.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Saturday, April 5, 2014

my diary

Assalamualaikum,

dah lama sangat aku tak jenguk laman ni. detik demi detik aku merindui zaman aku menaip, berkongsi kisah suka duka dan pengalaman hidup pada laman Mugmerah yang menjadi sebahagian dari rakaman diari hidup aku.

tadi pagi, aku cek emel, ada emel dari iHosterz untuk aku renew domain blog aku ni. actually aku sendiri tengah berkira-kira sama ada nak teruskan jadi penulis tidak berapa nak terkenal dalam alam maya ni atau berhenti dan teruskan hidup aku macam biasa tanpa perlu sebarang coretan peristiwa.

tapi tak best la kan? there will be no more place for me to look over my history. tak ada sape-sape yang akan catat sejarah hidup aku kalau bukan aku sendiri memandangkan aku ni bukanlah artis terkenal, puteri raja cantik apatah lagi orang kaya tersohor.

aku akan renew lagi domain aku. insyaAllah. tapi untuk update laman ni secara konsisten mungkin agak mustahil atau susah. seperti yang pernah aku ckaap. aku akan mula menulis kembali. but until now, my last entry is on December 2013. tahun lepas tu. sigh!

p/s : aku rasa sesiapa yang ada blog mesti faham perasaan aku. nak buang sayang, nak simpan macam tak guna. but since aku masih dapat pendapatan dari Nuffnang, so aku akan terus kekalkan dan cuba untuk kembali aktif.

thanks a lot Nuffnang sbb masih bagi aku iklan walaupun aku dah tak aktif. 


Saturday, May 5, 2012

tips untuk hidup gembira

Assalamualaikum

semua orang dalam dunia ni nak hidup gembira. sesiapa yang cakap xnak tu tipu sangat lah. tapi mcm mana kita nak rasa gembira? perlu ke duit berjuta-juta hanya untuk gembira. solution mugmerah senang je. nak tau? jom.

tips #1 : kebahagiaan vs duit
semua orang tahu, duit antara benda penting dalam hidup. malah ada yang sanggup membunuh hanya kerana duit. duit dan kuasa membuatkan manusia tamak. tapi sebenarnya ketamakan pada duit ni menyebabkan hidup seseorang tu diselaputi oleh tekanan. stress. 
"mcm mana nak kaya? orang tu pakai benda tu aku apa yang ada." (ini bukan iklan MLM) 
 
sebenarnya banyak duit xmembawa kebahagiaan. as long as kita bersyukur. dah cukup. mcm mana nak bersyukur dalam kekurangan? antaranya berkongsi dengan orang lain. korang mesti pernah dengar. 1 yang kita hulur, 40 yang kembali kepada kita. see, bila kita bermurah hati, xberkira dengan orang, rezeki yang kita kongsi akan kembali kepada kita. kita xrugi, malah untung.
jelas sekali bila keadaan mcm ni berlaku, kita dah xperlu nak risau. if kita kesempitan, insyaAllah orang yang pernah kita tolong akan tolong kita kembali. so walaupun kita susah kita xkan rasa sakit dan sedih. sebab ramai lagi yang menyokong kita. =)

tips #2 malas vs kepuasan
dalam membuat sesuatu urusan. contohnya bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan. sebahagian dari mereka bertindak melawan budaya *anti budaya sekolah (maksudnya menolak untuk berada dlm suasana ilmu) sebaliknya mereka ponteng sekolah. mereka sebenarnya tidak mengukir kegembiraan buat diri mereka. mereka just membawa diri sebentar kerana mereka sangka itu membahagiakan mereka. 
 
alangkah bagusnya kalau mereka pergi mendekati target atau 'goals' daripada menjauhi 'goals' tu. students, jgn la terpengaruh sgt dengan kawan2. berkawan memang bagus. tapi kalau kawan terjun bangunan kita turut sama. keindahan berkawan tu dah tercemar. daripada ikut kawan xtemtu hala baik kita set goals untuk diri kita. bila kita sendiri set goals tu kita seolah-olah mencabar diri kita. dan bila kita berjaya mencapai goals tu secara xlangsung kita berasa puas dan semakin bersemangan untuk lebih berjaya.
tips #3  hargai diri sendiri
korang mesti pernah dengar pasal hargai siri sendiri. sayangi diri anda. mcm mana nak hargai diri sendiri ketika kita tengah sedih? first kita kena recall balik. dulu kita pernah berjaya. cuma kali ni kita kurang bernasib baik. cuba ingat kembali kenangan lama. saat kita gembira. insyaAllah kita akan lebih bersyukur. kita bukan selamanya sedih. 'rupa-rupanya aku pernah berjaya' kenapa aku nak sedih2 sangat. bukan rezeki aku kali ni. mungkin gagal kali ni untuk kejayaan masa hadapan. try again and again.
bila kita tengah kecewa. tarik nafas panjang-panjang. dalam-dalam. kosongkan fikiran. ambil sedikit masa. dan fokus kepada masa hadapan. berpandukan masa lalu . kemudian fikir.
'kenapa aku gagal?' find the reasons, and get the point to wake up. think it as easy as ABC. 
gud luck guys. hidup kadang2 memang memerlukan usaha. yang penting diri kita fikir apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri kita. sebab kita yang mencorak hidup kita. rite?

.mugmerah


.:iklan nuffnang:.