.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

Saturday, April 5, 2014

my diary

Assalamualaikum,

dah lama sangat aku tak jenguk laman ni. detik demi detik aku merindui zaman aku menaip, berkongsi kisah suka duka dan pengalaman hidup pada laman Mugmerah yang menjadi sebahagian dari rakaman diari hidup aku.

tadi pagi, aku cek emel, ada emel dari iHosterz untuk aku renew domain blog aku ni. actually aku sendiri tengah berkira-kira sama ada nak teruskan jadi penulis tidak berapa nak terkenal dalam alam maya ni atau berhenti dan teruskan hidup aku macam biasa tanpa perlu sebarang coretan peristiwa.

tapi tak best la kan? there will be no more place for me to look over my history. tak ada sape-sape yang akan catat sejarah hidup aku kalau bukan aku sendiri memandangkan aku ni bukanlah artis terkenal, puteri raja cantik apatah lagi orang kaya tersohor.

aku akan renew lagi domain aku. insyaAllah. tapi untuk update laman ni secara konsisten mungkin agak mustahil atau susah. seperti yang pernah aku ckaap. aku akan mula menulis kembali. but until now, my last entry is on December 2013. tahun lepas tu. sigh!

p/s : aku rasa sesiapa yang ada blog mesti faham perasaan aku. nak buang sayang, nak simpan macam tak guna. but since aku masih dapat pendapatan dari Nuffnang, so aku akan terus kekalkan dan cuba untuk kembali aktif.

thanks a lot Nuffnang sbb masih bagi aku iklan walaupun aku dah tak aktif. 


Saturday, May 5, 2012

5 tips bangun pagi dengan mudah

sesungguhnya aku adalah seorang makhluk yang sangat liat nak bangun pagi. sampai kadang2 aku heran kenapa la susah sangat nak bgun. dah mcm 2 teknik aku cuba walaupun orang selalu je perli aku. xpe2. perli la korang. janji aku tahu apa aku buat. hehe. *ayat sentap.

tips #1 nak bangun awal, tido pon kenalah awal.

semudah yang aku cakap. walaupun hakikat xsemudah yang disangka. tidur awal antara cara yang berkesan. bila kita tidur awal, dalam masa yang sama badan kita akan lebih bertenaga. kurang rasa mengantuk dalam kelas *atau tempat kerja. teknik ni merupakan antara teknik paling berkesan yang aku pernah cuba. pukul berapa awal tu? mungkin 10, 10.30, atau 11.oo. ingat, otak kita memerlukan tidur yang cukup untuk berfungsi dengan baik keesokan harinya.
tips #2 melompat dari katil
melompat xbermaksud terlompat2. berbeza tu. maksud aku, bila mata terbukak, terus gerakkan kaki menyentuh lantai dan auto kan kaki dan badan untuk bangun. otak kena berkeras. lawan perasaan tu. memang agak sukar. kalau xpercaya cuba insyaAllah boleh. aku pernah try. tapi minda kena kuat tau. iman juga.
tips #3 cari sebab untuk bangun awal

cara ni berkesan. tapi lebih baik kalau mindset kuat. contoh, aku kena bangun pukul 6.30 sebab nak solat subuh kemudian basih baju. jadi automatik otak kita terset untuk bangun awal sebab nak basuh baju. atau pun set minda kita. aku nak bangun awal sebab aku janji dengan bos. kalau x...
tips #4 bangun dan senyum
senyum ternyata berkesan. contoh lain yang sesuai ialah kalau korang mengantuk dalam kelas. nak hilangkan mengantuk korang try senyum. kalau nak lagi best bangun2 je terus ketawa kuat2. konfirm dah xngantuk dah. hihi

tips #5 ada camera?
kalau korang ada camera. bila terjaga tu amik gmbar sendiri. posing lepastu tengok. sampai puas hati. lepastu mengantuk akan hilang bila korang sedar buruknya muka korang dalam gambar bila baru bangun tido. HAHA

sebenarnya ada banyak lagi. antaranya dengar lagu sebaik sahaja mata terbuka, cakap kuat2 atau panggil sesiapa yang ada, tarik nafas kuat2 dalam2. biar oksigen masuk dalam otak, minum air masak sebaik tersedar dan mengeliat dengan sepenuh hati.

