.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label exited. Show all posts
Showing posts with label exited. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

secial thanks untuk Lady Firm ♥♥♥

pagi-pagi hari sebelum buat assignment, aku ambik mood nak tengok blog. mungkin ada yang dapat membuka mata dan minda. and aku sangat gembira dan terharu sebab cik Lady Firm hadiahkan aku template ni (klik kalau nak tengok). cantik sangat-sangat dan aku suka. tengok kat bawah k baby. :3

awesome kan? cute dan merah serta mug. heheh :3

pagi tadi aku cek emel, ada comment dari cik Lady Firm ni. dan excited dan terharu lah aku bila tgok. korang ingat senang ke nak dpt template mcm ni? aku buat header kat atas tu pon da nak berdarah hidung. hebat lah. XD
-_-

kepada cik Lady Firm : thanks sangat2 sebab sedar kewujudan Mugmerah.com yang lusuh dah ni. dan sudi buatkan template baru untuk dia. XD

Sunday, May 13, 2012

tabu dalam masyarakat

assalamualaikum

tabu merujuk kepada perkataan atau perkara yang menjadi larangan dalam masyarakat.  Masyarakat kita seperti yang kita ketahui, kaya dengan adat yang menjadi pegangan sejak dahulu. Adat, adab, dan budaya yang menjadi tradisi dalam masyarakat ini bukan sahaja menjadi ikutan, malah turut melingkungi masyarakat sebagai peraturan bersama dalam perhubungan sehari-hari.

Kebersamaan dalam masyarakat inilah yang menyebabkan wujudnya peraturan-peraturan tertentu yang berunsur tabu yang menjadi suatu pegangan oleh seluruh anggota masyarakat agar adat, adab, dan budaya yang dijunjung itu terjaga. Tabu merupakan satu cara yang digunakan untuk menjaga kesantunan yang melibatkan aspek kebahasaan supaya kesopanan, adat, dan adab yang dijunjung dalam masyarakat Melayu itu dapat dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Aspek kesantunan yang berunsur tabu ini merangkumi perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu yang tidak boleh sewenang-wenangnya diucapkan dalam situasi tertentu.


MENGAPA TABU WUJUD?

terdapat beberapa faktor yang mendorong wujudnya istilah tabu dalam bahasa. antaranya;

(a)       Adat dan Kepercayaan

Masyarakat Melayu memiliki khazanah adat dan kebudayaan yang begitu tinggi. Adat dan budaya yang dipegang oleh masyarakat Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan sehari-hari. Hal-hal inilah yang menjadi panduan dalam dalam kehidupan mereka sejak dahulu. Asmah Haji Omar dalam Susur Galur Bahasa Melayu mengatakan bahawa orang-orang Melayu sebelum memeluk agama Hindu dan kemudiannya Islam, percaya pada semangat, baik pada makhluk bernyawa mahupun tak bernyawa seperti pokok-pokok, kayu-kayu besar, batu, dan sebagainya. Masyarakat Melayu menganggap benda-benda itu mempunyai semangat atau jiwa yang boleh mempengaruhi mereka

(b)       Takut

Selain unsur ghaib, masyarakat Melayu juga percaya akan kekuatan semangat binatang liar. Binatang yang biasa menjadi ketakutan masyarakat Melayu adalah seperti harimau, gajah, buaya, babi hutan, ular, dan tikus. Binatang-binatang ini dianggap boleh memberi kemudaratan kepada manusia sekiranya bertembung di hutan. Kehidupan masyarakat Melayu dahulu sangat bergantung kepada hutan kerana hutan memberikan pelbagai sumber rezeki. Oleh hal yang demikian, mereka sering masuk ke hutan untuk mendapatkan pelbagai sumbernya seperti rotan, madu, umbut, damar, dan sebagainya

c)        Unsur seks/lucah/fungsi badan

Masyarakat Melayu ialah masyarakat timur yang masih tebal dengan adat dan budaya yang tinggi nilai moralnya. Tambahan pula, sejak kedatangan Islam sejak abad ke-13, ajaran yang diterapkan oleh Islam yang berkaitan dengan moral dan akhlak sangat menepati dengan sifat masyarakat Melayu yang lemah lembut dan sangat mementingkan soal maruah dan harga diri.  Oleh hal yang demikian, soal yang berkaitan dengan tubuh badan, terutamanya yang berkaitan dengan golongan wanita serta hal rumahtangga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu.

sumber : nota bahasa budaya dan masyarakat semester 2, kat sini, dan wikipedia 

mugmerah : sekarang musim exam, jadi blog ni akan dipenuhi dgn nota2 exam. :)


