.:abg nuffnang duk sini:.

Sunday, December 23, 2012

alasan untuk hidup

Assalamualaikum..

masa dah berlalu lagi dan lagi. pejam celik, pejam celik.

sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup kita? kenapa kita nak teruskan hidup kita? sekadar kerana masih ada nafas yang belum ditarik? cukup ke alasan tu untuk kita meneruskan hidup. agak2 korang la, apa yang korang buat if korg tahu korang akan pergi meninggalkan dunia ni esok? aku tanya korang, aku sendiri xpasti. menangis? xperlu kot. mati tu pasti. cuma, selagi ada rezeki, selagi itulah kita akan terus hidup.

aku teringat kata2 yang pernah aku baca. kata-kata tu lebih kurang mcm ni bunyinya.
"setiap bayi yang baru lahir tu mmg disediakan rezeki untuknya. salah satunya rezeki untuk bernafas dan melihat dunia."

jadi jelaslah hidup tu mmg rezeki. jadi bersyukurlah jika kita masih hidup. xramai yang terus dapat rezeki ni. setiap masa ada je yang akan pergi mengadap Ilahi. so, hargailah masa yang kita dapat. selagi mana kita masih bernafas, jangan leka untuk bersyukur. tanpa rezeki untuk bernafas, tidak akan mampu korang membaca tulisan aku ni. tanpa rezeki untuk bernafas, tidak akan mampu korang terus memandang skrin dihadapan korang.


aku nak kongsikan benda. aku jumpa kat satu wall facebook kawan aku. renungan untuk kita yang masih hidup dan insyaAllah akan terus diberikan rezeki untuk hidup sampai satu masa rezeki itu berakhir.

Rasulullah saw bersabda:
“Wahai Ali, apakah engkau menginginkan 600 ribu kambing, atau 600 ribu dinar atau 600 ribu kalimat? Imam Ali (sa) menjawab: Wahai Rasulullah saw aku menginginkan 600 ribu kalimat.
Kemudian Rasulullah saw bersabda: Wahai Ali, aku akan ringkas 600 ribu kalimat itu ke dalam 6 kalimat:
1. Jika engkau melihat manusia berlomba-lomba mengerjakan yang bukan kewajibannya, maka sibukkan dirimu dengan menyempurnakan kewajibanmu.
2. Jika engkau melihat manusia berlomba-lomba dalam urusan dunia, maka sibukkan dirimu dengan urusan akhirat.
3. Jika engkau melihat manusia sibuk mengurusi aib orang lain, maka sibukkan dirimu untuk mengurusi aibmu sendiri.
4. Jika engkau melihat manusia sibuk menghias dunianya, maka sibukkan diri menghias akhiratmu.
5. Jika engkau melihat manusia sibuk memperbanyak amal, maka sibukkan dirimu untuk membersihkan dan mengikhlaskan amal.
6. Jika engkau melihat manusia sibuk menjadikan makhluk sebagai perantaranya, maka  sibukkan diri untuk menjadikan Allah sebagai wasilahmu.
(Al-Mawâ’izh Al-‘Adadiyyah, bab 6, pasal 4, hadis 1)
 
readers, sama-sama lah kita beristighfar. Astargfirullahalazim. betapa kita leka dengan dunia selama ini. kita mengeluh kerana kononnya Allah lupa untuk memberi perhatian pada kita. kita lupa, Allah itu maha kuasa. selagi kita masih bernafas, selagi itulah kita masih diberi rezeki untuk hidup. oleh itu, teruskan hidup dengan bersyukur. bukan sombong. Nauzubillah.

Friday, December 21, 2012

tips menghilangkan selsema

sejak exam makin dekat ni aku makin banyak dapat masalah. masalah kesihatan terutamanya. dan untuk kaitkan dengan tajuk entry, SELSEMA. korang tau kan, macam mana rasa tak selesa bila hidung tersumbat dan mengganggu konsentrasi untuk bernafas. oh! teruknya BM aku. *harap-harap tak ada cikgu BM yang baca blog aku. XD

sebelum aku melalut dengan lebih panjang dan entah apa-apa, dan korang bosan dengan lalutan aku (lalutan tu apa!). aku nak share beberapa petua atau tips untuk mengurangkan atau menghilangkan selsema. lama tak kongsi tips ni. XD

#1 Kulit Kayu Manis
 
bunyinya memang manis. tapi  rasanya amatlah tidak semanis bunyinya. (*eh! kenapa la aku rasa tahap berbahasa aku makin teruk ni!?) ok, teruskan. kulit kayu manis ni ada dua cara. sama ada korang nak makan macam korang makan coklat bar atau masukkan dalam air. kalau nak mkan korang anggap je korang sedang makan buah pinang. tapi jangan makan banyak sangat. kulit kayu manis ni berfungsi untuk memanaskan badan dan menghilangkan lelehan hingus. kalau tak sanggup nak makan, letak dalam teh panas dan minum. jangan la teh ais plak kan. XD
#2 Limau Nipis
 
dulu masa zaman sekolah kalau selsema atau batuk aku suka guna petua ni. lupa dah dari mana aku ambik. letak gula dalam sudu, then perahkan limau nipis. lepastu kahak rasa lega. InsyaAllah. kalau nak lg sedap, buat teh suam, perahkan limau dalam tu. wahh sedapnya teh suam letak limau. XD
#3  Asam Jawa
 
asam jawa sangat sedap bila dimakan begitu sahaja. yumm. -_- korang ambik asam jawa, bancuh dalam air suam, letak gula sikit, then minum. Asam jawa ni bagus untuk hilangkan rasa perit pada tekak dan menyejukkan badan. 
#4 100 plus
 
beriklan plak aku kat sini kan. haha. tapi ni untuk cara yang lebih moden la. kalau korang xnak amalkan petua 3 diatas tu. sila bersiap2 untuk kekedai terdekat dan beli sebotol/setin 100 plus yang original. minum. bagus untuk menambah tenaga, mengurangkan demam. 
#5 ubat selsema
 
cara yang paling senang dan memang tidak meremehkan ialah makan ubat selsema. berlambak-lambak kat farmasi. pilih je. makan dan berehat. 
dah cukup. aku tau korang bukan suka baca kalau aku taip panjang-panjang. kann?. kalau dan cuba segala cara. istighfar la. sakit tu kan ujian. sakit akan buat kita ingat pada pencipta kita. sakit pada badan kita sebenarnya ubat pada jiwa kita. InsyaAllah.

Thursday, December 20, 2012

jom ber flash

hari ni mugmerah bizi. dia nak kena siapkan assignment flash. gurppp. tension la mengadap adobe flash ni.

hah! ambik. ni bukti aku buat assignment. bukan main2. XD

p/s : mengantuk. jadi bukak blog kejap. hihi.

.:iklan nuffnang:.