.:abg nuffnang duk sini:.

Sunday, February 27, 2011

mengintai langit


ni lagu coco.. mengintai langit.. dah lama aku suka lagu ni.. kenapa? baca la sendiri lirik dia.. dan download lagu ni kalau suka.. link download? cari sendiri.. :)

gambar hiasan.. xde kaitan dgn lagu.. :)

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
terpanah tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
bait kata dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung asmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...

k aku da jumpa link utk download..kat sini.. :)

Monday, February 21, 2011

hari ini menjadi sejarah

hari ini bakal menjadi hari semalam.. dah agak lama aku meninggalkan dunia meluahkan perasaan melalui tulisan dengan bersungguh2 dari hati aku.. kesibukan aku membuatkan aku terleka.. banyak juga perkara yang berlaku dalam hidup aku sehingga aku merasakan seolah-olah aku bukan diri aku.. apa yang berlaku?

mungkin dah sampai masa untuk aku melangkah, berubah.. tidak selamanya ulat menjadi kepompong.. cukup masanya pasti kopompong jadi rama-rama.. xselama-lamanya juga awan akan cerah.. tiba masa mendung akan datang.. membawa hujan, malah kadang diiringi petir dan ribut.. adakala hujan boleh merubah kawasan, mengundang perpisahan air mata.. namun hujan juga membawa rahmat.. mengairi tanaman, menyuburkan alam..


kita juga harus sedar, bukan semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita, kita juga perlu yakin, Tuhan mentakdirkan sesuatu mesti bersebab, Tuhan menemukan kita dgn sesuatu yang mungkin kita xsuka mesti beralasan.. memisahkan kita dengan sesuatu yang kita sayang pasti ada hikmahnya..

kita bukan tidak akan dapat happy ending, tapi sebenarnya hidup kita belum menemui endingnya lagi.. kita tak boleh terlalu berharap.. kita kena jadi diri kita.. kita jangan peduli kata orang.. kita tak boleh kata kita bernasib malang, kerana sebenarnya masih ramai yang lebih malang dari kita, Tuhan tak akan menguji jika dia tahu kita tak mampu hadapi ujiannya..

kita tak boleh cemburu pada orang walaupun apa yang dia ada, kita tidak ada, sebab apa yang kita ada belum tentu dia ada.. kita hidup untuk perjalanan ke Akhirat, dunia cuma trial, finalnya adalah akhirat..menyedari hakikat2 tersebut, aku sedar, aku kena kuat semangat, aku kena tepis semua cabaran dan teruskan berenang mencari tepian atau aku akan lemas dalam dunia rekaan ini..

aku sebenarnya kurang jelas apa yang berlaku pada aku.. yang pasti aku tidak tenang.. aku cuba kembali kepada asal aku.. tapi sudah banyak yang berubah.. bukan hanya pada diri aku, tapi juga persekitaran.. aku tergapai2 mencari bingkisan diari yang mungkin masih bersisa.. tapi mana mungkin aku dpt kembali ke masa lalu.. kata org, masa lalu adalah tempat yang paling jauh dari kita.. jadi mana mungkin aku dpt kembali ke sejarah.. aku cuma mampu mengintai sejarah dari balik tabir2 kenangan..

kadang2 manusia gemar menduga, menguji kekuatan jiwa dan ketahanan emosi seorang insan yang mungkin dianggap lemah, tetapi aku yakin aku sebenarnya kuat.. aku yakin dan aku kena yakin.. adakala aku bertanya pada diri aku.. mampukah aku mengawal semua ini sedangkan hari2 aku seolah2 kusam dan mendung.. tapi aku masih tetap percaya.. selepas hujan akan muncul pelangi..