Wednesday, May 9, 2012

penting! punca-punca gastrik

Assalamualaikum

seperti yang pernah aku dalam entry 'gastrik jangan pandang mudah' gastrik sebenarnya bukan penyakit yang biasa-biasa saja. malah ada yg ingat gastrik je sebab tak makan. sebenarnya ada banyak lagi sebab boleh berlakunya gastrik ni. antaranya :


Makanan pedas  


orang cakap, kalau xpedas xsedap. memang pon. bukan orang lain je, aku pon cakap mcm tu. kalau nak makan kalau xrasa pedas mmg xsah rasa mcm ada je yang xcukup. sebenarnya makanan pedas sukar untuk diproses dalam perut kita dan menyebabkan perut kita menghasilkan lebih banyak asid untuk menproses makanan tersebut. asid yang banyak ni lah yang menyebabkan berlakunya gastrik dan pedih dalam perut. mesti korang pernah rasa kan? jangan tipulah! lagi satu, makanan pedas ni menyebabkan lebih kalori diperlukan untuk penghadaman sekaligus meningkatkan metabolisma badan. sebab tu untuk kuruskan badan kebanyakan produknya pedas-pedas.
Makanan masam
masam dan asid sangat adik beradik. macam manis dan gula. jadi makanan masam menyebabkan asid berkumpul dalam perut dan gastrik. mudah je. *sedapnya asam nnti petang nak beli la. kih3
Makanan berminyak/berlemak

lemak seperti yang kita ketahui susah nak hadam dan kadang2 menyebabkan selulit. makanan berlemak merangsang lebih banyak asid dikeluarkan oleh badan untuk penghadaman. jadi risiko untuk gastrik bertambah lagi. *dah la pedas, berlemak, masam. tapi yang tu la yang sedapnya. kan? hihi
Merokok
merokok dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincteryang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan. sumber sususejat. jadi bagi para perokok. dah bertambah lagikan keburukan merokok. jadi xnak ke berhenti merokok? =)
Stress atau tekanan emosi
apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak “mengunyah” ketika stress. bila stress kita cepat lapar. dari pengalaman aku sendiri semasa kat matrikulasi. mugkin jugak ni yang menyebabkan orang cakap stress menyebabkan berat badan naik. masa kat matrik, hidup agak tertekan masa tu berat badan aku agak naik dan jerawat pon naik, dan pernah kawan aku tak pergi kelas sebab gastrik. bukan sebab tak makan tapi sebab stress. jadi kalau tertekan sediakan makanan. biar gemok asal sihat. *bestnya tgok orang badan tembam2. kita kurus je =(

Kurang/tidak bersenam


bersenam. antara benda yang paling malas aku buat. jangan tiru perangai aku. sebenarnya bersenam boleh membantu kita menghadam makanan dengan baik. bersenam juga dapat membantuk kita mengurangkan stress. jadi bersama-samalah kita mengamalkan hidup sihat. jangan asyik mengadap screen je. bawak2 la berjogging hirup udara segar.

.mugmerah : Alhamdulillah sekarang dah kurang sikit gastrik. dah xbergantung sangat kat ubat. kalau dulu bagun pagi je telan ubat dulu. *menambahkan stress je. hehe


Tuesday, May 8, 2012

tip menghadapi kekecewaan

kecewa. tipulah kalau korang xpernah rasa kecewa. sehebat manapon korang. sesempurna mana pun hidup korang, korang mesti pernah rasa kecewa. kecewa. kalau boleh xnak tahu pon maksud perkataan tu. bila dah kecewa jiwa rasa berkecai. aku bebel banyak-banyak pon bukan korang x tahu maksud kecewa. jadi proceed je kepada cara nak rawat kekecewaan.



#1 lupakan yang pahit
cakap memang senang. tapi berapa lama masa yang akan diambil? berapa banyak air mata yang akan mengalir? berapa banyak rintihan yang akan dilontarkan? memang hakikat untuk melupakan begitu saja sangat susah. tapi selagi kita terkenangkan kenangan tu selagi itulah kita xmampu nak mulakan langkah baru. tarik nafas dalam-dalam. alih perhatian kepada benda lain.  belajar perlahan-lahan untuk melupakan. InsyaAllah kita boleh!
 

