.:abg nuffnang duk sini:.

Showing posts with label huraian tema hari guru. Show all posts
Showing posts with label huraian tema hari guru. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Tema, dan Definisi tema hari guru 2014

Assalamualaikum readers,

Tema hari guru tahun ni ialah
GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
Definisi tema hari guru tahun ini pula,

GURU
Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. 

PENCETUS
Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

KREATIVITI
Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

PENJANA
Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan

INOVASI
Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai


Sempena sambutan hari guru esok, 16 Mei, aku merangkap bekas pelajar, pelajar, bakal guru dan juga guru kepada diri sendiri. ececeh, nak jugak. kihkihkih, ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru aku, umi dan ayah aku yang menjadi ibu, ayah, guru, ustaz serta ustazah kepada aku sejak aku kecil sampai lah sekarang. ceh, sedih plak rasa. homesick beb.

kepada semua guru yang pernah mengajar aku sama ada secara formal atau tidak formal, kepada kawan-kawan aku yang bakal menjadi guru macam aku, kepada senior-senior aku yang dah berjaya jadi guru, dan yan tengah tunggu dihantar ke sekolah.

kepada bos aku yang banyak mengajar dari pengalaman hidup dia sendiri, kepada diri aku sendiri yang mengajar dari pengalaman dan sejarah hidup. wahh. panjangnya ucapan. hihihi

Friday, May 10, 2013

tema hari guru 2013

Assalamualaikum..


Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Oleh itu, tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.


1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

untuk lagu tema hari guru 2013 pula, boleh tengok pada link ini.

sumber dari sini.

like dan share. :)


.:iklan nuffnang:.