.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, December 21, 2012

tips menghilangkan selsema

sejak exam makin dekat ni aku makin banyak dapat masalah. masalah kesihatan terutamanya. dan untuk kaitkan dengan tajuk entry, SELSEMA. korang tau kan, macam mana rasa tak selesa bila hidung tersumbat dan mengganggu konsentrasi untuk bernafas. oh! teruknya BM aku. *harap-harap tak ada cikgu BM yang baca blog aku. XD

sebelum aku melalut dengan lebih panjang dan entah apa-apa, dan korang bosan dengan lalutan aku (lalutan tu apa!). aku nak share beberapa petua atau tips untuk mengurangkan atau menghilangkan selsema. lama tak kongsi tips ni. XD

#1 Kulit Kayu Manis
 
bunyinya memang manis. tapi  rasanya amatlah tidak semanis bunyinya. (*eh! kenapa la aku rasa tahap berbahasa aku makin teruk ni!?) ok, teruskan. kulit kayu manis ni ada dua cara. sama ada korang nak makan macam korang makan coklat bar atau masukkan dalam air. kalau nak mkan korang anggap je korang sedang makan buah pinang. tapi jangan makan banyak sangat. kulit kayu manis ni berfungsi untuk memanaskan badan dan menghilangkan lelehan hingus. kalau tak sanggup nak makan, letak dalam teh panas dan minum. jangan la teh ais plak kan. XD
#2 Limau Nipis
 
dulu masa zaman sekolah kalau selsema atau batuk aku suka guna petua ni. lupa dah dari mana aku ambik. letak gula dalam sudu, then perahkan limau nipis. lepastu kahak rasa lega. InsyaAllah. kalau nak lg sedap, buat teh suam, perahkan limau dalam tu. wahh sedapnya teh suam letak limau. XD
#3  Asam Jawa
 
asam jawa sangat sedap bila dimakan begitu sahaja. yumm. -_- korang ambik asam jawa, bancuh dalam air suam, letak gula sikit, then minum. Asam jawa ni bagus untuk hilangkan rasa perit pada tekak dan menyejukkan badan. 
#4 100 plus
 
beriklan plak aku kat sini kan. haha. tapi ni untuk cara yang lebih moden la. kalau korang xnak amalkan petua 3 diatas tu. sila bersiap2 untuk kekedai terdekat dan beli sebotol/setin 100 plus yang original. minum. bagus untuk menambah tenaga, mengurangkan demam. 
#5 ubat selsema
 
cara yang paling senang dan memang tidak meremehkan ialah makan ubat selsema. berlambak-lambak kat farmasi. pilih je. makan dan berehat. 
dah cukup. aku tau korang bukan suka baca kalau aku taip panjang-panjang. kann?. kalau dan cuba segala cara. istighfar la. sakit tu kan ujian. sakit akan buat kita ingat pada pencipta kita. sakit pada badan kita sebenarnya ubat pada jiwa kita. InsyaAllah.

1 comment:

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.