#2 belajar untuk bersyukur
bagaimana nak bersyukur ketika kecewa? kalau kes korang kecewa sebab putus cinta, belajarlah, bersyukurlah. dan ingatlah. bila anda putus cinta sekurang-kurangnya korang bebas bergerak. korang bebas berkawan. korang bebas dari menjaga hati sendiri. menjaga hati dia. jangan sesekali salahkan takdir. mungkin akan hadir jodoh yang jauh lebih baik dari dia. kuasa Tuhan siapa yang tahu. ingat pepatah :
"kadang-kadang tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir, hujan, ribut. tapi selepas itu dia gantikan matahari serta pelangi"
dalam Al-Quran ada tercatat: 
  “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” 
(Al Baqarah: 216) 
 #3 memaafkan
maaf, susahnya nak maafkan seseorang tu. aku sendiri kadang-kadang sangat susah nak maafkan kesalahan orang. masa yang diambil bukan sedikit. peritnya sampai berdendam. tapi korang kena percaya. jika kita rasa sedih, sebenarnya sebab kita xmampu nak maafkan kesalahan diri kita sendiri apatah lagi kesalahan orang lain. bila kita dah belajar melupakan kita akan lebih tabah. kita akan lebih relax, tenang. x ada apa yang nak di kesahkan lagi. tapi ingat pesan aku, jika sakit dengan si A, jangan bercerita dengan si B. aku sangat xsuka mulut yang bergerak menjaja keburukan orang. 
 
#4 ketawa
ketawa mampu menyembunyikan duka. xsusah nak ketawa. bergurau dengan rakan-rakan. baca komik, jangan terlalu menyendiri. kalau tiba-tiba sedih tu datang jangan terus menangis. cuba senyum. tarik nafas panjang-panjang. lets it so. 
 katakan pd diri:
"sesungguhnya Kasih Allah itu lebih BESAR dr kekecewaan ku dan.
perancangan Alah itu lebih HEBAT dari angan-angan ku".

kemudian doalah, "Ya Allah. gantikanlah padaku yg lebih baik dari apa yg telah daku kehilangan."


mugmerah. carilah cahaya mungkin sekejap ia hilang. tapi jangan lupa untuk terus mencari. gagal sekali berjaya berkali-kali. insyaAllah.




black forest cake recipe. yummy

assalamualaikum

3 4 hari ni terasa sgt nak makan kek ni. tapi malas nak keluar g beli. nak buat sendiri xde pulak peralatannya. maklum la duk hostel. sedih je. nak update blog. nak blogwalking pon xde mood. huhu. apa yang boleh google je la gambar dengan recipe. korang try la buat. kalau sedap gtau aku tau. hehe






Bahan A

250 gm Chocolate sponge Mix
250 gm Telur
62 gm Air

Bahan B

62 gm Minyak Jagung

Pukul A dengan kelajuan tinggi selama 6 minit sampai naik lembut,masukkan bahan B dan gaul sebati. Tuang dalam acuan bulat 9". Bakar dengan 180 C selama 40 - 45 minit.

Bahan inti:

Bahan A

1 tin Dark Pitted Cerry
300 gm Krim putar Non Dairy

Bahan B

Chocolate Cream
50 gm Coklat masakan
40 gm susu segar
(Masak dengan menggunakan double boiler)

Cara-cara

  1. Biar Sponge kek sejuk dan potong kepada 3 lapis.
  2. sapu coklat cair di lapisan pertama diikuti krim putar diatas kek dan susun dark pitted cerry,kemudian tutup dengan krim putar sekali lagi.
  3. Tutup dengan satu lapisan kek dan ulangi langkah 2.
  4. Selepas tutup dengan lapisan ketiga,sapu krim putar di seluruh kek.
  5. Hias coklat rice atau coklat masakan nipis ditepi kek dan pipe krim putar rossete bulat di atas kek. Letak coklat masakan yang di potong nipis di tengah kek. Akhir sekali susun buah ceri di atas krim putar rosset.
ok. sumber dari sini. jombuatkek.blogspot.com. korang cuba tau. lepas tu bgtau aku sedap ke x. bila la nak dapat ni. :( k la. nak pergi discussion. bye~

.mugmerah

Sunday, May 6, 2012

tips memilih jodoh special

jodoh mmg setiap orang dah ditetapkan jodoh masing-masing. tapi kita xboleh la nak tunggu je jodoh tu datang bergolek. kena la jugak usaha mencari. jadi mugmerah nak kongsi tips mencari jodoh mengikut cara Rasulullah.

tips #1 kenal
Rasulullah SAW menggalakkan sesiapa yang nak kahwin, kenal dulu siapa bakal orang yang nak dikahwini tu. jangan main berserah je. nak kawin bukan sehari, seminggu atau sebulan. kalau dah kawin nanti tak puas hati tak kan tiba-tiba nak cerai kan? tak adil la. jadi sebelum nak kahwin tu berkenal-kenalan lah dulu dengan bakal pasangan anda. 
 
nak kenal tu pulak ikut la adat dan adab yang betul, jumpa bapaknya, atau mahramnya. kalau setuju teruskan. senang kan?
tips #2 keturunan
cara kedua adalah melihat keturunan bakal pasangan. kalau boleh dan elok pilihlah dari keturunan yang baik-baik. bukan memilih, tapi untuk menjaga nasab atau keturunan kita juga. contohnya jangan la pilih calon dari keturunan penzina, pembuat maksiat yang enggan bertaubat.
 

