.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, September 30, 2013

tips hadapi masalah

assalamualaikum

ahh masalah lagi, ayat ni selalu kita cakap bila kita berdepan dengan masalah. cuma mungkin dalam susun ayat atau kata yang berbeza. dan aku sendiri selalu merungut bila ada masalah. stress la. itu la. ini la. sebab aku buntu. apa yang perlu aku lakukan untuk selesaikan masalah aku?


tips yang paling mudah bila sedang menghadapi masalah ialah.

#1 bertenang
gila kau tengah serabut dengan problem nak suruh bertenang? haha. relax. sebab kalau kecoh pon masalah belum tentu setel kan? so, bertenang je dulu. ambik nafas dalam-dalam. duduk diam dan tarik nafas tanpa fikir apa-apa. kalau aku tengah serabut ni, duk kalut-kalut lagi la rasa serabut, lepastu mula la nak menangis. lepas tu masalah tak setel, kepala yang sakit sebab nangis. kan? so bertenang je dulu.
#2 istighfar
dah banyak dah penulis-penulis malah penceramah, ustaz serta ustazah bercerita tentang kebaikan istighfar ni. dan salah satunya pada aku sendiri sangat berkesan untuk menenangkan jiwa. istighfar je banyak-banyak. kalau nak marah, insyaAllah kurang marahnya. dan insyaAllah tuhan akan permudahkan jalan untuk selesaikan masalah tu.
#3 surah al-kauthar
 
untuk tahu kelebihan surah ni korang boleh refer page ni. korang akan tengok betapa banyak nya faedah yang kita boleh dapat dengan surah yang pendek ni. bacalah banyak-banyak sepanjang masa. pensyarah aku pesan lagi, baca lah ketika hari hujan. insyaAllah terbuka jalan-jalan penyelesaian untuk masalah kita. kita kena ingat, kita cuma manusia. yang menjadikan sesuatu ialah Allah. sebab tu sangat penting untuk kita sentiasa ingat pada dia. InsyaAllah.
#4 usaha
orang selalu cakap. tawakal tanpa usaha tak akan bagi apa-apa hasil. jadi kena la usaha. kalau ada masalah, cari punca masalah tu. selesaikan satu persatu. jangan terlalu gopoh. bertenang dan gunakan akal.
cakap memang senang kan? tapi sekurang-kurangnya aku pernah cuba cara ni dan pada aku sedikit sebanyak aku rasa tenang. walaupun masalah aku belum selesai. tapi aku tahu masalah wujud sebab Allah sedang menguji kita. Allah nak uji tahap kesabaran kita. ramai manusia yang gagal, bunuh diri sebab tak sanggup hadapi masalah. itu bukan penyelesaian, tetapi itu adalah masalah baru.

insyaAllah.

Friday, December 21, 2012

tips menghilangkan selsema

sejak exam makin dekat ni aku makin banyak dapat masalah. masalah kesihatan terutamanya. dan untuk kaitkan dengan tajuk entry, SELSEMA. korang tau kan, macam mana rasa tak selesa bila hidung tersumbat dan mengganggu konsentrasi untuk bernafas. oh! teruknya BM aku. *harap-harap tak ada cikgu BM yang baca blog aku. XD

sebelum aku melalut dengan lebih panjang dan entah apa-apa, dan korang bosan dengan lalutan aku (lalutan tu apa!). aku nak share beberapa petua atau tips untuk mengurangkan atau menghilangkan selsema. lama tak kongsi tips ni. XD

