.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label masalah sosial. Show all posts
Showing posts with label masalah sosial. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

fahami diri aku sendiri

assalamualaikum readers.

mungkin ada yang perasan kehilangan aku selama lebih kurang 3 bulan dalam dunia meluahkan perasaan dan pendapat melalui dunia maya ni. *ayat xleh blah. hahaha. apa pon. here i'm am. sitting in front of computer and struggling to start writing again.

even a small seed can survive alone
 
banyak sangat pengalaman 3 bulan yang aku tak luahkan. bagaimana aku menghadapi hidup aku dan setiap detik cuba memahami diri aku yang sebenar. kalau nak fikirkan soalan macam mana nak fahami diri aku yang sebenar. aku highlight sikit sebab benda ni sangat penting. sebab tak semua orang tahu apa yang diri dia nak sebenarnya dan kenapa orang A perangainya macam ni dan orang B perangainya lain.

people always think they are right. aku betul. yang betul tu aku. dan kalau salah tu bukan aku. mungkin orang lain atau aku yang tak sengaja. jadi aku tak bersalah. yeke? lepastu kenapa orang lain pon fikir benda yang sama dengan aku? entah la. I should stop judge others. aku sendiri pon selalu buat silap.

"tapi kalau dah asyik aku je yang bersabar?"

"sabar je la lagi. alang-alang dah bersabar. teruskan je la"

"what if I teach that someone, some lesson?"

"you must ready to face the consequences then my dearself."

 
sejak 2 3 hari ni aku banyak monolog. banyak benda yang aku nak luahkan aku tak luahkan. kat Mr. Teddy pon aku tak bagi tau.

"mugkin sebab dia busy?"

"atau aku yang tak nak libatkan dia dalam masalah bodoh aku."

atau kan ada DIA yang lebih Maha Mendengar. dan aku percaya dia sentiasa mendengar. there must be some reasons. sebab tu benda macam ni jadi. benda apa? ada la BENDA.

p/s : apa yang penting dalam planning aku, nak habiskan semester 7 tanpa gagal mana-mana paper. dan habiskan degree dengan jayanya pada bulan 6 tahun depan. *doakan aku. -_-



Friday, May 4, 2012

isu lapuk yang xpernah selesai

Assalamualaikum

ni ada cerita sikit. tadi pagi aku ada program kat litar go-kart UUM, lepas settle semua aku balik jalan kaki dari litar ke hostel aku, otw balik aku dgn kawan aku, singgah makan dekat taman rekreasi yang ada dekat situ. masa tu around pukul 1. dan pukul 1 tgah hari hari jumaat kebiasaanya umat Islam yang lelaki wajib untuk solat jumaat. tapi malang dan amat menyedihkan sekali bila aku tgok ada sekumpulan lelaki dan seorang perempuan tengah lepak.

tanpa menghiraukan kami yang sedang berjalan kearah mereka. mereka tanpa rasa bersalah, malu atau segan, tidur atas bangku kat taman tu. apa yang membuatkan aku geram ialah, masa azan berkumandang mengajak kaum adam ke masjid, si lelaki (agaknya bf si 'gadis' tersebut) tidur di atas riba perempuan tu. tidur diatas riba perempuan itu di tempat awam semasa azan untuk solat jumaat tengah berkumandang! masa tu aku kesal kerana aku xpunya kekuatan untuk tegur mereka. tapi amat menyedihkan lagi pada aku bila mereka seolah-olah mempersendakan azan yang sedang berkumandang.

jadi kenyataan diatas menjawab tajuk bagi isu yang aku utarakan, masalah sosial dalam kalangan remaja. seiapa yang hendak dipersalahkan? atau siapa sebenarnya yang bertanggungjawab?

media yang terlampau galak mengejar keuntungan?

kurangnya didikan agama?

keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru?

kerakusan pihak-pihak tertentu seringkali menjerat remaja kita. kadang2 apa yang aku lihat mereka di biarkan lalai. ibu bapa sendiri terpaksa bekerja mencari rezeki. nak salahkan ibu bapa rasanya tidak adil. kalau mereka xbekerja mcm mana mereka nak sara hidup. tambahan lagi dalam keadaan ekonomi yang kos hidup semakin meningkat.

jadi siapa yang nak dipersalahkan? remaja? mereka perlukan bimbingan.

mereka pewaris negara ni. jika suatu hari nanti para pemimpin semuanya sudah 'expired' pada siapa kepimpinan negara nak beralih? fikir-fikirkan.


Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
lirik : aku maafkan kamu

mugmerah



.:iklan nuffnang:.