tips #3 kufu
sesetengah orang masih kurang jelas kufu tu apa. kufu tu maksudnya taraf. selalu kita dengar. nak pilih suami/isteri tu biarlah sekufu. tapi mcm mana yang dikata sekufu tu? sebagai contoh kalau kita orang miskin atau sederhana, kalau boleh pilihlah yang sama taraf ekonomi, jgn pula pilih dari golongan mewah, loaded, dan sebagainya. kalau kita tengok masyarakat kita. nak kawin buat majilis mahal2 mewah2 sebab segan dengan pihak lagi satu, segan dengan sanak saudara. kalau kita sedar taraf kita. pilihlah yang sederhana insyaAllah mereka lebih memahami. *bergantung kepada status ekonomi anda.
tips #4 kasih
 kasih. macam mana nak wujud kasih? sebelum kasih mesti la berkenan dulu. bila dah berkenan secara xlangsung kasih, sayang dan cinta tu akan tumbuh. memang cinta akan hadir lepas kahwin. namun kalau tak wujud kasih sukar untuk wujud sebuah keluarga. kasih tak bermaksud perlu jadi kekasih. kasih itu sebab sudah berkenan. berkenan maksudnya boleh menerima. bila ada kasih dan cinta perkahwinan insyaAllah bahagia. indahnya cinta islam.
 tips #5 kahwin

nak pilih jodoh bukan untuk bercouple, untuk suka-suka, tapi untuk berkahwin. kalau semua syarat-syarat di atas dah ada, restu keluarga dah dapat. ilmu dah cukup. kahwin lah. jangan tunggu lama2. benda elok kan labih manis kalau dipercepatkan. lama-lama mengundang fitnah. =)
 mugmerah : doakan mugmerah dapat jodoh yang beriman dan kekal sampai syurga. ameen.

*kalau ada yang silap mohon perbetul-sekadar perkongsian


kanak-kanak belajar dari persekitaran.

credit to : medical humour

Saturday, May 5, 2012

5 tips bangun pagi dengan mudah

sesungguhnya aku adalah seorang makhluk yang sangat liat nak bangun pagi. sampai kadang2 aku heran kenapa la susah sangat nak bgun. dah mcm 2 teknik aku cuba walaupun orang selalu je perli aku. xpe2. perli la korang. janji aku tahu apa aku buat. hehe. *ayat sentap.

tips #1 nak bangun awal, tido pon kenalah awal.

semudah yang aku cakap. walaupun hakikat xsemudah yang disangka. tidur awal antara cara yang berkesan. bila kita tidur awal, dalam masa yang sama badan kita akan lebih bertenaga. kurang rasa mengantuk dalam kelas *atau tempat kerja. teknik ni merupakan antara teknik paling berkesan yang aku pernah cuba. pukul berapa awal tu? mungkin 10, 10.30, atau 11.oo. ingat, otak kita memerlukan tidur yang cukup untuk berfungsi dengan baik keesokan harinya.
tips #2 melompat dari katil
melompat xbermaksud terlompat2. berbeza tu. maksud aku, bila mata terbukak, terus gerakkan kaki menyentuh lantai dan auto kan kaki dan badan untuk bangun. otak kena berkeras. lawan perasaan tu. memang agak sukar. kalau xpercaya cuba insyaAllah boleh. aku pernah try. tapi minda kena kuat tau. iman juga.
tips #3 cari sebab untuk bangun awal

cara ni berkesan. tapi lebih baik kalau mindset kuat. contoh, aku kena bangun pukul 6.30 sebab nak solat subuh kemudian basih baju. jadi automatik otak kita terset untuk bangun awal sebab nak basuh baju. atau pun set minda kita. aku nak bangun awal sebab aku janji dengan bos. kalau x...
tips #4 bangun dan senyum
senyum ternyata berkesan. contoh lain yang sesuai ialah kalau korang mengantuk dalam kelas. nak hilangkan mengantuk korang try senyum. kalau nak lagi best bangun2 je terus ketawa kuat2. konfirm dah xngantuk dah. hihi

tips #5 ada camera?
kalau korang ada camera. bila terjaga tu amik gmbar sendiri. posing lepastu tengok. sampai puas hati. lepastu mengantuk akan hilang bila korang sedar buruknya muka korang dalam gambar bila baru bangun tido. HAHA

sebenarnya ada banyak lagi. antaranya dengar lagu sebaik sahaja mata terbuka, cakap kuat2 atau panggil sesiapa yang ada, tarik nafas kuat2 dalam2. biar oksigen masuk dalam otak, minum air masak sebaik tersedar dan mengeliat dengan sepenuh hati.