#1 Kulit Kayu Manis
 
bunyinya memang manis. tapi  rasanya amatlah tidak semanis bunyinya. (*eh! kenapa la aku rasa tahap berbahasa aku makin teruk ni!?) ok, teruskan. kulit kayu manis ni ada dua cara. sama ada korang nak makan macam korang makan coklat bar atau masukkan dalam air. kalau nak mkan korang anggap je korang sedang makan buah pinang. tapi jangan makan banyak sangat. kulit kayu manis ni berfungsi untuk memanaskan badan dan menghilangkan lelehan hingus. kalau tak sanggup nak makan, letak dalam teh panas dan minum. jangan la teh ais plak kan. XD
#2 Limau Nipis
 
dulu masa zaman sekolah kalau selsema atau batuk aku suka guna petua ni. lupa dah dari mana aku ambik. letak gula dalam sudu, then perahkan limau nipis. lepastu kahak rasa lega. InsyaAllah. kalau nak lg sedap, buat teh suam, perahkan limau dalam tu. wahh sedapnya teh suam letak limau. XD
#3  Asam Jawa
 
asam jawa sangat sedap bila dimakan begitu sahaja. yumm. -_- korang ambik asam jawa, bancuh dalam air suam, letak gula sikit, then minum. Asam jawa ni bagus untuk hilangkan rasa perit pada tekak dan menyejukkan badan. 
#4 100 plus
 
beriklan plak aku kat sini kan. haha. tapi ni untuk cara yang lebih moden la. kalau korang xnak amalkan petua 3 diatas tu. sila bersiap2 untuk kekedai terdekat dan beli sebotol/setin 100 plus yang original. minum. bagus untuk menambah tenaga, mengurangkan demam. 
#5 ubat selsema
 
cara yang paling senang dan memang tidak meremehkan ialah makan ubat selsema. berlambak-lambak kat farmasi. pilih je. makan dan berehat. 
dah cukup. aku tau korang bukan suka baca kalau aku taip panjang-panjang. kann?. kalau dan cuba segala cara. istighfar la. sakit tu kan ujian. sakit akan buat kita ingat pada pencipta kita. sakit pada badan kita sebenarnya ubat pada jiwa kita. InsyaAllah.

Sunday, May 6, 2012

tips memilih jodoh special

jodoh mmg setiap orang dah ditetapkan jodoh masing-masing. tapi kita xboleh la nak tunggu je jodoh tu datang bergolek. kena la jugak usaha mencari. jadi mugmerah nak kongsi tips mencari jodoh mengikut cara Rasulullah.

tips #1 kenal
Rasulullah SAW menggalakkan sesiapa yang nak kahwin, kenal dulu siapa bakal orang yang nak dikahwini tu. jangan main berserah je. nak kawin bukan sehari, seminggu atau sebulan. kalau dah kawin nanti tak puas hati tak kan tiba-tiba nak cerai kan? tak adil la. jadi sebelum nak kahwin tu berkenal-kenalan lah dulu dengan bakal pasangan anda. 
 
nak kenal tu pulak ikut la adat dan adab yang betul, jumpa bapaknya, atau mahramnya. kalau setuju teruskan. senang kan?
tips #2 keturunan
cara kedua adalah melihat keturunan bakal pasangan. kalau boleh dan elok pilihlah dari keturunan yang baik-baik. bukan memilih, tapi untuk menjaga nasab atau keturunan kita juga. contohnya jangan la pilih calon dari keturunan penzina, pembuat maksiat yang enggan bertaubat.
 

tips #3 kufu
sesetengah orang masih kurang jelas kufu tu apa. kufu tu maksudnya taraf. selalu kita dengar. nak pilih suami/isteri tu biarlah sekufu. tapi mcm mana yang dikata sekufu tu? sebagai contoh kalau kita orang miskin atau sederhana, kalau boleh pilihlah yang sama taraf ekonomi, jgn pula pilih dari golongan mewah, loaded, dan sebagainya. kalau kita tengok masyarakat kita. nak kawin buat majilis mahal2 mewah2 sebab segan dengan pihak lagi satu, segan dengan sanak saudara. kalau kita sedar taraf kita. pilihlah yang sederhana insyaAllah mereka lebih memahami. *bergantung kepada status ekonomi anda.
tips #4 kasih
 kasih. macam mana nak wujud kasih? sebelum kasih mesti la berkenan dulu. bila dah berkenan secara xlangsung kasih, sayang dan cinta tu akan tumbuh. memang cinta akan hadir lepas kahwin. namun kalau tak wujud kasih sukar untuk wujud sebuah keluarga. kasih tak bermaksud perlu jadi kekasih. kasih itu sebab sudah berkenan. berkenan maksudnya boleh menerima. bila ada kasih dan cinta perkahwinan insyaAllah bahagia. indahnya cinta islam.
 tips #5 kahwin

