.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, December 28, 2012

kitaran hidup manusia (teori psikososial eric erikson)

Assalamualaikum,

aku bizi tengah study untuk final exam. ni je sempat buat. tu pon sbb ada dalam past year question. :3

Terdapat 8 jenis dalam tahap-tahap perkembangan psikososial Erikson.

Psikososial tahap 1- percaya lawan tidak percaya   
      
#         Tahap pertama teori perkembangan psikososial Erikson adalah di antara waktu kelahiran sehingga berusia 1 tahun. Ia adalah tahap pertama di dalam kehidupan. Oleh kerana bayi sepenuhnya bergantung pada orang lain, perkembangan rasa percaya yang dibentuk olehnya adalah berasaskan kepada kepercyaan dan kualiti penjaga kepda bayi tersebut. 
#         Apabila seorang bayi berjaya membangunkan perasaan percaya, dia akan rasa selamat dan dilindungi di dalam dunia ini. Penjagaan yang tidak stabil, emosi terganggu dan rasa terasing yang akan menyebabkan bayi yang dijaga mempunyai perasaan tidak percaya pada persekitarannya. Kegagalan mengembangkan rasa percaya akan melahirkan perasaan takut dan yakin bahwa dunia ini tidak tenteram dan tidak dapat diramal dan dipercyai.
 
Psikososial tahap 2 – autunomi lawan rasa malu/sangsi

#         Tahap kedua teori perkembangan psikososial Erikson adalah di sepanjang peringkat awal kanak-kanak dan ia tertumpu pada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.Sama seperti Freud, Erikson juga percaya latihan ke tandas merupakan bahagian penting dalam proses ini. Namun alasan yang diberikan oleh Erikson adalah berbeza dengan Freud. Erikson percaya bahawa pembelajaran untuk mengawal fungsi tubuh seseorang akan membawa kepada tindak balas terkawal dan kemahuan untuk berdikari. 
#         Kaedah lain yang penting termasuk memberi lebih banyak peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan, permaianan dan pakaian.Kanak-kanak yang berjaya melengkapkan tahap ini akan rasa selamat dan yakin, sementara mereka yang gagal akan mempunyai perasaan ketidakcukupan dan rasa sangsi.

Psikososial tahap 3 – inisiatif lawan rasa bersalah

#         Kanak-kanak pada tahap ini mula berinteraksi dan terdedah kepada persekitaran. Mereka cuba mengambil banyak inisiatif untuk melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Namun jika ibu bapa mengkritik atau menggunakan dendaan atau kekerasan terhadap tingkah laku mereka, ini akan menyebabkan kanak-kanak tadi mempunyai perasaan bersalah pada diri dan tidak berinsiatif atau takut untuk melakukan sesuatu aktiviti.

Psikososial tahap 4 – industri lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)

#         Pada tahap ini kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Tahap pemikiran mereka mula mencapai operasi konkrit dan mula berfikiran logik. Mereka melakukan sesuatu dengan penuh minat, yakin dan tekun. 
#         Tanpa bimbingan dan galakan daripda ibu bapa, guru dan rakan sebaya akan menyukarkan keupayaan, keyakian dan kebolehan kanak-kanak tersebut untuk berjaya.

Psikososial tahap 5 – identiti lawan kekeliruan (12-20 tahun)

#         Pada tahap ini, remaja sama ada remaja awal atau remaja akhir akan berusaha mencari identiti dan persepsi terhadap dunia mereka sendiri.Remaja yang mempunyai identitinya akan mencipta rancangan masa depan yang memuaskan dan rasa terselamat. Sebaliknya remaja yang gagal akan memperkembangkan rasa keliruan peranan, hidup yang tidak bermatlamat, rasa tersisih dan sukar membuat keputusan.

Psikososial tahap 6- kemesraan atau pengasingan diri (20 -40 tahun)

#         Individu mula mencari kenalan atau cinta dan membentuk corak perhubungan. Individu memerlukan perhubungan bermakna dan kemesraan. Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan mendirikan rumah tangga. Dengan kata lain iaitu membolehkan orang dewasa akan berkongsi hidup bersama serta mencapai kemesraan atau kerapatan. 
#         Sebaliknya, orang yang masih bujang atau belum berkahwin akan merasa putus asa atau hidup dalam kekecewaan.