.mugmerah

jom belajar buat doodle muslimah

Assalamualaikum

oleh kerana entry aku sebelum ni telah menunjukkan aku berjaya buat doodle, maka ada yang telah mintak aku ajar buat doodle. dan aku yang masih boleh dikatakan kanak2 ribena dalam dunia doodle ni telah mengambil inisiatif mudah untuk tunjuk cara buat doodle. *walaupun doodle aku rupanya mcm donut. kekeke.

buka photoshop pastu klik file - new-

window ni akan keluar, set width, aku amik 400x400 dan selest bacground transparent,

kat sebelah kiri ada bar ni. tekan yang aku colour merah tu. pilih eclipse

pilih colour yang korang nak, buat satu bulatan bujur besar.

lepastu select new layer atau tekan ctrl+shift+N serentak

tengok kat belah kiri tu, new layer terhasil, tukar colour, then bt bulatan kecil utk muka,

select new layer lagi, then amik colour putih, buat biji mata putih, duplicate layer tu, then susun mcm biji mata

lepas tu new layer lagi, buat biji mata hitam. *ikut kreativiti korang la

lepastu new layer. untuk mulut, still pakai bentuk eclipse, tapi guna tools skew utk bentuk mulut tu, tgok kat transform image. pndai2 la korang bt. hihi

dah siap! *opss, aku lupa la nak bt kening dia. hihi. xpe la. korang paham kan?

opss lupa save file as PNG ok. utk transparent.. :)

.mugmerah



doodle muslimah pertama.

orang buat doodle lama dulu xkecoh pon. aku bru berjaya buat satu. hehe.

xpe la at least aku cuba. comel x? hehe

.mugmerah

tips untuk hidup gembira

Assalamualaikum

semua orang dalam dunia ni nak hidup gembira. sesiapa yang cakap xnak tu tipu sangat lah. tapi mcm mana kita nak rasa gembira? perlu ke duit berjuta-juta hanya untuk gembira. solution mugmerah senang je. nak tau? jom.

tips #1 : kebahagiaan vs duit
semua orang tahu, duit antara benda penting dalam hidup. malah ada yang sanggup membunuh hanya kerana duit. duit dan kuasa membuatkan manusia tamak. tapi sebenarnya ketamakan pada duit ni menyebabkan hidup seseorang tu diselaputi oleh tekanan. stress. 
"mcm mana nak kaya? orang tu pakai benda tu aku apa yang ada." (ini bukan iklan MLM) 
 
sebenarnya banyak duit xmembawa kebahagiaan. as long as kita bersyukur. dah cukup. mcm mana nak bersyukur dalam kekurangan? antaranya berkongsi dengan orang lain. korang mesti pernah dengar. 1 yang kita hulur, 40 yang kembali kepada kita. see, bila kita bermurah hati, xberkira dengan orang, rezeki yang kita kongsi akan kembali kepada kita. kita xrugi, malah untung.
jelas sekali bila keadaan mcm ni berlaku, kita dah xperlu nak risau. if kita kesempitan, insyaAllah orang yang pernah kita tolong akan tolong kita kembali. so walaupun kita susah kita xkan rasa sakit dan sedih. sebab ramai lagi yang menyokong kita. =)

tips #2 malas vs kepuasan
dalam membuat sesuatu urusan. contohnya bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan. sebahagian dari mereka bertindak melawan budaya *anti budaya sekolah (maksudnya menolak untuk berada dlm suasana ilmu) sebaliknya mereka ponteng sekolah. mereka sebenarnya tidak mengukir kegembiraan buat diri mereka. mereka just membawa diri sebentar kerana mereka sangka itu membahagiakan mereka. 
 
alangkah bagusnya kalau mereka pergi mendekati target atau 'goals' daripada menjauhi 'goals' tu. students, jgn la terpengaruh sgt dengan kawan2. berkawan memang bagus. tapi kalau kawan terjun bangunan kita turut sama. keindahan berkawan tu dah tercemar. daripada ikut kawan xtemtu hala baik kita set goals untuk diri kita. bila kita sendiri set goals tu kita seolah-olah mencabar diri kita. dan bila kita berjaya mencapai goals tu secara xlangsung kita berasa puas dan semakin bersemangan untuk lebih berjaya.
tips #3  hargai diri sendiri
korang mesti pernah dengar pasal hargai siri sendiri. sayangi diri anda. mcm mana nak hargai diri sendiri ketika kita tengah sedih? first kita kena recall balik. dulu kita pernah berjaya. cuma kali ni kita kurang bernasib baik. cuba ingat kembali kenangan lama. saat kita gembira. insyaAllah kita akan lebih bersyukur. kita bukan selamanya sedih. 'rupa-rupanya aku pernah berjaya' kenapa aku nak sedih2 sangat. bukan rezeki aku kali ni. mungkin gagal kali ni untuk kejayaan masa hadapan. try again and again.
bila kita tengah kecewa. tarik nafas panjang-panjang. dalam-dalam. kosongkan fikiran. ambil sedikit masa. dan fokus kepada masa hadapan. berpandukan masa lalu . kemudian fikir.
'kenapa aku gagal?' find the reasons, and get the point to wake up. think it as easy as ABC. 
gud luck guys. hidup kadang2 memang memerlukan usaha. yang penting diri kita fikir apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri kita. sebab kita yang mencorak hidup kita. rite?

