.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

kelebihan Jus Pati Buah Delima Gulsan Nar Eksisi


nah, tgok gambar pati delima kat atas tu? nama beliau adalah Jus Pati Buah Delima Gulsan Nar Eksisi. yang aku beli pada harga promosi RM16 sebotol atau RM30 untuk 2 botol. sangat murah berbanding harga pasaran yang aku google kat internet. ada yang mencecah RM30 sebotol. aku dapat harga murah pon sebab aku beli sempena karnival 3K kat universiti aku.

aku pon baru je lebih kurang seminggu mengamalkan jus ni. and now aku tengah cuba mengesan perubahan yang berlaku. mungkin masih dalam peringkat awal maka belum nampak sangat. tapi yang pasti perut aku yang memang selalu meragam kerana gastrik yang sangat kritikal dah mula menunjukkan tanda-tanda yang ianya sedang bertindak balas dengan pati ni. InsyaAllah.

apa yang aku dapat. kelebihan Jus Pati Buah Delima Gulsan Nar Eksisi ni adalah. 
  • Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).
  • Pati Delima Gulsan Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah :

  • Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
  • Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
  • Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan
  • Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
  • Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
  • Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
  • Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…
  • Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi
  • Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
  • Merapatkan  rahim dan juga menyuburkan rahim
  • Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
  • Awet muda
  • Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
  • Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
  • Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua & dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin.
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
  • Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  • Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.
sumber : rizi-biz.com

Friday, December 21, 2012

tips menghilangkan selsema

sejak exam makin dekat ni aku makin banyak dapat masalah. masalah kesihatan terutamanya. dan untuk kaitkan dengan tajuk entry, SELSEMA. korang tau kan, macam mana rasa tak selesa bila hidung tersumbat dan mengganggu konsentrasi untuk bernafas. oh! teruknya BM aku. *harap-harap tak ada cikgu BM yang baca blog aku. XD

sebelum aku melalut dengan lebih panjang dan entah apa-apa, dan korang bosan dengan lalutan aku (lalutan tu apa!). aku nak share beberapa petua atau tips untuk mengurangkan atau menghilangkan selsema. lama tak kongsi tips ni. XD

#1 Kulit Kayu Manis
 
bunyinya memang manis. tapi  rasanya amatlah tidak semanis bunyinya. (*eh! kenapa la aku rasa tahap berbahasa aku makin teruk ni!?) ok, teruskan. kulit kayu manis ni ada dua cara. sama ada korang nak makan macam korang makan coklat bar atau masukkan dalam air. kalau nak mkan korang anggap je korang sedang makan buah pinang. tapi jangan makan banyak sangat. kulit kayu manis ni berfungsi untuk memanaskan badan dan menghilangkan lelehan hingus. kalau tak sanggup nak makan, letak dalam teh panas dan minum. jangan la teh ais plak kan. XD
#2 Limau Nipis
 
dulu masa zaman sekolah kalau selsema atau batuk aku suka guna petua ni. lupa dah dari mana aku ambik. letak gula dalam sudu, then perahkan limau nipis. lepastu kahak rasa lega. InsyaAllah. kalau nak lg sedap, buat teh suam, perahkan limau dalam tu. wahh sedapnya teh suam letak limau. XD
#3  Asam Jawa
 
asam jawa sangat sedap bila dimakan begitu sahaja. yumm. -_- korang ambik asam jawa, bancuh dalam air suam, letak gula sikit, then minum. Asam jawa ni bagus untuk hilangkan rasa perit pada tekak dan menyejukkan badan. 
#4 100 plus
 
beriklan plak aku kat sini kan. haha. tapi ni untuk cara yang lebih moden la. kalau korang xnak amalkan petua 3 diatas tu. sila bersiap2 untuk kekedai terdekat dan beli sebotol/setin 100 plus yang original. minum. bagus untuk menambah tenaga, mengurangkan demam. 
#5 ubat selsema
 
cara yang paling senang dan memang tidak meremehkan ialah makan ubat selsema. berlambak-lambak kat farmasi. pilih je. makan dan berehat. 
dah cukup. aku tau korang bukan suka baca kalau aku taip panjang-panjang. kann?. kalau dan cuba segala cara. istighfar la. sakit tu kan ujian. sakit akan buat kita ingat pada pencipta kita. sakit pada badan kita sebenarnya ubat pada jiwa kita. InsyaAllah.