Psikososial tahap 7 – generativiti lawan pemusatan (40-65 tahun)

#         Generativiti merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan atau perkhidmatan kepada generasi akan datang. Seseorang dewasa akan berpuas hati jika dapat membantu anak-anaknya menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat. Sebaliknya, individu yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah memberi apa-apa bantuan kepada orang lain akan berasa kecewa dan kurang berpuas hati dengan hidupnya. Sebagai akibatnya, proses pemusatan kendiri akan berlaku pada individu tersebut.
 
Psikososial tahap 8 – kesepaduan lawan putus asa (65 tahun ke atas)

#         Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan melekukan refleksi kendiri. Dia akan mengingat kembali kejayaan dan kegagalan yang dialaminya pada peringkat awal. Jika seseorang berpuas hati dengan pencapaiannya pada peringkat awal, dia akan mencapai rasa kesepaduan. Jika sebaliknya, dia akan merasakan kegagalan dan hidup dalam berputus asa.
mugmerah said : kita semua pernah alami sebahagian daripada peringkat ni. dan InsyaAllah akan alami lagi sehingga peringkat yang terakhir. mmg ini teori barat. tapi tetap ada benarnya. kalau xpercaya nilai sendiri sepanjang hayat hidup kita. :) 



Tuesday, December 25, 2012

Nauzubillah. tanda-tanda hati mati.

Assalamualikum..

lusa aku dah nak exam, sebelum tu aku nak kongsikan sedikit ilmu untuk semua. satu renungan untuk kita nilai sendiri diri kita. jangan nilai orang lain. nilai diri kita.



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. 

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
  1. Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
  1. Zuhud dengan dunia
  2. Zikrullah
  3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
subhanallah. nilai sendiri sejauh mana matinya hati kita. aku xcakap kat orang lain. tapi pada diri aku sendiri. sama-sama lah kita hidupkan kembali hati kita yang mati atau hampir mati.


Monday, December 24, 2012

prezi online software untuk presentation

Assalamualaikum..

dah lama aku tak buat review pasal software kan? kali ni aku nak buat review pasal prezi. apa tu prezi? prezi merupakan satu online software yang menggunakan flash untuk menggantikan mic power point untuk presentation. prezi ni senang nak buat sbb dia dah ada template sndiri. kita cuma kena isi je yang mana patut.

jom tgok tutorial kat bawah. *penat den duk print screen. huk3
#1 sign up, nak senang guna je facebook.


#2 korang boleh customize profile. atau create new prezi. utk buat presentation baru.

#3 lepas tekan 'new prezi' korang kena tulis tajuk presentation tu & description. 
then tekan create new prezi kt bawah tu.

#4 menda ni keluar sbb dia tengah loading. maklumla wireless lembab mcm siput naik tangga.

#5 korg leh pilih template yg korang nak then pilih choose tu.

#6 korang akan dpt page ni. korang leh isikan pe yang perlu. dgn menu2 kat atas dan tepi tu.

#7 contoh untuk 'tittle' korang taip je mcm biasa. mcm power point je jgk.

#8 korang leh klik kt no 2 tu, utk ke kotak menulis yg no 3. faham?
*kalau xfaham tanya kt komen.

#9 korang isikan yg mna nak isi, bila dah siap, tekan kt yg atas belah kanan tu. save.
*kalau nak tros present tekan yg kiri.
#10 pastu kalau nak save as dlm laptop/pc, tekan download tu. kat atas. 
*penat la buat tutorial ni. -_-
#11 pilih la format yg nak. editable or not. aku amik yg not editable sbb nak bt tutorial je.
korg decide la sndiri. then tekan download.
#12 menda ni keluar. sabar menunggu.
#13 bila dia dah ready, download. lama giler kot dia download. sob3. 
#14 beliau tengah di'download'

#15 beliau dah siap di'download' pilih file yg exe. tu utk view.

#16 ni la hasilnya. tapi aku amik pic dia je la. mls nak upload yg application line sgt slow. 

#17 korang leh guna anak panah untuk ke isi kandungan. 
kalau xfaham buat sndiri. sng je. dan seronok.

p/s : apa pon yang berlaku jangan lupa siapa diri kita, siapa tuhan kita, siapa nabi kita, apa agama kita. dan apa2 lg yang berkaitan dengan kita. *mood konpiuss. 

p/p/s : den lupo nak bagi link prezi. (klik sini k)

Sunday, December 23, 2012

alasan untuk hidup

Assalamualaikum..

masa dah berlalu lagi dan lagi. pejam celik, pejam celik.

sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup kita? kenapa kita nak teruskan hidup kita? sekadar kerana masih ada nafas yang belum ditarik? cukup ke alasan tu untuk kita meneruskan hidup. agak2 korang la, apa yang korang buat if korg tahu korang akan pergi meninggalkan dunia ni esok? aku tanya korang, aku sendiri xpasti. menangis? xperlu kot. mati tu pasti. cuma, selagi ada rezeki, selagi itulah kita akan terus hidup.

aku teringat kata2 yang pernah aku baca. kata-kata tu lebih kurang mcm ni bunyinya.
"setiap bayi yang baru lahir tu mmg disediakan rezeki untuknya. salah satunya rezeki untuk bernafas dan melihat dunia."

jadi jelaslah hidup tu mmg rezeki. jadi bersyukurlah jika kita masih hidup. xramai yang terus dapat rezeki ni. setiap masa ada je yang akan pergi mengadap Ilahi. so, hargailah masa yang kita dapat. selagi mana kita masih bernafas, jangan leka untuk bersyukur. tanpa rezeki untuk bernafas, tidak akan mampu korang membaca tulisan aku ni. tanpa rezeki untuk bernafas, tidak akan mampu korang terus memandang skrin dihadapan korang.


aku nak kongsikan benda. aku jumpa kat satu wall facebook kawan aku. renungan untuk kita yang masih hidup dan insyaAllah akan terus diberikan rezeki untuk hidup sampai satu masa rezeki itu berakhir.

Rasulullah saw bersabda:
“Wahai Ali, apakah engkau menginginkan 600 ribu kambing, atau 600 ribu dinar atau 600 ribu kalimat? Imam Ali (sa) menjawab: Wahai Rasulullah saw aku menginginkan 600 ribu kalimat.
Kemudian Rasulullah saw bersabda: Wahai Ali, aku akan ringkas 600 ribu kalimat itu ke dalam 6 kalimat:
1. Jika engkau melihat manusia berlomba-lomba mengerjakan yang bukan kewajibannya, maka sibukkan dirimu dengan menyempurnakan kewajibanmu.
2. Jika engkau melihat manusia berlomba-lomba dalam urusan dunia, maka sibukkan dirimu dengan urusan akhirat.
3. Jika engkau melihat manusia sibuk mengurusi aib orang lain, maka sibukkan dirimu untuk mengurusi aibmu sendiri.
4. Jika engkau melihat manusia sibuk menghias dunianya, maka sibukkan diri menghias akhiratmu.
5. Jika engkau melihat manusia sibuk memperbanyak amal, maka sibukkan dirimu untuk membersihkan dan mengikhlaskan amal.
6. Jika engkau melihat manusia sibuk menjadikan makhluk sebagai perantaranya, maka  sibukkan diri untuk menjadikan Allah sebagai wasilahmu.
(Al-Mawâ’izh Al-‘Adadiyyah, bab 6, pasal 4, hadis 1)
 
readers, sama-sama lah kita beristighfar. Astargfirullahalazim. betapa kita leka dengan dunia selama ini. kita mengeluh kerana kononnya Allah lupa untuk memberi perhatian pada kita. kita lupa, Allah itu maha kuasa. selagi kita masih bernafas, selagi itulah kita masih diberi rezeki untuk hidup. oleh itu, teruskan hidup dengan bersyukur. bukan sombong. Nauzubillah.

Friday, December 21, 2012

tips menghilangkan selsema

sejak exam makin dekat ni aku makin banyak dapat masalah. masalah kesihatan terutamanya. dan untuk kaitkan dengan tajuk entry, SELSEMA. korang tau kan, macam mana rasa tak selesa bila hidung tersumbat dan mengganggu konsentrasi untuk bernafas. oh! teruknya BM aku. *harap-harap tak ada cikgu BM yang baca blog aku. XD

sebelum aku melalut dengan lebih panjang dan entah apa-apa, dan korang bosan dengan lalutan aku (lalutan tu apa!). aku nak share beberapa petua atau tips untuk mengurangkan atau menghilangkan selsema. lama tak kongsi tips ni. XD

