.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label sial. Show all posts
Showing posts with label sial. Show all posts

Friday, May 4, 2012

isu lapuk yang xpernah selesai

Assalamualaikum

ni ada cerita sikit. tadi pagi aku ada program kat litar go-kart UUM, lepas settle semua aku balik jalan kaki dari litar ke hostel aku, otw balik aku dgn kawan aku, singgah makan dekat taman rekreasi yang ada dekat situ. masa tu around pukul 1. dan pukul 1 tgah hari hari jumaat kebiasaanya umat Islam yang lelaki wajib untuk solat jumaat. tapi malang dan amat menyedihkan sekali bila aku tgok ada sekumpulan lelaki dan seorang perempuan tengah lepak.

tanpa menghiraukan kami yang sedang berjalan kearah mereka. mereka tanpa rasa bersalah, malu atau segan, tidur atas bangku kat taman tu. apa yang membuatkan aku geram ialah, masa azan berkumandang mengajak kaum adam ke masjid, si lelaki (agaknya bf si 'gadis' tersebut) tidur di atas riba perempuan tu. tidur diatas riba perempuan itu di tempat awam semasa azan untuk solat jumaat tengah berkumandang! masa tu aku kesal kerana aku xpunya kekuatan untuk tegur mereka. tapi amat menyedihkan lagi pada aku bila mereka seolah-olah mempersendakan azan yang sedang berkumandang.

jadi kenyataan diatas menjawab tajuk bagi isu yang aku utarakan, masalah sosial dalam kalangan remaja. seiapa yang hendak dipersalahkan? atau siapa sebenarnya yang bertanggungjawab?

media yang terlampau galak mengejar keuntungan?

kurangnya didikan agama?

keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru?

kerakusan pihak-pihak tertentu seringkali menjerat remaja kita. kadang2 apa yang aku lihat mereka di biarkan lalai. ibu bapa sendiri terpaksa bekerja mencari rezeki. nak salahkan ibu bapa rasanya tidak adil. kalau mereka xbekerja mcm mana mereka nak sara hidup. tambahan lagi dalam keadaan ekonomi yang kos hidup semakin meningkat.

jadi siapa yang nak dipersalahkan? remaja? mereka perlukan bimbingan.

mereka pewaris negara ni. jika suatu hari nanti para pemimpin semuanya sudah 'expired' pada siapa kepimpinan negara nak beralih? fikir-fikirkan.


Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
lirik : aku maafkan kamu

mugmerah



.:iklan nuffnang:.