.mugmerah


Friday, May 4, 2012

isu lapuk yang xpernah selesai

Assalamualaikum

ni ada cerita sikit. tadi pagi aku ada program kat litar go-kart UUM, lepas settle semua aku balik jalan kaki dari litar ke hostel aku, otw balik aku dgn kawan aku, singgah makan dekat taman rekreasi yang ada dekat situ. masa tu around pukul 1. dan pukul 1 tgah hari hari jumaat kebiasaanya umat Islam yang lelaki wajib untuk solat jumaat. tapi malang dan amat menyedihkan sekali bila aku tgok ada sekumpulan lelaki dan seorang perempuan tengah lepak.

tanpa menghiraukan kami yang sedang berjalan kearah mereka. mereka tanpa rasa bersalah, malu atau segan, tidur atas bangku kat taman tu. apa yang membuatkan aku geram ialah, masa azan berkumandang mengajak kaum adam ke masjid, si lelaki (agaknya bf si 'gadis' tersebut) tidur di atas riba perempuan tu. tidur diatas riba perempuan itu di tempat awam semasa azan untuk solat jumaat tengah berkumandang! masa tu aku kesal kerana aku xpunya kekuatan untuk tegur mereka. tapi amat menyedihkan lagi pada aku bila mereka seolah-olah mempersendakan azan yang sedang berkumandang.

jadi kenyataan diatas menjawab tajuk bagi isu yang aku utarakan, masalah sosial dalam kalangan remaja. seiapa yang hendak dipersalahkan? atau siapa sebenarnya yang bertanggungjawab?

media yang terlampau galak mengejar keuntungan?

kurangnya didikan agama?

keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru?

kerakusan pihak-pihak tertentu seringkali menjerat remaja kita. kadang2 apa yang aku lihat mereka di biarkan lalai. ibu bapa sendiri terpaksa bekerja mencari rezeki. nak salahkan ibu bapa rasanya tidak adil. kalau mereka xbekerja mcm mana mereka nak sara hidup. tambahan lagi dalam keadaan ekonomi yang kos hidup semakin meningkat.

jadi siapa yang nak dipersalahkan? remaja? mereka perlukan bimbingan.

mereka pewaris negara ni. jika suatu hari nanti para pemimpin semuanya sudah 'expired' pada siapa kepimpinan negara nak beralih? fikir-fikirkan.


Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
lirik : aku maafkan kamu

mugmerah



Thursday, May 3, 2012

tip berjimat semasa hujung semester

Assalamualaikum

entry ni dibuat semasa hujung semester ke 4 mugmerah. kenapa? sbb semasa hujung sem ni masing-masing duit dah berkurang, poket semakin kering, dating pon dah jarang-jarang. tips yang aku nak kongsi ni bukan hanya spesifik untuk hujung sem je. cuma bila dah hujung sem ni. faham2 je la sendiri.

tips #1 : jangan saje2 nak teman orang keluar
bila hujung-hujung sem ni student yang suka keluar merayap hujung minggu pon dah berkurang. kecuali kalau ada yang nampak loaded sikit tu. xpon kalau keluar bila betul-betul perlu je. masalahnya bila keadaan betul-betul perlu tu wujud?
 masa ni kita kena la tahu, apa tujuan kita keluar. kalau teman kawan aku rasa risiko untuk teman kawan dan turut membeli belah tu turut ada. nak2 lg kalau teman kawan tu keluar untuk ke pasaraya. at least korang akan terr juga beli something sekurang-kurangnya 1 paket maggi *cepatdimasaksedapdimakan. jadi pandai2 la bagi alasan. cakap aku xleh a weh ada keje. nak dating, pukul 5 jap lg aku sakit perut. xleh tman ko. ok?
tips #2 : jangan main amik dan bayar bajet hampa pengguna kad visa.
 bila hujung sem sesetengan student duit ada dalam dompet je. dalam bank dah boleh kira sekeping2 je. bila dah ada dalam dompet tu jangan la pulak nak konfident main beli je sbb alasannya duit dalam purse aku cukup lagi nak bayar. dah tu nanti duit dalam purse tu habis ko nak buat apa? nak2 kalau semalam bru mintak duit dgn bapak. xmalu ke besar2 mintak duit bapak lg? <=== mugmerah cakap kat diri sendiri [^_^ ]V
 lain la keadaanya jika korang memang ada buat part time. duit loan/biasiswa pon xusik. boleh la kan nak berbelanja sakan atau nak belanja mugmerah. hik3
tips #3 : tambah stok makanan sampingan