#1 Kulit Kayu Manis
 
bunyinya memang manis. tapi  rasanya amatlah tidak semanis bunyinya. (*eh! kenapa la aku rasa tahap berbahasa aku makin teruk ni!?) ok, teruskan. kulit kayu manis ni ada dua cara. sama ada korang nak makan macam korang makan coklat bar atau masukkan dalam air. kalau nak mkan korang anggap je korang sedang makan buah pinang. tapi jangan makan banyak sangat. kulit kayu manis ni berfungsi untuk memanaskan badan dan menghilangkan lelehan hingus. kalau tak sanggup nak makan, letak dalam teh panas dan minum. jangan la teh ais plak kan. XD
#2 Limau Nipis
 
dulu masa zaman sekolah kalau selsema atau batuk aku suka guna petua ni. lupa dah dari mana aku ambik. letak gula dalam sudu, then perahkan limau nipis. lepastu kahak rasa lega. InsyaAllah. kalau nak lg sedap, buat teh suam, perahkan limau dalam tu. wahh sedapnya teh suam letak limau. XD
#3  Asam Jawa
 
asam jawa sangat sedap bila dimakan begitu sahaja. yumm. -_- korang ambik asam jawa, bancuh dalam air suam, letak gula sikit, then minum. Asam jawa ni bagus untuk hilangkan rasa perit pada tekak dan menyejukkan badan. 
#4 100 plus
 
beriklan plak aku kat sini kan. haha. tapi ni untuk cara yang lebih moden la. kalau korang xnak amalkan petua 3 diatas tu. sila bersiap2 untuk kekedai terdekat dan beli sebotol/setin 100 plus yang original. minum. bagus untuk menambah tenaga, mengurangkan demam. 
#5 ubat selsema
 
cara yang paling senang dan memang tidak meremehkan ialah makan ubat selsema. berlambak-lambak kat farmasi. pilih je. makan dan berehat. 
dah cukup. aku tau korang bukan suka baca kalau aku taip panjang-panjang. kann?. kalau dan cuba segala cara. istighfar la. sakit tu kan ujian. sakit akan buat kita ingat pada pencipta kita. sakit pada badan kita sebenarnya ubat pada jiwa kita. InsyaAllah.

Thursday, December 20, 2012

jom ber flash

hari ni mugmerah bizi. dia nak kena siapkan assignment flash. gurppp. tension la mengadap adobe flash ni.

hah! ambik. ni bukti aku buat assignment. bukan main2. XD

p/s : mengantuk. jadi bukak blog kejap. hihi.

Wednesday, December 19, 2012

secial thanks untuk Lady Firm ♥♥♥

pagi-pagi hari sebelum buat assignment, aku ambik mood nak tengok blog. mungkin ada yang dapat membuka mata dan minda. and aku sangat gembira dan terharu sebab cik Lady Firm hadiahkan aku template ni (klik kalau nak tengok). cantik sangat-sangat dan aku suka. tengok kat bawah k baby. :3

awesome kan? cute dan merah serta mug. heheh :3

pagi tadi aku cek emel, ada comment dari cik Lady Firm ni. dan excited dan terharu lah aku bila tgok. korang ingat senang ke nak dpt template mcm ni? aku buat header kat atas tu pon da nak berdarah hidung. hebat lah. XD
-_-

kepada cik Lady Firm : thanks sangat2 sebab sedar kewujudan Mugmerah.com yang lusuh dah ni. dan sudi buatkan template baru untuk dia. XD

i'm a happy person

aku seorang yang bergembira dengan hidup aku, kenapa? sebab hidup aku bukan sekadar untuk ketawa, tapi juga untuk menangis.

'gila ke mugmerah ni?' , mesti korang cakap mcm tu kan? ok, aku tahu korang baik.

haha (gelak jap), actually hidup kita akan lebih bermakna jika kita ada masalah, masalah akan menjadikan kita lebih matang dan berhati-hati. berhati-hati untuk terus hidup dalam kesenangan. kesenangan pula membuatkan kita tidak berhati-hati. kita akan lupa semua benda yang kita tahu hanya 'enjoy'. yes, enjoy xsalah, tapi enjoy ada masanya. kalau korang orang Islam, sentiasalah mengingati mati. bila kita mengingati mati, inshaAllah kita dengan sendirinya akan terhalang dari terus melakukan kerosakan pada diri sendiri. kenapa pada diri sendiri? sebab setiap salah yang kita buat, kita telah membuat aniaya pada diri kita sendiri bukan sekadar orang lain.


