"setiap langkah kita tu menunjukkan perubahan usia kita. muka kita mungkin sentiasa muda. tapi usia kita tak. usia kita tak pernah berhenti walau sedetik.bermula dari ovum dan sperma, menjadi embryo, kemudia fetus, kemudian lahir jadi baby yang comel. diri bayi comel jadi kanak-kanak. kanak-kanak jadi remaja, remaja jadi dewasa, dewasa jadi tua, kemudian....
"saat remaja adalah saat paling indah dalam hidup kita"hmm. memang aku akui, banyak kenangan pahit manis aku mengenal erti kehidupan dalam tempoh ni, tapi siapa tahu. aku belum pon menjelajah dunia dewasa sepenuhnya. yang mungkin lebih indah? InshaAllah.
nak jadi dewasa. tapi bersediakah kita? perlu ke kita mengubah fesyen selama ini kepada yang lebih dewasa? cari teman hidup yang sama-sama dewasa? pada aku tak perlu. yang penting. ilmu. ilmu untuk meneroka dunia baru. banyak buku-buku motivasi, instead of tengok cerita korea, baca gosip-gosip artis, buang masa, lepak-lepak. apa kata kalau kita beli buku. baca.
wake up readers, menjadi dewasa. (aku tahu aku belum layak bercakap isu ini) tapi pada tahap dewasa, kita mula membentuk hidup kita menggunakan minda. apa yang kita nak. masa remaja, kita cenderung ikut kawan-kawan. sampai nak isi borang masuk universiti pon sama-sama dengan kawan. tapi bila dah dewasa. kawan tetap penting. tetapi kita tetap kena berfikir. kawan kita tu, suatu hari akan berkahwin, akan ada keluarga masing-masing. tanggungjawab masing-masing. sampai bila kita nak ikut kawan.
takut jugak rasanya nak menempuhi alam dewasa ni . walaubagaimanapun , kita mesti hadapinya jugak kan ? ;D
ReplyDeleteyup. enjoy the moment. XD jgn takut2 ea. :)
Delete