aku ingin berbicara tentang cinta.. tapi diri aku menolak kuat cinta itu.. aku berfikir tentang cinta itu.. apakah cinta itu..? apakah ia benar sebuah cinta.. kalau benar kenapa sekarang ia hadir.. orang cakap cinta xpernah datang terlalu awal atau terlalu lewat.. tapi pada aku sekarang cinta itu terlalu awal.. perlukah aku melupakan cinta itu sedangkan ianya sangat sakit.. dan aku tak sanggup membiarkan cinta itu pergi, namun aku juga tak mampu untuk menerima cinta itu buat masa sekarang walaupun cinta itu memberi aku semangat.. semangat untuk melihat sang mentari bersinar.. semangat untuk terus tersenyum..



mungkin jika cinta ini aku biarkan ia berlalu aku akan makin sukar untuk memahami diri aku.. apa yang harus aku lakukan? ia amat menakutkan pada aku.. tapi untuk membiarkan ia pergi aku akan seperti burung yang patah sayap.. untuk menerimanya juga aku tidak mampu..

Tuesday, February 15, 2011

hati dan perasaan

aku ada satu hati.. dan hati aku yang satu tu aku dah simpan kemas untuk aku beri kepada dia yang bakal aku cintai suatu hari nanti andai kata Tuhan menemukan kami.. namun aku sedih bila ada yang datang.. cuba untuk merebut hati aku yang aku cuba simpan kemas.. aku risau jika andainya iman aku tak cukup kuat untuk mempertahankan cinta yang selama ini aku simpan hanya untuk dia yang benar untuk aku..


aku memikirkan tentang diri aku yang lemah.. yang mungkin akan cair dengan puisi indah mereka.. mereka yang cuba merobek dan menghancurnya hati aku yang satu.. aku sungguh tak rela.. dan berdoa semoga aku kuat..

aku juga sedar tentang fitrah manusia.. tambahan lagi pada usia aku.. walaupun setakat ini aku masih berjaya, bertahan.. menepis duri-duri yang cuba menyamar disebalik mawar indah.. kepada mereka yang memahami luahan aku.. doakan aku berjaya.. berjaya mempertahankan cinta di hati aku.. hingga sampai saat yang layak untuk aku menyintai dan dicintai.. aku hanya insan yang lemah..

siapa dia? biar aku simpan sahaja didalam hati.. selagi aku termampu.. aku juga ingin berterima kasih kepada kawan-kawan aku.. lily dan mr.s yang sudi menjadi pendengar.. kamu berdua kawan yang baik.. terlalu istimewa pada saya.. :)

Thursday, February 10, 2011

Petua Mendapatkan Pasangan 1

hari ni aku nak kongsi petua untuk dapatkan jodoh oleh Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.. memandangkan aku ada kerja lain nak buat.. jadi sila lah baca.. :)


  1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
  2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
  3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
  4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
  5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
  6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
  7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
  8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
  9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
  10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
  11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
  12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
  13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
  14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
  15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
  16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
  17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
  18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
  19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
  20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
  21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
  22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
  23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
  24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
  25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
  26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
  27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
  28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
  29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
  30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama

bersambung...

Monday, February 7, 2011

dari tadi nak buat post.. baru berjaya

entry ni sebenarnya aku dah drafkan sejak 2 hari lepas.. tapi hari ni baru boleh sambung.. bukan la sibuk sangat tp xde masa nak menaip.. hehe.. papepon i'm back.. ( letak bunyi gendang sket)..

Norhayati Berahim

sebenarnya lam entry ni aku nak cerita pasal novel-novel Norhayati Berahim.. aku percaya ramai antara pembaca novel atau pon aku berani yakin 99% la semua pembaca novel kenal sape Norhayati Berahim tu.. tapi aku xnak la citer pasal beliau.. pada pandangan kebudak2an aku ni dia mmg novelis yang terbaik la.. novel dia soalah2 hidup dan kita dpt rasa atau hayati dgn jiwa kita.. xpa sedar kita boleh menangis.. sape setuju angkat tangan.. \(^_^)/ haha

sebenarnya dah agak banyak novel Norhayati berahim yang aku baca.. dan antara novel yang paling aku ingat ialah novel Tidak Aku Bersuara dan Hati Seorang Wanita..

tidak aku bersuara..


hati seorang wanita..


selain tu ada lagi banyak sangat karya beliau.. maaf, aku pon xtau jumlah yang sebenar ada berapa.. tapi aku tabik la kat dia..karya dia banyak dan xbosan.. sesetangah novelis tu karya dia tajuk lain2, watak pon dah tukar.. tapi sayang jalan cerita lebih kurang je.. hehe..

antara novel Norhayati Berahim yang lain ialah


setiap jumaat


sayang tak terucap


ranting cinta si plato (cantik covernya kan?)