Saturday, May 5, 2012

5 tips bangun pagi dengan mudah

sesungguhnya aku adalah seorang makhluk yang sangat liat nak bangun pagi. sampai kadang2 aku heran kenapa la susah sangat nak bgun. dah mcm 2 teknik aku cuba walaupun orang selalu je perli aku. xpe2. perli la korang. janji aku tahu apa aku buat. hehe. *ayat sentap.

tips #1 nak bangun awal, tido pon kenalah awal.

semudah yang aku cakap. walaupun hakikat xsemudah yang disangka. tidur awal antara cara yang berkesan. bila kita tidur awal, dalam masa yang sama badan kita akan lebih bertenaga. kurang rasa mengantuk dalam kelas *atau tempat kerja. teknik ni merupakan antara teknik paling berkesan yang aku pernah cuba. pukul berapa awal tu? mungkin 10, 10.30, atau 11.oo. ingat, otak kita memerlukan tidur yang cukup untuk berfungsi dengan baik keesokan harinya.
tips #2 melompat dari katil
melompat xbermaksud terlompat2. berbeza tu. maksud aku, bila mata terbukak, terus gerakkan kaki menyentuh lantai dan auto kan kaki dan badan untuk bangun. otak kena berkeras. lawan perasaan tu. memang agak sukar. kalau xpercaya cuba insyaAllah boleh. aku pernah try. tapi minda kena kuat tau. iman juga.
tips #3 cari sebab untuk bangun awal

cara ni berkesan. tapi lebih baik kalau mindset kuat. contoh, aku kena bangun pukul 6.30 sebab nak solat subuh kemudian basih baju. jadi automatik otak kita terset untuk bangun awal sebab nak basuh baju. atau pun set minda kita. aku nak bangun awal sebab aku janji dengan bos. kalau x...
tips #4 bangun dan senyum
senyum ternyata berkesan. contoh lain yang sesuai ialah kalau korang mengantuk dalam kelas. nak hilangkan mengantuk korang try senyum. kalau nak lagi best bangun2 je terus ketawa kuat2. konfirm dah xngantuk dah. hihi

tips #5 ada camera?
kalau korang ada camera. bila terjaga tu amik gmbar sendiri. posing lepastu tengok. sampai puas hati. lepastu mengantuk akan hilang bila korang sedar buruknya muka korang dalam gambar bila baru bangun tido. HAHA

sebenarnya ada banyak lagi. antaranya dengar lagu sebaik sahaja mata terbuka, cakap kuat2 atau panggil sesiapa yang ada, tarik nafas kuat2 dalam2. biar oksigen masuk dalam otak, minum air masak sebaik tersedar dan mengeliat dengan sepenuh hati.

.mugmerah

Sunday, December 26, 2010

insomnia dan tidur..


"warghh.. da lewat gler ni.. asal aku xleh tido.. tensionnya."

"esok aku ada kuliah pagi2.. nape la xleh tido ni.."

"ngantuknyer.. semua da tido.. aku bila? dah la seram ni."

mesti korg pon pernah alami keadaan xbole tido kan? sama la ng aku.. oleh itu aku rasa sangat bertanggungjawab (ceh, tetiba je.. haha) nak wat research sal menda ni.. yelakan.. korang (bg yang penah alami) mesti faham perasaan bila xbleh tido.. dah puas da pejam2 mata.. baca buku palinggg bosan pon.. xbole tido gak.. rasa nak nagis pon de kan3..


gila ah.. kul 4 da ni...

so, kalo bnda cmni jadi kt korang la.. pe korang nak buat? lau duk hostel lg la.. tgok member semua da lelap.. siap dengar bunyi dengkur lg.. jeles giler la an.. ok.. sebelum tu aku nak discuss dlu sal sebab pe kita xleh tido ni..


jeles x tgok baby ni tido.. bestnyer...


ok sebab2nya..

  • sress di rumah, tempat kerja atau tempat blaja..
  • perubahan tempat tidur.. (biasanya pidah rumah atau baru masuk asrama)
  • tidur di tempat orang ramai dan xbiasa.. (ex:tmpat pindah bnjir)
  • penyakit susah bernafas..
  • xboleh tidor sbb dengar bunyi2 (ex:bunyi dengkur.. aku pling xsuka)
  • pertambahan usia dan masalah.
  • satu lagi.. silap makan.. biasanya pengambilan kafien la.. (kafien gk yg salah padahal korg yg telan)

kat sini aku nk bg beberapa saranan la untuk dapat tidur yang berkualiti.. (mcm ckgu bio lak terasa pdahal amik akaun.. heheh).


tido pon nak kualiti.. hurm

  • jangan makan terlampau banyak sebelum tidur. (mksudnya sblom msuk tido jgn la g hntam nasi 2 3 pingan. sket2 dah.. esok bleh mkan lg lau bgun.. :))
  • jgn juga tido ng perut kosong.. (at least mkan la biskut ke sekeping 2.. lg ok lau korg leh telan susu panas..)
  • tidur di kwasan @ persekitaran yang tenang..
  • lakukan senaman ringan pada siang hari. (tp jgn la btul2 sblom tido)
  • relaxkan minda. buang masalah dulu. letak tepi. esok amik blik.
  • jgn minum minuman yg berkafien.. (amaran utk diri sndiri)

pastu lau xberkesan nak wat pe eh? nak tau? senang je.. esok pas xberjaya. keluar rumah, hostel dan sbgainya.. pegi hospital. jumpa doktor.. jgn g farmasi lak bli obat tido.. nti ada yg tido xbgun2 msalah lak oi..


da tido lmbat jgn la bgun lmbat lak.. subuh oi.. xkan tiap2 hari gajah..

k la.. semoga berjaya dapat tido yang berkualiti.. <3

.:iklan nuffnang:.