apa makanan sampingan yang aku maksudkan? bukan maggi, cekedis, dan makanan segera lain yang kurang sehat dan mengenyangkan tu. tapi beli la stok-stok makanan seperti oat. mcm aku punya biskut jacob's weetameal ni. makan 2 keping belah pagi pon dah kenyang dan xlapar sampai pukul 10 tu tahan lagi la nak2 lagi kafe2 kat UUM ni xcukup pukul 10 lebih xbuka. gastrik urat perut aku. grr
tips #4 : kurangkan lalu di kawasan jual barang
keh3. kalau abang promoter baca mesti dia rasa nak lempang2 je owner mugmerah.com ni. hik3. tapi maap la abg, entry ni mugmerah tulis utk pengguna yang kesempitan wang. bukan penjual yang nak cari untung. hehe.
 
ok students, kalau dah tahu duit tu jumlahnya terhad. jangan la kaki tu panjang je nak melangkah ke tempat atau gerai2 yang menjual-jual (sorry rumet @ bakal cikgu BM, bahasa xbetul ni, hi3). bukan xboleh  langsung. tapi kalau nafsu membeli belah tu dah tahap maxsima tu xpayah la nak rajin2 tinjau kononnya nak usha abg promoter. xpayah. nanti abg promoter xdapat duit yang terbang terbeli baju baru, beg baru warna kuning (teddy take note!), kasut baru, semua lah jadi baru. 
ok dah la 4 tips cukup kan? kalau nak tahu lagi tunggu next entry kalau aku rajin. muahaha. maklum la readers aku ni busy. ok enjoy ur money as well as u can. tapi jgn boros sgt nnti jadi kawan abg tan plak *abg tan tu nama manja SETAN. kekeke.

weh readers, tolong aku, pokai ni. kekeke


kata-kata renungan : Orang y paling dicintai oleh Allah ialah orang y paling berguna bagi orang lain


Al-Fatihah buat Bob Kuman

Al-Faatihah, buat Al Marhum Husni Bin Mohd Rawi atau nama popular beliau Bob Kuman yang telah kembali ke Rahmatullah 4.38 petang tadi. 

Mari bersama kita doakan semoga ruh beliau ditempatkan dikalangan Anbiya', Syuhada' dan solihin, Ameen.


mugmerah : harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.


rahsia kejayaan

baca dan hayati lirik tu. kalau nak tahu lebih mendalam kaji sejarah. jangan pernah kita lupa sejarah. kerana sejarah mungkin akan berulang.


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

lagu : adakah kau lupa by alarm me


tujuan mugmerah hanya satu, mengajak rakan-rakan berfikir. hidup bukan untuk suka-suka. ingat kembali tujuan kita di cipta. jangan rakus dengan dunia. 





Wednesday, May 2, 2012

kalau dulu bapak kita.. hari ini anak-anak kita

kalau dulu bapak2 kita belajar berenang kat sungai, main campak je lepastu survive la sendiri

hari ni. anak-anak kita belajar berenang dalam kolam xcukup instructor kena ada lifeguard xcukup daddy dgn mummy siap dgn maid kena teman.

mugmerah : fikir-fikirkan. generasi kita makin manja? entah. mugmerah share je. anda fikir la sendiri

sumber gambar : lat 'kampung boy'


gambar panas cover Utusan Malaysia



aku buat entry ni bukan sebab politik. jangan tuding jari dulu. tapi cuba kalian bayangkan kalau budak2 yang baru kenal dunia tu baca akhbar hari ni. tengok je pon. dah macam majalah porno pon ada. kalau ye pon nak dedahkan scandal politik. hmm. 

p/s : jangan hentam aku hanya kerana korang rasa aku salah. tapi fikir dulu.

update : maaf, gambar asal telah di'remove'.
Saya minta sahabat-sahabat jangan share semula gambar by Utusan dan Kosmo.
Sebab kita akan menjadi penyebab tersebarnya gambar-gambar tersebut dengan lebih luas. Tanpa disedari, kita sendiri turut bertindak sebagai agen Utusan dan Kosmo.
 via Abdullah Fahmi (copy and paste dari facebook)

guna hak berfikir sebelum hak bersuara

mugmerah

Tuesday, May 1, 2012

sape daddy qhaliff?

