Assalamualikum..
wowww, its already been about 10 months aku tak menulis dekat blog ni, dan tahun lepas cuma ada satu entry, dan ni merupakan entry pertama aku untuk tahun ni.
apa yang berlaku pada aku? well, mungkin sibuk. tapi orang lain pon sibuk jugak, sebenarnya aku menghilang untuk mencari arah tuju. apa yang perlu aku buat, apa yang jadi pada diri aku.
dah 2 tahun aku graduate degree dari universiti di utara, dan baru je berjaya habiskan master degree dari universiti yang sama. mungkin kekalutan menyiapkan tugasan dan project paper membuatkan otak aku beku untuk terus menulis di sini.
sungguh rasa kekok untuk bercerita, dan sekarang aku kembali menulis bila aku mencari balik kawan-kawan lama dunia blogging. hi gaiz, mugmerah is back. lols
apa yang aku buat sekarang? entah.
ermm, btw i am Puan Mugmerah now, for about 3 months.
i will be back. and i am already back
.:abg nuffnang duk sini:.
Monday, August 22, 2016
Wednesday, December 17, 2014
Brand baru telifon pintar keluaran anak FELDA Malaysia
Assalamualaikum..
kalau sebelum-sebelum ni, ada telifon bimbit jenama Malaysia antaranya . CSL dan e'Touch Mobile, sekarang ni ada lagi 1 jenama telifon yang dibuat oleh anak melayu Malaysia jenama GFon. telefon pintar GFon akan mula memasuki pasaran tempatan pada pertengahan bulan hadapan dan buat permulaan pihaknya pengeluar menyasarkan untuk menjual sebanyak 50,000 unit telefon model Zizo 10 dan Zizo 5. Kedua-dua model tersebut yang setanding jenama terkenal antarabangsa akan dijual pada harga di bawah RM1,000.
menurut Mohd Suarjohani yang berasal dari Felda Tenggaroh 02, Johor Bahru berkata, pemasangan telefon pintar berkenaan dibuat sepenuhnya di negara ini iaitu di kilang miliknya di Felda Tenggaroh Dua, Mersing.
diperkatakan juga, kecanggihan GFon ni setanding dengan Samsung Note 3. wahhhh. macam menarik kan? harga pon jauh lebih murah.
See more berita pada page UTUSAN

Monday, October 13, 2014
detik ini detik berharga
Assalamualaikum,
sungguh aku tak terasa masa berlalu, terlalu sibuk dengan alasan terlalu banyak urusan lain untuk dikendali, padahal, sabah hari aku cuma rakus bermain game dalam peranti android serta sisa sisa games yang belum berjaya jari aku delete dari rakaman memory laptop aku sendiri.
ketika otak mula beku mengarang ayat untuk sang tugasan sarjana yang pada amatan minda lesu ini agak melampau beban tugasnya, tidak mahu pula si minda lesu ini berfikir, tugasan itu yang menambah ilmu, yang membuka minda, menjadikan kau lebih celik berfikir, menjanjikan mata yang lebih positif melihat dunia.
aku lelah, terkurung dirumah, mengadap tugasan, lelah sekali bila melihat indahnya dunia diluar di sebalik tv yang berkaca. andainya ada sang celik teknologi mampu menghasilkan tv yang boleh membawa aku secara jujurnya merentas dunia. pasti tiket kapal terbang akan semakin tidak laku. kebodohan apakah yang aku fikirkan ini? mungkin lantaran saban hari hidup bermain dengan imaginasi,
sungguh indah aku rasakan bila saat jari aku mampu menaip bait bait ayat seperti ini, seperti dahulu, belitan dan putaran kata yang melambangkan otak aku beroperasi dengan normal. Alhamdulillah. membuatkan diri aku tersepit, namun terasa bagai jiwa aku berlari. berkejaran dengan sang rerama dan kucing comel mengejar angin pada indahnya taman terbentang.
Alhamdulillah, dapat aku rasakan aliran positif yang bercambah saban hari dalam diri aku, tiada ruginya aku menuntut ilmu, tidak pula aku rasakan diri ini kaku saat memory otak aku ditambah, tidak seperti peranti android yang seringkali memberontak ketika aku isi dengan game baru yang ku harap dapat menyingkir sedikit kebosanan.
luahan rasa si pembuat tugasan.
sungguh aku tak terasa masa berlalu, terlalu sibuk dengan alasan terlalu banyak urusan lain untuk dikendali, padahal, sabah hari aku cuma rakus bermain game dalam peranti android serta sisa sisa games yang belum berjaya jari aku delete dari rakaman memory laptop aku sendiri.
ketika otak mula beku mengarang ayat untuk sang tugasan sarjana yang pada amatan minda lesu ini agak melampau beban tugasnya, tidak mahu pula si minda lesu ini berfikir, tugasan itu yang menambah ilmu, yang membuka minda, menjadikan kau lebih celik berfikir, menjanjikan mata yang lebih positif melihat dunia.
sungguh indah aku rasakan bila saat jari aku mampu menaip bait bait ayat seperti ini, seperti dahulu, belitan dan putaran kata yang melambangkan otak aku beroperasi dengan normal. Alhamdulillah. membuatkan diri aku tersepit, namun terasa bagai jiwa aku berlari. berkejaran dengan sang rerama dan kucing comel mengejar angin pada indahnya taman terbentang.
Alhamdulillah, dapat aku rasakan aliran positif yang bercambah saban hari dalam diri aku, tiada ruginya aku menuntut ilmu, tidak pula aku rasakan diri ini kaku saat memory otak aku ditambah, tidak seperti peranti android yang seringkali memberontak ketika aku isi dengan game baru yang ku harap dapat menyingkir sedikit kebosanan.
luahan rasa si pembuat tugasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)