.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label guru pencetus kreativiti penjana inovasi. Show all posts
Showing posts with label guru pencetus kreativiti penjana inovasi. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Tema, dan Definisi tema hari guru 2014

Assalamualaikum readers,

Tema hari guru tahun ni ialah
GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
Definisi tema hari guru tahun ini pula,

GURU
Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. 

PENCETUS
Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

KREATIVITI
Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

PENJANA
Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan

INOVASI
Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai


Sempena sambutan hari guru esok, 16 Mei, aku merangkap bekas pelajar, pelajar, bakal guru dan juga guru kepada diri sendiri. ececeh, nak jugak. kihkihkih, ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru aku, umi dan ayah aku yang menjadi ibu, ayah, guru, ustaz serta ustazah kepada aku sejak aku kecil sampai lah sekarang. ceh, sedih plak rasa. homesick beb.

kepada semua guru yang pernah mengajar aku sama ada secara formal atau tidak formal, kepada kawan-kawan aku yang bakal menjadi guru macam aku, kepada senior-senior aku yang dah berjaya jadi guru, dan yan tengah tunggu dihantar ke sekolah.

kepada bos aku yang banyak mengajar dari pengalaman hidup dia sendiri, kepada diri aku sendiri yang mengajar dari pengalaman dan sejarah hidup. wahh. panjangnya ucapan. hihihi

.:iklan nuffnang:.