.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label cikgu akaun. Show all posts
Showing posts with label cikgu akaun. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

diari cikgu mugmerah

Assalamualaikum readers,

antara sedar dan tidak. tinggal lagi 2 hari aku akan tamatkan tugas aku sebagai guru praktikal di negeri Kelantan ni. lepas ni entah bila lagi la aku akan datang ke pekan kecil bernama Gunung ni. mungkin kalau ada anak murid aku yang nak kahwin? tu pon kalau aku di jemput. hehee

banyak sangat pengalaman aku dapat sepanjang aku menjadi cikgu praktikal ni. yang paling ketara aku rasa ialah dalam mengawal marah. kalau korang nak jadi cikgu. benda yang paling diperlukan ialah sabar. sentiasa ingat jangan marah. walaupun kadang-kadang aku mengaku. terlepas jugak perasaan marah aku. bila marah cepat-cepat istighfar. insyaAllah reda sikit. amin.


bila aku kat sini, aku tengok anak-anak murid aku, ada banyak golongan. kalau ikut cerita My Name Is Khan, dia cakap ada dua jenis manusia dalam dunia ni yang baik dan yang jahat. memang aku tak nafikan, ada betulnya. tapi anak murid aku ada banyak jenis. aku ada anak murid lebih kurang 110 orang. bagi setiap 110 orang tu semua perangai berbeza.

ada yang bila ditegur merajuk

ada yang nak perhatian

ada yang tak suka perhatian

ada yang suka menjawab

ada yang malas sangat

ada yang rajin sangat

macam-macam la. tak mampu aku nak describe satu persatu.


walau macam mana sekalipun perangai pelajar aku. aku tetap sayang mereka. aku sedih bila fikir masa aku kat sini dah tak ada. bila jadual kelas aku bertukar dan aku dah tak dapat ajar 3 kelas tingkatan 2. sikit sebanyak aku rasa sedih. yela aku dah selesa dengan dorang. bila jumpa dorang tanya.

"cikgu dah xnak ajar saya ke?"

aku nak cakap, kepada semua pelajar aku, kalau boleh aku nak ajar semua subjek kat dorang. bukan aku tamak. tapi aku happy bila aku tengok mereka faham apa yang aku ajar. aku rasa bersyukur sangat bila mereka dapat ilmu yang aku ajar.

ok, nanti kalau free aku sambung. aku nak pergi makan. lapar. hehee.

to all my student, i love u all.

to gary, saranghae.


Thursday, July 18, 2013

tugas baru sebagai cikgu praktikal

Assalamualaikum wbt.

dah lama betul aku tak update blog aku ni. dah lebih sebulan kot. hehe. normal ke kalau umur makin meningkat, kerja makin bertambah. nak spend masa untuk luahkan perasaan pon xsempat. huhu. sedihnya. aku nak mengarang pon dah rasa kekok. ayat pon rasa dah mcm tunggang langgang. erk! patutkah aku terus bersara dari dunia menulis ni? tapi sayang pulak kan. bukan senang nak hidupkan mugmerah ni. dah dekat 4 tahun kalau xsilap aku.

sekarang ni aku sedang berkampung di SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan. meninggalkan keselesaan dan kedamaian bercuti semester dirumah. aku terperap dan terperangkap dalam dunia sekolah yang penuh hilai tawa sang pelajar yang bersuka ria, keluh kesah sang murid yang akan menghadapi peperiksaan, dan tak lari juga desas desus mulut-mulut manusia. Nauzubillah, semoga aku dijauhkan dari umpat keji dan sebarang ketidakpuasan hati manusia.

"kita tak akan mampu memuaskan hati setiap orang"

jadi kita kena la buat yang terbaik pada kita. tapi jangan pulak sampai pentingkan diri sendiri. kita kena ingat kita hidup bermasyarakat. hidup kita membawa nama dan maruah. bukan sahaja maruah diri kita, tapi juga maruah ibu bapa kita, tempat kita belajar, negara kita, bangsa kita, dan yang penting agama kita. kalau buruk perangai kita, bukan sahaja nama kita yang terjejas. tapi juga nama-nama yang berkait dengan kita.



"jagalah maruah anda selagi mampu"

menjalankan tugas sebagai guru praktikal memang banyak dugaaan. insyaAllah jika berkesempatan aku akan kongsi pengalaman aku semasa berasa disekolah dan menggalas tanggungjawab sebagai guru praktikal.

setakat ni dulu aku menulis. nak kena buat report. hihi.

skema pulak aku rasa entry ni. adoi!




.:iklan nuffnang:.