Assalamualaikum

korang semua kenal x qhaliff? alaa baby kecik yg lahir2 je dah glamer sbb daddy dia ben ashaari. bertuah la hang kan qhaliff. haha. xpa hang tunggu t hang besaq meh cikgu mugmerah ajaq hang akaun sampai jeluaq. *satgi daddy dia sekeh aku bru tau. HAHA

gambar ni kidnap dari blog daddy qhaliff (mintak pinjam ea abg ben)

ok apa kaitan qhaliff ni dgn aku? hehe. xde pape saje je nak bg hampa semua jeles sbb abg ben follow blog aku. hahaha. td dia chat dgn aku. mintak tolong vote utk blog emiliayusof. korang semua meh la tolong vote jgak. vote kat sini ok. :)

ok fine! follower aku baru 397. sobs

p/s : dah cukup pendek ke entry aku ni? hehe. sorry xsempat BW. bizi

tips untuk 'slow learner'

slow learner merupakan satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seseorang individu yang susah belajar atau memahami sesuatu terutamanya benda-benda baru selain mempunyai ingatan yang lemah atau mudah lupa. setiap individu kebolehan masing-masing berbeza. sama ada dari segi akademik, kemahiran atau tahap ingatan. seorang pelajar mungkin bijak dalam akedemik tapi lemah dalam kemahiran dan sebaliknya.



terdapat juga teori yang mengatakan kecerdasan itu diwarisi. hal ini bermaksud if the parents are not brilliant, anaknya pon mcm tu. dan if parentsnya pintar anaknya juga mesti pintar. but actually pada aku teori tu xtepat sama-sekali. buktinya dapat kita lihat sendiri. banyak sgt. terutamanya anak2 daripada golongan 'pekerja' ramai yang berjaya malah bukan sedikit cendikiawan-cendikiawan dalam negara kita yang datang dari latar belakang keluarga yang sosio-ekonomi dan taraf pendidikan rendah atau biasa-biasa sahaja.


mugmerah ada beberapa tips untuk dikongsikan kepada golongan 'slow learner' ni atau mereka yang merasakan mereka tergolong dari golongan ini. tips ini juga sesuai untuk mereka yang nak menambah baik cara belajar masing-masing.

tips yang paling mudah bagi mereka yang susah mengingat. 

Jadikan Diri Sendiri Lebih Tersusun
konsep ni senang je. sentiasa bawak buku nota kecil dan xperlulah nak rasa segan silu nanti orang cakap kita nerd atau budak skema. apa nak pedulik! kita bawak buku nota untuk diri kita. xkacau mereka yang lancang berkata2 tu pon kan? if la korang ni tetap nak segan jgak. boleh la bawak digital device contohnya PDA atau pon pakai je handphone sendiri. secikai-cikai hp aku pon ada memo dgn note xkan hp canggih dan ganas korang xde kan? dan make sure korang ada backup copy in case notes tu hilang atau ada yg baik hati tapi sengal gatal2 nak curi. tulis sendiri malas! 
 Rajin-rajin Tampal Nota Di Tempat Yang Mudah dilihat.
sticky notes. hampir majoriti orang pernah beli tapi at last xtau nak bt apa. apa kegunaan benda ni? last2 buat bazir duit je beli. comel. kegunaan sticky note ni adalah untuk diri sendiri. cth aku tampal kat board untuk benda-benda yang penting dan yang xpenting pon ada. kebiasaannya kita tampal sticky notes ni untuk reminder pada diri sendiri. sekarang apa kata tukar konsep tu. guna sticky note untuk mintak tolong orang ingatkan kita.
contoh tampal kat peti ais atau cermin tau pintu. sticky notes sangat berkesan bukan untuk diri kita je. orang lain juga boleh tumpang tau. saling mengingat. kan bagus. =)
 Jangan Tamak Dalam Membuat Tugasan

http://www.mentalhelp.net

 kalau korang dah tau setakat mana kemampuan korang jangan lah berani-berani nak buat banyak kerja dalam satu masa. orang lain boleh biar la mereka. kita xmampu. setelkan satu-satu lg senang dan xmenyusahkan diri sendiri.
Tajamkan Minda 
nak tajamkan minda xperlu la kita nak amik pengasah dan asah kepala kita. nnti xpasal2 orang cakap gila. macam mana nak tajamkan minda? aku ada beberapa cara nak tajam kan minda. pertama sekali kurangkan menonton Tv. terutamanya drama. bukan apa drama ni kdg2 xmembantu mengembangkan pemikiran. balik2 cerita cinta, konflik berebut boifren, cerai, rujuk balik. xde challenge langsung. bukan xleh tgok tp tgok la yg berguna sket kan?
dah tu kalo xleh tgok Tv nak bt apa? cuba tajamkan minda dengan bermain dengan aktiviti mencabar. main catur, baca buku, puzzle atau banyak brains games online kan? google je.
 

ok tu sahaja setakat ni. actually berblog juga membantu menajamkan minda, sebab kita kena pikir apa yang aku nak tulis hari ni. =)

mugmerah : bizi, xsempat nak blogwalking, entry ni pon dah 2 hari perap dlm draft :(

.:iklan nuffnang:.