'people do changes' mesti korang pernah dengar kan? ya, manusia tu perlu berubah, berubah menjadi semakin baik atau buruk tu pada aku, bergantung kepada tersebut.

bila kita lihat seseorang yang berjalan tempang, jangan kita judge dia, menilai dengan dia yang berjalan tempang, dia tidak mampu berjaya dalam hidup, pernah ke kita terfikir, kerana tempang itulah dia menjadi lebih berjaya daripada kita. setiap orang yang gagal dan berusaha kembali pada aku adalah orang yang sangat berjaya. dia berjaya melawan masa lampau sendiri yang pedih. xsemua mampu.

sekarang aku ada masalah, masalah yang aku xmampu nak cerita pada sesiapapun. aku fikir, mungkin badan aku akan meletup sebab menanggung masalah ni seorang diri. sehinggakan aku lupa, aku xpernah sendirian. setiap saat aku boleh mengadu pada Allah. dan aku yakin Allah itu maha memahami. masalah ini datang sebagai tanda kasih sang pencipta kepada hambanya. tanpa ujian ini mungkin aku akan lebih leka diulit mimpi indah dunia. Nauzubillah.


rakan-rakan mugmerah, kalau ada masalah, jangan mudah melatah. jangan mudah menengking. Istighfar. InsyaAllah kita akan lebih tenang. ketenangan itu berasal dari hati. hati yang tenang adalah hati yang selalu ingat pada penciptanya. nasihat ni aku cakap pada diri aku sendiri. sabar itu besar ganjarannya. senyumlah walaupun perit. kerana senyum itu sebenarnya ubat.

p/s : maafkan diri ini andai tersalah laku, terlancar bicara, aku nak selitkan nota yang aku kutip dari buku 'Tika Bidadari Berbisik' karya Siti Farrah Shahwir dan Noraini Ismail.
Jangan mencela jika tidak suka
Jangan mencaci apabila benci
Jangan menyakiti jika disakiti
Jangan menghancur apabila harus dipelihara..
sumber gambar : gambar 1gambar 2.

Saturday, December 15, 2012

otak aku yang beku, bukan jariku yang kaku

Assalamualaikum..

antara sedar atau tidak, last aku update blog aku adalah pada 1 oktober 2012, yup, dah 2 bulan lebih aku tinggal site ni bersawang. nasib baik aku ingat lagi password.
Encik Mugmerah, jgn marah sbb Cik Mugmerah dah lama xtdg update. 
sejak usia makin meningkat ni semangat aku untuk terus menulis berkurang, xtau kenapa, aku lebih suka pendamkan perasaaan aku daripada meluahkan melalui tulisan sebelum ni. seolah-olah minda aku xmampu lagi memproses butiran kata-kata dan ayat bagi meluahkan perasaan aku sendiri. jiwa aku kaku, Subhanallh. seram tu. atau mgkinkah aku sudah hampir menuju kearah penuaan? oh tidak! umur aku baru 21 tahun. T.T

perlukah aku mula mencari produk anti penuaan?

aku sangat rasa bersalah bila aku teringat pada mugmerah.com ni. aku dulu bersemangat nak beli domain sendiri, nak update at least 3 entry 1 mingu, but, apa yg berlaku, da 2 stgah bulan aku biarkan mugmerah.com tidak berusik, nasib dia bukan bini aku, kalau x mesti dia dah tuntut fasakh. huhu. walau mcm mna sekalipun aku xpernah terfikir nak bagi mugmerah.com ni kat orang lain apatah lagi menghapuskan dia di muka bumi ni. *erk! actually alam maya aku akan terus wujudkan dia walaupun aku jarang update. atau mungkin sampai satu tahap aku akan private kan dia. wahh, sedihnya.

hmm.. orang cakap kesibukan dunia boleh melalaikan kita, tapi logiknya apa yang nak disibukkan sangat? belajar? orang lain pon belajar jugak.

oh tidak! otak aku beku lagi. ok la, jumpa lagi readers, *kalau masih ada readers la blog ni. huhu.

Monday, October 1, 2012

liku dan erti kehidupan

Assalamualaikum sahabat..

rasanya dah lama benar aku tak menulis kat sini. bukan sibuk mana pon. cuma terasa seperti mahu hilang sekejap. mencari diri sendiri yang hilang ditelan arus kehidupan yang sangat hebat dugaannya. diri yang kadang kala cuba melarikan diri dari realiti sebuah kehidupan. cuba menjadi insan lain yang diri sendiri sukar untuk mengerti. apatah lagi sahabat sekalian.