..hujan pon menari..


andai semalam ku miliki

sebenarnya ada banyak lagi novel2 norhayati tp xlarat la nak list semua.. kepada peminat Novel dan Norhayati Berahim.. anda semua geng aku.. hahaha..

p/s : mugmerah nak share tawaran hebat dari milo, pizza hut, dan maxis.. sesiapa yang berminat sila la tgok.. :)

Saturday, February 5, 2011

apa itu churp churp?

aku percaya ramai yang pernah dengar tentang churp churp ni.. tapi mungkin ada yang masih keliru apa churp churp ni dan apa bezanya dengan nuffnang.. walau apapon.. kepada yang baru berkenalan dan join churp churp aku ucapkan selamat datang ke komuniti churp churp..

sebenarnya churp churp ni kerjanya lebih kurang je dengan nuffnang.. iaitu iklan secara online melalui blogger, facebook. twitter dan beberapa laman sosial lain..cuma bezanya di churp churp kita boleh pilih iklan yang kita mahu atau rasa nak iklankan.. di nuffnang pula iklan dipasang di blog kita.. mcm kat blog mugmerah ni.. (sudi2 la klik yer.. hahaha)

melalui churp churp ni.. iklan yang kita berminat untuk siarkan kita perlu share mengikut kreativiti kita di mana2 laman yang kita ada.. contoh aku ni kat blog la.. melalui entry blog kita boleh beriklan.. dan kita dibayar atas kadar yang ditetapkan oleh churp churp per klik..

ok lah.. aku pon malas nak story panjang2.. korang yang berminat nak tambah income boleh la join kat sini..

oh ya.. kepada sesiapa yang dah daftar nuffnag dan tak tahu mna nak tgok churp churp tu boleh tgok pic ni.. dan boleh klik gambar utk daftar terus.. :D

jangan lupa daftar churp churp anda kat sini..

kenapa ko suka aku?

kenapa kita sukakan seseorang dan kenapa orang sukakan kita? persoalan ni berada dalam kepala aku dah dekat seminggu lebih. tapi baru sekarang aku boleh luahkan.. aku terfikir.. apakah kita memerlukan sebab yang konkrit untuk kita menyukai seseorang..




sebagai contoh, ramai orang suka kan seseorang sebab dia cantik.. sebab dia berharta.. sebab dia bijak.. tetapi kenapa tidak menyukai seseorang kerana dirinya.. walau siapa pon dia.. bagaimanapon rupa dia.. berapa banyak pon harta dia..? kalau benarlah begitu, maka hanya orang cantik, kaya dan bijak saja la yang ada orang suka..? mungkinkah begitu??


tiba-tiba aku teringat sesuatu yang pensyarah psikologi aku katakan dalam kuliah.. kalau semua oraang ada pendapat yang sama, minat yang sama dan keinginan yang sama.. xkan la ada orang yang kurang cantik pada mata kita bercinta, berpasangan dan bahagia.. ada benarnya.. jadi mungkinkah suka itu bergantung juga kepada selera individu? entahla.. bukan aku yang boleh jawab persoalan itu.. tp ada benarnya..

apa pendapat korang pula? kenapa anda semua suka kan sesuatu.. atau seseorang? mungkin jawapan anda dapat membantu saya.. :D

semoga anda semua bahagia dengan apa yang anda suka.. dan boleh menerima seseorang yang menyukai anda.. dengan ikhlas.. bukan kerana dia cantik, kacak bergaya, kaya atau bijak.. mungkin kerana peribadi dan sikapnya..

p/s : mugmerah suka orang yang caring.. sebab terasa diri ini disayangi..

.:iklan nuffnang:.