.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, September 30, 2011

mengintai langit - coco

assalamualaikum dan selamat tengah hari ( da nak petang pon sbnrnya. huhu) hari ni aku nak share 1 lagu yang aku minat sejak zaman SPM dulu. dah dekat 3 thun agaknya lagu ni. xpasti pulak kan. lagu coco mengintai langit. lagu ni pada aku best. sangat best. tapi sayang xramai yang tahu. bila aku tanya member2 aku xramai yang tahu. so pada aku agak merugikan di situ. ok dah3. jom layan.



setiap hari ku tulis
yang ku telah jatuh cinta
tapi ku rasa bersalah
tidak ku nyatakan padamu


adakah engkau merasa
apa yang sedang kurasa
terpanah tancap asmara
harapnya kau dah terima

maafkan aku kerna menyintamu
maaf jika ku xpadan dgn mu
tapi kuberjanji kau juwita hati
akan ku jaga hingga akhir nanti

maafkan aku terus memujamu
maaf aku yang terlanjur merindu
di dlm hujan renyai aku mengintai langit
mengharap engkau akan setuju menyintai aku


menyanyi dan bisikkanlah sayang
bait kata dalam jiwa
xtahan rasanya menangung kasmara
agar dapat ku lelapkan mata
mengkhayalkanmu
bermimpikanmu
sepanjang malamku

lirik lagu ni simple je. tapi besh. terus menyampaikan isi hati. dan sangat sesuai untuk sape2 yang tengah meng'admire' seseorg. aku? xkot. hehe. 

i love my teddy.



Wednesday, September 28, 2011

perbezaan pembelajaran formal, informal dan non-formal

aku xnak ckap banyak2 cuma nak share apa yang aku dapat dari blog about research ni.


kepada kawan2 yang amik paper sains pengajaran dan pembelajaran. take note. :)



Tuesday, September 20, 2011

kadang-kadang sakit tu bagus..

kadang kita terkenang sesuatu. kita rasa seolah2 menyesal. seolah2 kita dah pilih jalan yang salah sebelum ni. bila kita tgok balik ke belakang. kita fikir. kenapa benda ni kena jadi mcm ni. kenapa dulu aku x bt mcm ni?

kadang terlalu banyak persoalan tentang kehidupan. tentang masa depan. malah masa lalu. menghantui kita. kadang2 kita rasa bersalah tanpa kita tahu punca. hati tiba2 rasa sakit. unbearable. hurt a lots. kita rasa mcm dah lemas dlm dunia yang kita cipta. yang kita lorek. yang kita lakar. yang kita rancang sendiri corak serta jalannya.


kadang bila fikir2 sedalam mungkin. kita terasa seperti ingin menangis terduduk. ingin mengalirkan air mata tanpa suara. segan pada mata yang mengintai kelemahan kita. kegagalan kita. sedang mereka juga mungkin seperti kita atau mungkin lebih teruk. sebab. mereka juga manusia. seperti kita. 

jika menangis itu boleh menjadi ubat. mengurangkan rasa sesak dalam dada. menangislah. kalau segan pada sang mata yang ibarat duri. menangislah sendirian. menghadap Yang Maha Memahami. Yang Maha Mendengar. menangislah. kerana aku tahu. menangis itu sebenarnya penawar kepada setiap kegagalan. 


jadikan air mata yang menitis itu sumber yang dapat menghapus kegagalan. membersihkan penyesalan. dan bangkit. sejarah tak perlu di lupakan. tapi ingat. jangan di ulang sejarah yang pahit. kerana jatuh terduduk untuk kali kedua pastinya sangat menyakitkan.

kenapa aku menulis seolah2 aku sedang kecewa? adakah aku sedang kecewa? mungkin tidak. mungkin juga benar. susah untuk aku sendiri mengerti.


Tuesday, September 13, 2011

entah apa-apa..

pedih hati ini..
setiap nafas yg di sedut terasa seperti racun..
mungkin semua ni satu kesilapan..
terdesak untuk mengikut perasaan..
lonjakan jiwa remaja..
yang kononnya mahukan semua yang indah..
ingin bebas memilih..
padahal mereka pernah berpesan..
indah luar xsemestinya indah di dalam..

tapi seperti di pukau..
di penjara..
sekali melangkah..
mana mungkin dapat kembali..
tanpa ada yang berubah..
paling tidak..
jiwa sendiri yang terluka..
hati sendiri yang perit..
perasaan sendiri yang musnah..

apa yang terbaik..
yang termampu..
yang mgkin satu2nya yang boleh dihadapi cuma..
berdoa..
bersabar..
dan..
berharap semuanya akan berubah..
kearah yang lebih baik..

kata mereka..
langit xkan selalunya mendung..
hmmm..
mungkin dan mungkin..
kita xmampu meramal masa depan..


kusut dalam kekusutan..

my 3rd day kt uum.. xde kelas.. bosannn.. dgr era.rm online sambil berfacebook.. semalam merajok ng teddy.. huhu.. hari ni da ok.. tp.. entah la.. mood jadi kacau bilau.. rumet xde da pegi kelas.. plus pening lg nak kena bt beberapa keputusan..
nak ke proceed je dgn process writing tu..?? hadoii.. pastu lg.. rindu mia ng baby dia.. dah 3 hari berturut2 mimpi mia.. sedih.. sob3.. :'(

i need someone to talk..

tp aku segan nak bercerita kt org.. sbb mgkin org xnak pon dgr.. huhu..

bak kata pepatah..

'diluah mati mak... ditelan mati bapak'..


aku kah yg bersalah....??


Monday, September 12, 2011

Setiap orang ada masalah

Bila aku cakap pasal masalah. Korang mungkin teringat masalah yang baru korang hadapi. Korang mungkin teringat masalah lama yang belum selesai. Dan mungkin korang terfikir tentang masalah yang bakal korang hadapi. Sebenarnya pada aku masalah tak perlu kita risaukan kerana ia adalah lumrah kehidupan.
Setiap orang ada masalah.
Sama ada dengan diri sendiri.
Dengan keluarga. Saudara mara.
Kawan-kawan.
Malah ada juga dengan orang yang langsung tidak kita kenali.
Setiap orang mengalami masalah yang hampir atau lebih kurang sama. Yang berbeza Cuma bagaimana mereka memandang masalah tersebut dan mencari jalan penyelesaian.
Mcm la setiap kali kita makan kita akan dapat rasa mcm2 rasa.
Masam.
Manis.
Pedas.
Masam.
pahit.
Jadi begitu juga dengan kehidupan. Masalah sebenarnya salah satu dari perisa yang pelbagai. Cuba bayangkan seorang manusia yang hidupnya biasa sahaja. Tiada masalah.
Bosannya.
Sekurang-kurangnya masalah itu akan memberi pengajaran kepada kita.
Teringat aku pada kata orang tua.
“Setiap yang buruk itu pasti ada baiknya.”
Jadi begitu juga dengan masalah. Seburuk-buruk masalah. Atau sepahit manapun cabaran itu. Pasti ada hikmah serta pengajaran disebaliknya.
Jadi kata aku
“jadikan masalah itu sebagai satu peluang. Jangan gelabah. Selesaikan dengan tenang.”
Satiap masalah itu pasti akan selesai. Cuma ia memerlukan sedikit usaha. Jalan penyelesaian. Mungkin formula atau petua. Serta masa. Mungkin lama. Mungkin sekejap. Tapi kita tetap harus bersyukur.


.:iklan nuffnang:.