sesekali bila penat mengejar bayang diri sendiri, aku pejamkan mata. aku renung liku-liku kehidupan aku. sedih. banyak masa yang aku sia-siakan. namun aku bersyukur. aku masih diberi rezeki. iaitu sebuah kehidupan dan kesihatan. dan dengan rezeki itu aku cuba untuk tidak lagi hanyut. tapi mampukah aku? ya, hidup itu rezeki, kerana ianya satu pemberian. dan bila-bila masa ianya akan ditarik. jadi bersedialah. siapa sangka kalau selepas ini tiba masa untuk aku menyerahkan kembali nikmat kehidupan yang sedang aku nikmati ini. Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa. aku perlu akur. tiada daya dan upaya untuk aku melawan kehendak dan takdir-Nya.

aku hitung lagi. perjalanan hidup aku. masa lalu yang semakin menjauh dan masa depan yang semakin mendekat. Ya Allah, tabahkan hati hamba Mu ini dalam menerima segala ketentuan Mu.


p/s : zikir itu pengubat hati. penenang emosi. makanan rohani.

sumber gambar : google.com


Sunday, June 24, 2012

lirik lagu yang cantik

lirik lagu dan cantik. sangat subjektif. xpercaya? cuba baca lirik ni.

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
lirik aku maafkan kamu




I've been living with a shadow overhead,
I've been sleeping with a cloud above my bed,
I've been lonely for so long,
Trapped in the past,
I just can't seem to move on!

I've been hiding all my hopes and dreams away,
Just in case I ever need 'em again someday,
I've been setting aside time,
To clear a little space in the corners of my mind!
way back into love



yup. sekadar lirik lagu. kadang-kadang manusia cuma dengar. xpernah hayati. apa yang cuba disampaikan. memang ianya lirik. tapi dalam lirik ada mesej yang cuba disampaikan.

dan banyak lagi lirik-lirik yang bermakna. cari sendiri dan nilai sendiri. berfikir sambil mendengar. xsusah pon.





Saturday, June 23, 2012

sejarah 5 kerajaan terbesar dunia

1. Kesultanan Utsmaniyah (1299–1923)
Kesultanan Utsmaniyah (1299–1923), atau dikenali juga dengan sebutan Kekaisaran Turki Ottoman, adalah negara multi-etnis dan multi-religius. Negara ini diteruskan oleh Republik Turki pada 29 Oktober 1923.Negara ini didirikan oleh Bani Utsman, yang berkuasa selama lebih dari enam abad (1299 - 1923) dipimpin oleh 36 orang sultan, sebelum akhirnya runtuh dan berpecah menjadi beberapa negara kecil.

Kesultanan ini menjadi pusat interaksi antara Barat dan Timur. Pada puncak kekuasaannya, Konstantinopel (sekarang Istanbul) sebagai ibukotanya, kesultanan ini dianggap sebagai penerus dari kerajaan sebelumnya, seperti Kekaisaran Romawi dan Bizantium. Pada abad ke-16 dan ke-17, Kesultanan Usmaniyah menjadi salah satu kekuatan utama dunia dengan angkatan lautnya yang kuat.
Kekuatan Kesultanan Usmaniyah jatuh secara perlahan-lahan pada abad ke-19, sampai akhirnya benar-benar runtuh pada abad 20. Setelah Perang Dunia Pertama berakhir, pemerintahan Utsmaniyah yang menerima kekalahan dalam perang tersebut, dan mengalami kemunduran di bidang ekonomi.
2. Kerajaan Inggris
Kerajaan Inggris terdiri dari domini, koloni, protektorat, mandat dan semua wilayah yang di susun oleh kerajaan Inggris. Sehingga tahun 1922 Kerajaan Inggris telah memiliki 450 juta rakyat dan itu merupakan 1/4 penduduk dunia waktu itu. Wilayahnya seluas 33.700.000 km persegi. dan mempunyai kekuatan ketenteraan paling besar dalam sejarah.
 3. Kerajaan Mogul (1526–1858)
Empayar Mogul adalah sebuah kerajaan yang pada masa kemuncaknya memerintah Afghanistan, Balochistan, dan kebanyakan anak benua India antara 1526 dan 1857. Kerajaan ini didirikan oleh pemimpin Mongol, Babur, pada 1526, ketika dia mengalahkan Ibrahim Lodi, Sultan Delhi terakhir pada Pertempuran Pertama Panipat. Perkataan mughal adalah versi Indo-Aryan dari Mongol. Agama rakyat Mughal adalah Islam.
 