.mugmerah

Thursday, November 24, 2011

petang khamis yang bosan bersama wanie

pada suatu petang (hari ni la) aku tengah tunggu kaunter pendaftaran untuk program interaksi go-kart UUM 2011. dengan wanie. sebab bosan mengunggu so, aku tengok la orang yang lalu lalang.

wanie

kalau tengok orang yang lalu lalang tu. macam-macam boleh kita perhatikan. ada yang muka control. ada yang bercakap henpon sambil tgok2 kasut. ada yang minum air berdiri. ada yang menari-nari kat khalayak ramai. ada yang jalan kaki ke lain. mata ke lain.


agak-agak apa la yang ada dalam fikiran masing-masing. perasaan gembira. contoh (apa yang aku fikir dorang cakap dalam hati la)

"yeay, kelas dah habis. aku nak balik tido la. mengantuk." sambil muka berkerut-kerut berfikir.

"huyoo. cun giler budak tu. nak ngorat la."


"ehmm. mana aku nak pergi lepas ni ea? bosannya." sambil mulut muncung dan jalan malas2

"mana abg ni. cakap nak dating. xdatang2 lagi. selalu lambat..!!" sambil tangan duk pusing2 jam kat tangan.


"huisyhh.. assignment xsiap lagi. nak kena g library. pinjam buku. ada group member pon macam aku sorang jer yang kena buat semua. tensen." jalan laju2. semua orang nampak macam dinding je.

last.

"alamak. cuti sem lambat lagi. duit dah xde. asyik mintak bapak je. makanan makin mahal. nak print assignment lg. kawan2 ajak keluar lagi. kalau xpegi dorg kata xnak kawan. hui." gaya dorg agak2 mcm mna?

korang fikir la sendiri

aku? aku tersadai kat kerusi kat tepi foyer library ni. tengok gelagat manusia. macam2 rupa. macam2 fesyen. macam2 kerenah. ada yang sorg2 tengok hp. senyum sorang2. ada yang tengah tekan ipad sambil angkat tinggi2. menunjuk la tu. HAHA.. buruk punya fikiran.


sukahati aku la. fikiran aku. HAHA

dah la.

sekian.


Wednesday, November 23, 2011

aku heran la dengan 'mereka' ni..

beberapa hari yang lepas aku ada lepak dengan kawan aku. merangkap ex-rumet aku yang tersayang. fatin. aku teman dia kat kafe masa tu dalam pukul 11 malam la lebih kurang. tengah-tengah lepak sambil borak-borak. tiba-tiba datang la sekumpulan budak perempuan.

mugmerah malu la nak pakai macam ni jalan-jalan kat luar. 
semua orang pandang

xde la budak jugak. umurnya lebih kurang aku jugak la. apa yang menarik perhatian aku pada kumpulan mereka ni ialah cara mereka berpakaian. aku tahu aku dulu pon pernah menempuhi zaman berpakaian pelik-pelik. sesuai la konon dengan zaman remaja.

tapi Alhamdulillah tu dulu. sekarang aku lebih hati-hati dengan pakaian yang aku pakai. aku bukan apa. bila balik kampung tengok muka ayah aku. abang-abang aku. rasa kesian pulak kalau dorang kena tanggung dosa aku sebab berpakaian macam tu.

ni lagi kes berat. heran aku bila tengok. nak tergelak pon ada

actually memang la mereka bertudung. yess. mereka bertudung. means mereka dah tutup rambut. tapi seluar mereka. ketatnya alamak. aku pon malu nak tengok. dengan baju yang ketat. nampak la badan-badan tu. yang kurus yang gemok sama je.

bila aku fikir lagi dalam-dalam aku cakap kat kawan aku.

"aku takut, aku tak nak anak aku nanti pakai pakaian macam ni"

"aku kesian kat suami aku nanti kena tanggung"

"dan aku pon tak nak dah berpakaian macam tu, aku sayang ayah aku, aku sayang abang-abang aku"

ramai jugak yang terpengaruh dari artis-artis.

sedih bila aku fikir. remaja-remaja yang hanya tahu berfesyen entah apa-apa ni aku berfikir dan berfikir. nak je aku g bagi kuliah tengah malam kat situ. tanya. korang xkesian ke kat bapak korang? abang korang? atau at least kt diri korang tu sndiri?

tp mgkin bnda ni kesedaran dia datang dari dalam diri masing-masing. aku berdoa semoga semua mereka sedar. tolong la jangan pakai macam tu lagi. bukan xboleh pakai semuar. tapi jangan la ketat sangat. boleh pakai baju adik. tapi jgan la pakai baju adik yang ketat smpai nak bernafas pon nampak payah. kalau ye pon body korang cantik. xperlu la nak ditayang. xmalu ke..?

dah la malas la nak bebel. kalau korang yang baca apa yang aku tulis ni dan ada yang pakai pelik-pelik tu. fikir-fikirkanla

sekian

anda peminat filem kungfu?