nak pilih jodoh bukan untuk bercouple, untuk suka-suka, tapi untuk berkahwin. kalau semua syarat-syarat di atas dah ada, restu keluarga dah dapat. ilmu dah cukup. kahwin lah. jangan tunggu lama2. benda elok kan labih manis kalau dipercepatkan. lama-lama mengundang fitnah. =)
 mugmerah : doakan mugmerah dapat jodoh yang beriman dan kekal sampai syurga. ameen.

*kalau ada yang silap mohon perbetul-sekadar perkongsian


Saturday, May 5, 2012

5 tips bangun pagi dengan mudah

sesungguhnya aku adalah seorang makhluk yang sangat liat nak bangun pagi. sampai kadang2 aku heran kenapa la susah sangat nak bgun. dah mcm 2 teknik aku cuba walaupun orang selalu je perli aku. xpe2. perli la korang. janji aku tahu apa aku buat. hehe. *ayat sentap.

tips #1 nak bangun awal, tido pon kenalah awal.

semudah yang aku cakap. walaupun hakikat xsemudah yang disangka. tidur awal antara cara yang berkesan. bila kita tidur awal, dalam masa yang sama badan kita akan lebih bertenaga. kurang rasa mengantuk dalam kelas *atau tempat kerja. teknik ni merupakan antara teknik paling berkesan yang aku pernah cuba. pukul berapa awal tu? mungkin 10, 10.30, atau 11.oo. ingat, otak kita memerlukan tidur yang cukup untuk berfungsi dengan baik keesokan harinya.
tips #2 melompat dari katil
melompat xbermaksud terlompat2. berbeza tu. maksud aku, bila mata terbukak, terus gerakkan kaki menyentuh lantai dan auto kan kaki dan badan untuk bangun. otak kena berkeras. lawan perasaan tu. memang agak sukar. kalau xpercaya cuba insyaAllah boleh. aku pernah try. tapi minda kena kuat tau. iman juga.
tips #3 cari sebab untuk bangun awal

cara ni berkesan. tapi lebih baik kalau mindset kuat. contoh, aku kena bangun pukul 6.30 sebab nak solat subuh kemudian basih baju. jadi automatik otak kita terset untuk bangun awal sebab nak basuh baju. atau pun set minda kita. aku nak bangun awal sebab aku janji dengan bos. kalau x...
tips #4 bangun dan senyum
senyum ternyata berkesan. contoh lain yang sesuai ialah kalau korang mengantuk dalam kelas. nak hilangkan mengantuk korang try senyum. kalau nak lagi best bangun2 je terus ketawa kuat2. konfirm dah xngantuk dah. hihi

tips #5 ada camera?
kalau korang ada camera. bila terjaga tu amik gmbar sendiri. posing lepastu tengok. sampai puas hati. lepastu mengantuk akan hilang bila korang sedar buruknya muka korang dalam gambar bila baru bangun tido. HAHA

sebenarnya ada banyak lagi. antaranya dengar lagu sebaik sahaja mata terbuka, cakap kuat2 atau panggil sesiapa yang ada, tarik nafas kuat2 dalam2. biar oksigen masuk dalam otak, minum air masak sebaik tersedar dan mengeliat dengan sepenuh hati.