Kerajaan ini sebahagian besar ditakluk oleh Sher Shah ketika masa Humayun, namun di bawah Akbar, kerajaan ini berkembang pesat, dan terus berkembang sampai akhir pemerintahan Aurangzeb. Jahangir, anak Akbar, memerintah kerajaan ini antara 1605-1627. Pada Oktober 1627, Shah Jahan, anak dari Jahangir mewarisi takhta dan kerajaan yang luas dan kaya di India. Pada abad tersebut, empayar ini mungkin merupakan kerajaan terbesar di dunia. Maharaja Mughal Shah Jahan, memerintahkan pembinaan Taj Mahal antara 1630-1653 di Agra, India.
Setelah kematian Aurangzeb pada 1707, kerajaan Mughal mulai mengalami kemunduran, walaupun masih berkuasa selama 150 tahun berikutnya. Pada 1739, empayar ini dikalahkan oleh pasukan dari Parsi yang dipimpin oleh Nadir Shah. Pada 1756, pasukan Ahmad Shah menceroboh Delhi sekali lagi. Empayar British akhirnya membubarkannya pada 1857.
4.  Kekaisaran Mongolia (1206–1368)
Kekaisaran Mongolia didirikan oleh Jenghis Khan pada tahun 1206 sesudah menyatukan Suku-suku Mongolia yang ketika itu sering berselisih sesama mereka dan bermulanya banyak penaklukan di seluruh benua Eurasia yang dimulai dengan penaklukan Dinasti Xia Barat di Cina Utara dan Kerajaan Khawarezmia di Persia. Pada puncaknya, Kekaisaran Mongolia menguasai sebagian besar wilayah Asia Tenggara ke Eropa tengah. Selama keberadaannya, Mongolia melakukan pertukaran budaya antara Timur, Barat dan Timur Tengah sekitar abad ke-13 dan 14.
Kekaisaran Mongolia dipimpin oleh Khagan (Khan Agung keturunan Jenghis Khan) secara turun-temurun. Sesudah kematian Jenghis Khan, Kekaisaran Mongolia pada dasarnya terbagi menjadi empat bagian yaitu; Dinasti Yuan (Cina), Ilkhanate (Persia), Chagatai Khanate (Asia Tengah), dan Golden Horde (Rusia). Semua wilayah pembagian itu dipimpin oleh keturunan Jenghis Khan.
Menurut ahli sejarah barat R.J. Rummel, diperkirakan sekitar 30 juta orang terbunuh dibawah pemerintahan Kekaisaran Mongolia dan sekitar setengah jumlah populasi Tiongkok habis dalam 50 tahun pemerintahan Mongolia.
5. Kekaisaran Rusia (1721–1917)
Kekaisaran Rusia, adalah kekaisaran yang pernah ada sejak tahun 1721-1917. Kekaisaran ini adalah penerus Ketsaran Rusia dan pendahulu kepada Soviet Union.
Kekaisaran Rusia adalah salah satu kerajaan terbesar yang pernah ada dalam sejarah dunia dengan luas daratan yang hanya boleh dijangkau oleh Imperium Britania dan Kekaisaran Mongolia. Pada tahun 1866, wilayah Kekaisaran Rusia membentang dari Eropa Timur ke Asia hingga Amerika Utara. Pada awal abad ke-19, Rusia adalah kerajaan terbesar di dunia yang membentang dari Samudra Arktik di utara ke Laut Hitam di selatan dan dari Laut Baltik di barat hingga Samudra Pasifik di timur. Dengan penduduk sebanyak 176,4 juta orang, kerajaan ini memiliki penduduk terbesar ketiga di dunia pada masanya setelah Dinasti Qing di Cina dan Imperium Britania.
Kekaisaran Rusia diperintah oleh seorang kaisar dan menjadi salah satu kerajaan terakhir di Eropa yang meninggalkan sistem monarki absolut.

Thursday, June 21, 2012

Bangunan Dalam Pembinaan di Terengganu RUNTUH


aku baru dapat tahu satu berita tentang bangunan yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih runtuh. runtuh. dan menurut sumber enam pekerja warga indonesia terperangkap dalam runtuhan. Subhanallah.
Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.
Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.
Pasukan penyelamat masih bertungkus lumus untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.
p/s : tempat ni dekat sangat dengan rumah aku. mcm mna benda ni boleh runtuh.

sumber : gabungan mahasiswa besut

jgn lupa share dgn kawan2.

Monday, June 18, 2012

tips study last minute

Assalamualaikum

sekarang ni pelajar-pelajar degree tengah bertungkus lumus dengan Final exam masing-masing. dan aku tinggal 1 paper je lagi esok petang. yehaaa! jgn jeles ok. lepas ni boleh la berblog sakan. hihi.

ok aku nak kongsi beberapa tips yang aku sendiri guna untuk study. dan untuk pengetahuan semua aku ni jenis study last minit. esok petang exam skrg aku xstudy lg. hihi. *jgn tiru perangai ini.


ok. jom tgok.

