.:abg nuffnang duk sini:.

Saturday, May 14, 2011

permata untuk isteri..

hari ni aku nak share satu lagu yang aku suka. lagu kopratasa permata untuk isteri. kenapa aku suka lagu ni...? sebab lirik dia menceritakan tentang perjalanan hidup sepasang suami dan isteri.
kopratasa : permata untuk isteri

telah ku siapkan
satu daerah paling sunyi
dalam hati ini untuk kau isi
sebagai isteri

untuk kau penuhi dengan kemuliaan
seorang wanita
untuk kau beri erti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang

ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami

kerana kau isteri...
ku ingin kau mengerti
bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan
kerana kau isteriku..


ada satu part dalam lagu ni yang aku sangat suka. bila lirik dia berbunyi..

ku ingin kau mengerti
bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan


dari potongan lirik yang ringkas tu pada aku ada banyak maksud. senang je contoh yang aku dapat. kalau kita lihat pada zaman sekarang ramai pasangan yang bercinta. masa bercinta semua manis. janji macam-macam sampai ada yang sanggup sehidup malah semati. tapi bila dah kawin. bila dah bosan. kau ke mana aku kemana. xpatut kan?


jadi hari ni. aku nak syorkan kepada pasangan yang ada kekasih hati. yang cuba atau terlintas untuk curang. cuba renungkan lirik ni dan janji yang pernah di ungkap bersama. jangan kerana nafsu kita jadi manusia yang lupa untuk setia.

lepas tu aku suka part ni..

untuk kau penuhi dengan kemuliaan
seorang wanita
untuk kau beri erti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang

ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati

dalam keratan yang ni plak pada aku menceritakan tentang permintaan suami kepada isteri dia. untuk jadi wanita yang mulia, lemah lembut, penuh dgn kasih sayang, yang tahu harga diri dan tahu menghargai.


tapi jika dilihat pada hari ini, walaupun bukan semua tapi masih ada segelintir yang sanggup ingkar perintah suami malah ada yang lebih teruk curang. mungkin ada yang akan berfikir ayat aku ni seolah memburuk-burukkan wanita. tidak. lelaki pon ada yang sanggup menduakan isteri. isteri yang taat, tetapi ketaatan itu di balas dengan racun.

dalam hal ni sape yang bersalah? sama-samalah kita renungkan. jangan kerana terlampau menurut nafsu ada anak-anak yang terbiar.

dan aku nak dedikasikan lagu ni untuk renungan semua terutamanya mr.teddy saya..


0 komen:

Post a Comment

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.