.mugmerah

tips untuk hidup gembira

Assalamualaikum

semua orang dalam dunia ni nak hidup gembira. sesiapa yang cakap xnak tu tipu sangat lah. tapi mcm mana kita nak rasa gembira? perlu ke duit berjuta-juta hanya untuk gembira. solution mugmerah senang je. nak tau? jom.

tips #1 : kebahagiaan vs duit
semua orang tahu, duit antara benda penting dalam hidup. malah ada yang sanggup membunuh hanya kerana duit. duit dan kuasa membuatkan manusia tamak. tapi sebenarnya ketamakan pada duit ni menyebabkan hidup seseorang tu diselaputi oleh tekanan. stress. 
"mcm mana nak kaya? orang tu pakai benda tu aku apa yang ada." (ini bukan iklan MLM) 
 
sebenarnya banyak duit xmembawa kebahagiaan. as long as kita bersyukur. dah cukup. mcm mana nak bersyukur dalam kekurangan? antaranya berkongsi dengan orang lain. korang mesti pernah dengar. 1 yang kita hulur, 40 yang kembali kepada kita. see, bila kita bermurah hati, xberkira dengan orang, rezeki yang kita kongsi akan kembali kepada kita. kita xrugi, malah untung.
jelas sekali bila keadaan mcm ni berlaku, kita dah xperlu nak risau. if kita kesempitan, insyaAllah orang yang pernah kita tolong akan tolong kita kembali. so walaupun kita susah kita xkan rasa sakit dan sedih. sebab ramai lagi yang menyokong kita. =)

tips #2 malas vs kepuasan
dalam membuat sesuatu urusan. contohnya bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan. sebahagian dari mereka bertindak melawan budaya *anti budaya sekolah (maksudnya menolak untuk berada dlm suasana ilmu) sebaliknya mereka ponteng sekolah. mereka sebenarnya tidak mengukir kegembiraan buat diri mereka. mereka just membawa diri sebentar kerana mereka sangka itu membahagiakan mereka. 
 
alangkah bagusnya kalau mereka pergi mendekati target atau 'goals' daripada menjauhi 'goals' tu. students, jgn la terpengaruh sgt dengan kawan2. berkawan memang bagus. tapi kalau kawan terjun bangunan kita turut sama. keindahan berkawan tu dah tercemar. daripada ikut kawan xtemtu hala baik kita set goals untuk diri kita. bila kita sendiri set goals tu kita seolah-olah mencabar diri kita. dan bila kita berjaya mencapai goals tu secara xlangsung kita berasa puas dan semakin bersemangan untuk lebih berjaya.
tips #3  hargai diri sendiri
korang mesti pernah dengar pasal hargai siri sendiri. sayangi diri anda. mcm mana nak hargai diri sendiri ketika kita tengah sedih? first kita kena recall balik. dulu kita pernah berjaya. cuma kali ni kita kurang bernasib baik. cuba ingat kembali kenangan lama. saat kita gembira. insyaAllah kita akan lebih bersyukur. kita bukan selamanya sedih. 'rupa-rupanya aku pernah berjaya' kenapa aku nak sedih2 sangat. bukan rezeki aku kali ni. mungkin gagal kali ni untuk kejayaan masa hadapan. try again and again.
bila kita tengah kecewa. tarik nafas panjang-panjang. dalam-dalam. kosongkan fikiran. ambil sedikit masa. dan fokus kepada masa hadapan. berpandukan masa lalu . kemudian fikir.
'kenapa aku gagal?' find the reasons, and get the point to wake up. think it as easy as ABC. 
gud luck guys. hidup kadang2 memang memerlukan usaha. yang penting diri kita fikir apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri kita. sebab kita yang mencorak hidup kita. rite?