#1 kamu perlukan nota
kumpulkan semua nota. xkira la nota slide ke. semua. kalau lecturer xbagi nota google je. yang penting ada silibus. list mata pelajaran. kumpul nota tu letak dalam tempayan buat pekasam. ok pandai. haha. lepas dapat nota tu?
#2 cari apa yang mungkin ditanya
apa yang soalan akan tanya? nama nak tau kan dah belom jawab lg. so, korang kena pandai la. tanya lecturer. kalau xdpat tgok la soalan-soalan tahun lepas. biasanya xlari jauh. kumpulkan soalan-soalan tu. highlight apa yang soalan tu nak.
#3 anda perlukan kertas A4
kertas A4 lipat 4, potong. dan entry aku dah mcm cara-cara nak memasak. lepastu potong bawang besar. ok gurau je. jgn marah. wee. lepastu setiap helaian tu tulis soalan yang korang highlight tadi.
 #4 dah tulis soalan tadi?
ok kalau dah tulis soalan-soalan tadi. next step susun soalan-soalan tu. lepastu cari jawapan dalam nota yang korang kumpul tadi. jgn buat karangan. tulis isi penting je. nak karang jwapan nanti ok. tulis ringkas2 je. cukup untuk sendiri-sendiri faham.
#5 dah siap semua
bila dah siap semua tutup nota. tutup buku. baca jela note tadi. kalau rasa xcukup jugak. pandai-pandai la korang. sape suruh study last minit.
#6 tawakal
usaha dah kan? so lepastu berdoa. tawakal. baca nota tu. jgn dah siap tido plak kan. memang boleh jawab la.
#7 JANGAN stay up
esok nak exam, mlm ni korang stay up nak study. tak payah. otak kita perlukan rehat. kalau mlm tu dan berkeras berkerja mcm buruh binaan. esoknya aku takut dlm exam semua hilang. blurr. pastu jgn plak nak nangis sorg2. sape suh study last minit.

ni tips yang aku buat sendiri. sebab aku ni jenis yang study last minit dan jenis yang mudah bosan kalau baca buku je. jadi aku kena tulis dalam bentuk yang senang otak aku nak serap maklumat. gud luck.

wahh lambatnya esok. nak merdeka ni. XD

share kat kawan-kawan. jgn kedekut.

Kisah Wanita Tua Penyayang dan kucing di Tanah Suci Makkah


Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.


Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.


Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.


Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam
sumber dari : dunia macam-macam

p/s : tak susah nak tolong makhluk Tuhan. tak semestinya kucing. sungguh sedih bila aku tengok kucing ditendang, disepak hanya kerana mereka lapar. aku kesal. pernah depan mata aku seorang mak cik memukul kucing dengan penyapu. dan apa yang sangat aku kesalkan. aku tidak mampu berbuat apa-apa. sekadar melihat. berdoa semoga Allah melindungi mereka.

i miss my cat damn much. doakan kucing aku sihat. amin. :)

Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook,
Sharing is Caring

Thursday, June 14, 2012

gambar application facebook yang lawak

Assalamualaikum

sejak kebelakangan ni aku tgok facebook dah kembali rancak dengan aplikasi-aplikasi yang menyebabkan homepage facebook aku jadi semak. *walaupun aku ada jgak buat. hihihi.

tak kisah la. mungkin korang dah bosan sangat dan bila tgok ada yg try tu korang pon terasa jgak nak cuba kan? tapi yang xleh blahnya ada beberapa aplikasi yang mcm xlogik pon ada. *pokoknya semua xlogik la.

xpercaya? tgok kt bawah ni.

sama ke der? hihihi

oi. nak tau markah pegi exam la kan. bt benda ni 100x pon da kalau math xreti fail jgk. XD

kah3. lawak weh.

dah tahu salah korang buat jgk. * ok fine korang bosan kan.

xleh blah. ni mmg kes nak buat yusri jeles ke apa?

cuba tgok profil picture beliau. sama ke dgn aaron aziz? HAHAHA

haa. yang aku suka. walaupun kdg2 dush! sebijik kena kat muka. hihihi

xyah tipu la. korang mesti bt jgak bnda ni kan? at least teringin la. 
klik untuk tolong aku : 

like kalau setuju. XD

.:iklan nuffnang:.