Saturday, November 19, 2011

pada suatu petang...

salam semua. huhu. lama kot xbuat entry. dah berdebu da blog aku ni. siap tumbuh lalang berbunga da kat tepi-tapi tu. well. sebenarnya bukan sengaja aku xnak berblog. cuma bizi je dan plus malas la kan. penyakit yang semua orang xnak. tp hampir semua orang ada.


petang-petang mcm ni best pulak aku duk lepak kat kafe sorang-sorang sambil online. tengok gelagat manusia kat UUM ni. menarik. macam-macam. cehh. sedap-sedap je aku pherati kat orang. tah-tah ada yang tengah tengok aku yang tengah pakai baju ko-k lagi ni lepak kat kafe sambil tekun menaip ala-ala tengah buat assignment kan.


ok la. dah cukup membebel dalam keadaan yang separa sedar sebab aku tengah mengantuk ni. sebenarnya aku nak cerita. semalam aku tengok dua cerita. cerita tu sangat ringan konsep yang dia bawa tapi beri kita meseg yang sgt berguna. terutamanya kepada kita yang xlama lagi. InsyaAllah akan bergelar golongan dewasa dan dengan izin Allah juga akan ada anak dan keluarga sendiri. 


cerita tu korang semua mesti pernah dengar. baru je keluar. tajuk dia Aku Tak Bodoh.



pada aku cerita ni memang menarik. disamping pelakon dia yang hensem. hehe. Encik Teddy jangan marah tau. cerita tentang remaja atau anak-anak yang hidup mereka diarah dan diarah oleh ibu bapa. tindakan mereka dianggap salah. menyebabkan mereka memberontak.



si bapak yang sayang kat anaknya. tapi xtau nak tunjukkan kasih sayang. sebaliknya menggunakan kekerasan atau berkasar dalam membesarkan anaknya. realiti kehidupan



cikgu yang.... tak boleh cakap apa. tapi korang tengok dan fikir-fikirkan lah. aku juga bakal guru. cerita ni beri aku peluang untuk fikir. "aku mahu jadi guru yang bagaimana?" korang juga. kalau bakal guru. fikir-fikirkan.


masyarakat yang hanya tau menghukum. menghukum bukan mengadili. menganggap hukuman dapat mengubah sikap dan sesuatu kesalahan. 


bila dah jadi benda buruk baru menyesal. ingat. "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna"


kerana ibu bapa yang sibuk mencari rezeki. lupa masa untuk anak. anak mencari kawan. kawan adalah segalanya. mereka tak bersalah secara keseluruhan. mereka perlu dihargai. 


kerana rakan. sanggup berbuat apa sahaja. 

seperti yang aku cakap tadi. cerita ni mengandungi banyak mesej yang cuba disampaikan. sudi-sudikanlah diri korang untuk menonton. xrugi. kerana banyak ilmu yang tersirat.

sekian...

oppsss. ada lg 1 cerita yang aku tengok. next time la aku cerita.






Wednesday, May 4, 2011

yang tua hihormati, yang muda disayangi...

heyt semua.. lama aku menghilang.. sekarang aku muncul lg.. aku bukan pe.. cuma xde masa dan kerajinan nak datang jenguk blog ni.. sampai pelawat pon dah berkurang.. kawan2 blogger sekalian.. mugmerah kembali.. ceyh.. mcm la ada yg sedar aku dah lama hilang.. hahaha

papepon mesti ada yang fikir kenapa ada pic 4 orang perpegang tangan kat atas tu dan tajuk entry aku tu.. actually, hari ni aku teringin nak berkongsi pasal hubungan sesama manusia.. kata orang untuk kita dihormati, kita juga kena menghormati.. dan teringat pula aku pada satu ayat yang aku jumpa dalam satu buku.. ayat tu berbunyi..

secara kasarnya apa yang ayat ni cuba sampaikan senang je.. kalau kita nak orang lempang kita.. maka kita kena la lempang orang dulu.. dan begitulah sebaliknya.. secara lembutnya pula, kalau kita nak orang buat baik kat kita.. kita kena la buat baik dulu.. apa orang putih cakap "give and take" yeke? hmmm.. yela tu kot..

sebenarnya tu cuma basic atau melayunya asas dalam bersosial dan bergaul sesama masyarakat. walaupon masih ada manusia yang xkira la orang buat baik kt dia mcm mna pon.. dia ttp buat jahat.. mcm buat baik di balas jahat.. tapi nak buat macam mana kan.. dah memang setiap individu tu dilahirkan berbeza.. papepon.. sebelum undur diri teringin aku nak share..


.:iklan nuffnang:.