.mugmerah


Tuesday, May 1, 2012

tips untuk 'slow learner'

slow learner merupakan satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seseorang individu yang susah belajar atau memahami sesuatu terutamanya benda-benda baru selain mempunyai ingatan yang lemah atau mudah lupa. setiap individu kebolehan masing-masing berbeza. sama ada dari segi akademik, kemahiran atau tahap ingatan. seorang pelajar mungkin bijak dalam akedemik tapi lemah dalam kemahiran dan sebaliknya.



terdapat juga teori yang mengatakan kecerdasan itu diwarisi. hal ini bermaksud if the parents are not brilliant, anaknya pon mcm tu. dan if parentsnya pintar anaknya juga mesti pintar. but actually pada aku teori tu xtepat sama-sekali. buktinya dapat kita lihat sendiri. banyak sgt. terutamanya anak2 daripada golongan 'pekerja' ramai yang berjaya malah bukan sedikit cendikiawan-cendikiawan dalam negara kita yang datang dari latar belakang keluarga yang sosio-ekonomi dan taraf pendidikan rendah atau biasa-biasa sahaja.


mugmerah ada beberapa tips untuk dikongsikan kepada golongan 'slow learner' ni atau mereka yang merasakan mereka tergolong dari golongan ini. tips ini juga sesuai untuk mereka yang nak menambah baik cara belajar masing-masing.

tips yang paling mudah bagi mereka yang susah mengingat. 

Jadikan Diri Sendiri Lebih Tersusun
konsep ni senang je. sentiasa bawak buku nota kecil dan xperlulah nak rasa segan silu nanti orang cakap kita nerd atau budak skema. apa nak pedulik! kita bawak buku nota untuk diri kita. xkacau mereka yang lancang berkata2 tu pon kan? if la korang ni tetap nak segan jgak. boleh la bawak digital device contohnya PDA atau pon pakai je handphone sendiri. secikai-cikai hp aku pon ada memo dgn note xkan hp canggih dan ganas korang xde kan? dan make sure korang ada backup copy in case notes tu hilang atau ada yg baik hati tapi sengal gatal2 nak curi. tulis sendiri malas! 
 Rajin-rajin Tampal Nota Di Tempat Yang Mudah dilihat.
sticky notes. hampir majoriti orang pernah beli tapi at last xtau nak bt apa. apa kegunaan benda ni? last2 buat bazir duit je beli. comel. kegunaan sticky note ni adalah untuk diri sendiri. cth aku tampal kat board untuk benda-benda yang penting dan yang xpenting pon ada. kebiasaannya kita tampal sticky notes ni untuk reminder pada diri sendiri. sekarang apa kata tukar konsep tu. guna sticky note untuk mintak tolong orang ingatkan kita.
contoh tampal kat peti ais atau cermin tau pintu. sticky notes sangat berkesan bukan untuk diri kita je. orang lain juga boleh tumpang tau. saling mengingat. kan bagus. =)
 Jangan Tamak Dalam Membuat Tugasan

http://www.mentalhelp.net

 kalau korang dah tau setakat mana kemampuan korang jangan lah berani-berani nak buat banyak kerja dalam satu masa. orang lain boleh biar la mereka. kita xmampu. setelkan satu-satu lg senang dan xmenyusahkan diri sendiri.
Tajamkan Minda 
nak tajamkan minda xperlu la kita nak amik pengasah dan asah kepala kita. nnti xpasal2 orang cakap gila. macam mana nak tajamkan minda? aku ada beberapa cara nak tajam kan minda. pertama sekali kurangkan menonton Tv. terutamanya drama. bukan apa drama ni kdg2 xmembantu mengembangkan pemikiran. balik2 cerita cinta, konflik berebut boifren, cerai, rujuk balik. xde challenge langsung. bukan xleh tgok tp tgok la yg berguna sket kan?
dah tu kalo xleh tgok Tv nak bt apa? cuba tajamkan minda dengan bermain dengan aktiviti mencabar. main catur, baca buku, puzzle atau banyak brains games online kan? google je.
 

ok tu sahaja setakat ni. actually berblog juga membantu menajamkan minda, sebab kita kena pikir apa yang aku nak tulis hari ni. =)

mugmerah : bizi, xsempat nak blogwalking, entry ni pon dah 2 hari perap dlm draft :(

.:iklan nuffnang:.