kadang-kadang rasa menyampah jugak la kan nak kena jawab benda yang kita sendiri tak tahu nak jawab dan dah malas nak cerita semua perancangan jangka masa panjang dan pendek kepada orang yang kadang-kadang kita selisih kat tepi jalan jek. huwahhh. berlagak ke aku bila pikir macam tu?

tak la, aku cuma rasa bosan, rimas dan lemas bila ditanya dan disoal benda yang sama. sedangkan semua orang tahu yang semua orang inginkan yang terbaik dalam hidup mereka, tak ada orang pon yang teringin nak jadi penganggur, kecuali dia memang tiba-tiba lepas graduate dapat harta pusaka 120 juta. dan orang itu pon mungkin jugak akan kerja bila dah bosan berjoli sakan. kot? aku nak cakap apa lagi?

"Biarla apa nak jadi. yang penting aku cukup makan"

motif letak gambar ni? : terjumpa dalam album. kihkihkih

itu bukan jawapan yang mengikut ciri-ciri manusia cemerlang. aku kena fikir. fikir. fikir dan fikir. perancangan masa depan yang meliputi plan A, plan B, backup plan A dan backup plan B yang mana A atau B aku sendiri tak pasti apa isi kandungan dia. gaya macam orang tersepit tak? hahahaha

p/s : ha, iya, aku dah habis belajar, lepas ni tunggu orang masuk meminang. cukup?

Thursday, July 18, 2013

semangat membara kerana nuffnang.

Assalamualaikum wbt.

seronoknya bila bukak nuffnang nampak benda kat bawah ni. hehe


sebulan lebih aku tak udate blog. nuffnang tetap baik hati bagi aku iklan ni. bukan 1. tapi 4 sekali gus. hehe. Alhamdulillah. rezeki ramadhan. 

insyaAllah lepas ni aku akan aktif balik berblog. kongsi pengalaman, kongsi ilmu serta nasihat yang berguna untuk masyarakat. nak tulis buku tak mampu. tulis blog je mampu. ngada2 kan aku? hehe.

p/s: doakan anak murid aku semuanya jadi manusia yang berguna dan baik-baik tau. penat cikgu mugmerah ni nak kawal kerenah murid 100 orang lebih. macam-macam ragam. 



panas sepanjang masa

.:iklan nuffnang:.