.:abg nuffnang duk sini:.

Monday, September 30, 2013

tips hadapi masalah

assalamualaikum

ahh masalah lagi, ayat ni selalu kita cakap bila kita berdepan dengan masalah. cuma mungkin dalam susun ayat atau kata yang berbeza. dan aku sendiri selalu merungut bila ada masalah. stress la. itu la. ini la. sebab aku buntu. apa yang perlu aku lakukan untuk selesaikan masalah aku?


tips yang paling mudah bila sedang menghadapi masalah ialah.

#1 bertenang
gila kau tengah serabut dengan problem nak suruh bertenang? haha. relax. sebab kalau kecoh pon masalah belum tentu setel kan? so, bertenang je dulu. ambik nafas dalam-dalam. duduk diam dan tarik nafas tanpa fikir apa-apa. kalau aku tengah serabut ni, duk kalut-kalut lagi la rasa serabut, lepastu mula la nak menangis. lepas tu masalah tak setel, kepala yang sakit sebab nangis. kan? so bertenang je dulu.
#2 istighfar
dah banyak dah penulis-penulis malah penceramah, ustaz serta ustazah bercerita tentang kebaikan istighfar ni. dan salah satunya pada aku sendiri sangat berkesan untuk menenangkan jiwa. istighfar je banyak-banyak. kalau nak marah, insyaAllah kurang marahnya. dan insyaAllah tuhan akan permudahkan jalan untuk selesaikan masalah tu.
#3 surah al-kauthar
 
untuk tahu kelebihan surah ni korang boleh refer page ni. korang akan tengok betapa banyak nya faedah yang kita boleh dapat dengan surah yang pendek ni. bacalah banyak-banyak sepanjang masa. pensyarah aku pesan lagi, baca lah ketika hari hujan. insyaAllah terbuka jalan-jalan penyelesaian untuk masalah kita. kita kena ingat, kita cuma manusia. yang menjadikan sesuatu ialah Allah. sebab tu sangat penting untuk kita sentiasa ingat pada dia. InsyaAllah.
#4 usaha
orang selalu cakap. tawakal tanpa usaha tak akan bagi apa-apa hasil. jadi kena la usaha. kalau ada masalah, cari punca masalah tu. selesaikan satu persatu. jangan terlalu gopoh. bertenang dan gunakan akal.
cakap memang senang kan? tapi sekurang-kurangnya aku pernah cuba cara ni dan pada aku sedikit sebanyak aku rasa tenang. walaupun masalah aku belum selesai. tapi aku tahu masalah wujud sebab Allah sedang menguji kita. Allah nak uji tahap kesabaran kita. ramai manusia yang gagal, bunuh diri sebab tak sanggup hadapi masalah. itu bukan penyelesaian, tetapi itu adalah masalah baru.

insyaAllah.

Encik Mimpi - Rindukanlah

assalamualaikum

readers yang sangat setia membaca walaupun aku sangat jarang mengupdate blog. terima kasih sangat-sangat aku nak ucapkan kat korang sebab sudi baca blog aku yang terabai ni. korang doakan lah biar aku jadi rajin nak update blog ni kerap-kerap sikit. hihi.

sebenarnya sekarang aku dah pon memulakan semester baru aku di UUM. dan ada lagi baki 2 semester aku kat sini.

hari ni aku tak mampu nak bercerita panjang lebar sebab kejap lagi aku ada kelas. pukul 4 sampai 6 petang bak hang!! seronok la aku tido jap lagi. haha.

sebelum tu, korang tau tak encik mimpi? kalau tak tau sila lah google. aku antara peminat encik mimpi sebenarnya walaupun aku tak kenal sape la dia ni. nanti aku cerita macam mana aku boleh suka lagu-lagu dia.

and, nah! satu lagu terbaru dari encik mimpi untuk korang. dah. aku nak siap pegi kelas.

Tuesday, September 10, 2013

diari cikgu mugmerah

Assalamualaikum readers,

antara sedar dan tidak. tinggal lagi 2 hari aku akan tamatkan tugas aku sebagai guru praktikal di negeri Kelantan ni. lepas ni entah bila lagi la aku akan datang ke pekan kecil bernama Gunung ni. mungkin kalau ada anak murid aku yang nak kahwin? tu pon kalau aku di jemput. hehee

banyak sangat pengalaman aku dapat sepanjang aku menjadi cikgu praktikal ni. yang paling ketara aku rasa ialah dalam mengawal marah. kalau korang nak jadi cikgu. benda yang paling diperlukan ialah sabar. sentiasa ingat jangan marah. walaupun kadang-kadang aku mengaku. terlepas jugak perasaan marah aku. bila marah cepat-cepat istighfar. insyaAllah reda sikit. amin.


bila aku kat sini, aku tengok anak-anak murid aku, ada banyak golongan. kalau ikut cerita My Name Is Khan, dia cakap ada dua jenis manusia dalam dunia ni yang baik dan yang jahat. memang aku tak nafikan, ada betulnya. tapi anak murid aku ada banyak jenis. aku ada anak murid lebih kurang 110 orang. bagi setiap 110 orang tu semua perangai berbeza.

ada yang bila ditegur merajuk

ada yang nak perhatian

ada yang tak suka perhatian

ada yang suka menjawab

ada yang malas sangat

ada yang rajin sangat

macam-macam la. tak mampu aku nak describe satu persatu.


walau macam mana sekalipun perangai pelajar aku. aku tetap sayang mereka. aku sedih bila fikir masa aku kat sini dah tak ada. bila jadual kelas aku bertukar dan aku dah tak dapat ajar 3 kelas tingkatan 2. sikit sebanyak aku rasa sedih. yela aku dah selesa dengan dorang. bila jumpa dorang tanya.

"cikgu dah xnak ajar saya ke?"

aku nak cakap, kepada semua pelajar aku, kalau boleh aku nak ajar semua subjek kat dorang. bukan aku tamak. tapi aku happy bila aku tengok mereka faham apa yang aku ajar. aku rasa bersyukur sangat bila mereka dapat ilmu yang aku ajar.

ok, nanti kalau free aku sambung. aku nak pergi makan. lapar. hehee.

to all my student, i love u all.

to gary, saranghae.


.:iklan nuffnang:.