.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, December 21, 2012

tips menghilangkan selsema

sejak exam makin dekat ni aku makin banyak dapat masalah. masalah kesihatan terutamanya. dan untuk kaitkan dengan tajuk entry, SELSEMA. korang tau kan, macam mana rasa tak selesa bila hidung tersumbat dan mengganggu konsentrasi untuk bernafas. oh! teruknya BM aku. *harap-harap tak ada cikgu BM yang baca blog aku. XD

sebelum aku melalut dengan lebih panjang dan entah apa-apa, dan korang bosan dengan lalutan aku (lalutan tu apa!). aku nak share beberapa petua atau tips untuk mengurangkan atau menghilangkan selsema. lama tak kongsi tips ni. XD

#1 Kulit Kayu Manis
 
bunyinya memang manis. tapi  rasanya amatlah tidak semanis bunyinya. (*eh! kenapa la aku rasa tahap berbahasa aku makin teruk ni!?) ok, teruskan. kulit kayu manis ni ada dua cara. sama ada korang nak makan macam korang makan coklat bar atau masukkan dalam air. kalau nak mkan korang anggap je korang sedang makan buah pinang. tapi jangan makan banyak sangat. kulit kayu manis ni berfungsi untuk memanaskan badan dan menghilangkan lelehan hingus. kalau tak sanggup nak makan, letak dalam teh panas dan minum. jangan la teh ais plak kan. XD
#2 Limau Nipis
 
dulu masa zaman sekolah kalau selsema atau batuk aku suka guna petua ni. lupa dah dari mana aku ambik. letak gula dalam sudu, then perahkan limau nipis. lepastu kahak rasa lega. InsyaAllah. kalau nak lg sedap, buat teh suam, perahkan limau dalam tu. wahh sedapnya teh suam letak limau. XD
#3  Asam Jawa
 
asam jawa sangat sedap bila dimakan begitu sahaja. yumm. -_- korang ambik asam jawa, bancuh dalam air suam, letak gula sikit, then minum. Asam jawa ni bagus untuk hilangkan rasa perit pada tekak dan menyejukkan badan. 
#4 100 plus
 
beriklan plak aku kat sini kan. haha. tapi ni untuk cara yang lebih moden la. kalau korang xnak amalkan petua 3 diatas tu. sila bersiap2 untuk kekedai terdekat dan beli sebotol/setin 100 plus yang original. minum. bagus untuk menambah tenaga, mengurangkan demam. 
#5 ubat selsema
 
cara yang paling senang dan memang tidak meremehkan ialah makan ubat selsema. berlambak-lambak kat farmasi. pilih je. makan dan berehat. 
dah cukup. aku tau korang bukan suka baca kalau aku taip panjang-panjang. kann?. kalau dan cuba segala cara. istighfar la. sakit tu kan ujian. sakit akan buat kita ingat pada pencipta kita. sakit pada badan kita sebenarnya ubat pada jiwa kita. InsyaAllah.

Thursday, December 20, 2012

jom ber flash

hari ni mugmerah bizi. dia nak kena siapkan assignment flash. gurppp. tension la mengadap adobe flash ni.

hah! ambik. ni bukti aku buat assignment. bukan main2. XD

p/s : mengantuk. jadi bukak blog kejap. hihi.

Wednesday, December 19, 2012

secial thanks untuk Lady Firm ♥♥♥

pagi-pagi hari sebelum buat assignment, aku ambik mood nak tengok blog. mungkin ada yang dapat membuka mata dan minda. and aku sangat gembira dan terharu sebab cik Lady Firm hadiahkan aku template ni (klik kalau nak tengok). cantik sangat-sangat dan aku suka. tengok kat bawah k baby. :3

awesome kan? cute dan merah serta mug. heheh :3

pagi tadi aku cek emel, ada comment dari cik Lady Firm ni. dan excited dan terharu lah aku bila tgok. korang ingat senang ke nak dpt template mcm ni? aku buat header kat atas tu pon da nak berdarah hidung. hebat lah. XD
-_-

kepada cik Lady Firm : thanks sangat2 sebab sedar kewujudan Mugmerah.com yang lusuh dah ni. dan sudi buatkan template baru untuk dia. XD

.:iklan nuffnang:.