.:abg nuffnang duk sini:.

Wednesday, December 18, 2013

harga masuk toilet naik harga.

Assalamualaikum readers,

tadi aku buka2 facebook. dah malas nak sambung buat assignment kan. tup2 jumpa la gambar ni.


walaupun sekarang satu malaya mengamuk pasal semua benda naik. start dari minyak masak, gula, minyak petrol, tarif letrik dan yang latest tol. tadi jumpa harga toilet pon bakal naik.

kih. kih. kih. lepas ni sapa mau vera ka kincin ka, pokok blakan pigi kincing ka vera ka. kah kah kah. 

hilang stress aku kejap. 

hadoi.

p/s : esok agak-agak nak sedut udara pon kena bayar agaknya. 

Tuesday, December 17, 2013

Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Assalamualaikum readers,

entry ni aku share dari facebook page abg Sham Kamikaze. aku save kat blog aku untuk berkongsi ilmu dan untuk senang aku nak buat rujukan bila-bila masa nanti. kalau nak cari aku search je la kan. hehe. kalau letak dalam microsoft word jenuh aku nak buka satu-satu folder laptop aku nak cari balik. eden ni pelupo orgnyo.


insyaAllah jom kita baca, belajar dan fahami tatacara mengerjakan solat sunat witr ni.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
 Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :

1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.

Maksudnya :

Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no 991.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
 Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
 Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlas sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbihisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadith Riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no 1683.

p/s : marilah beristighfar. insyaAllah semoga bermanfaat. semoga kita semua sentiasa di dalam Rahmat Iman. InsyaAllah. :)

kredit to : Abg Sham Kamikaze.

Sunday, December 15, 2013

fahami diri aku sendiri

assalamualaikum readers.

mungkin ada yang perasan kehilangan aku selama lebih kurang 3 bulan dalam dunia meluahkan perasaan dan pendapat melalui dunia maya ni. *ayat xleh blah. hahaha. apa pon. here i'm am. sitting in front of computer and struggling to start writing again.

even a small seed can survive alone
 
banyak sangat pengalaman 3 bulan yang aku tak luahkan. bagaimana aku menghadapi hidup aku dan setiap detik cuba memahami diri aku yang sebenar. kalau nak fikirkan soalan macam mana nak fahami diri aku yang sebenar. aku highlight sikit sebab benda ni sangat penting. sebab tak semua orang tahu apa yang diri dia nak sebenarnya dan kenapa orang A perangainya macam ni dan orang B perangainya lain.

people always think they are right. aku betul. yang betul tu aku. dan kalau salah tu bukan aku. mungkin orang lain atau aku yang tak sengaja. jadi aku tak bersalah. yeke? lepastu kenapa orang lain pon fikir benda yang sama dengan aku? entah la. I should stop judge others. aku sendiri pon selalu buat silap.

"tapi kalau dah asyik aku je yang bersabar?"

"sabar je la lagi. alang-alang dah bersabar. teruskan je la"

"what if I teach that someone, some lesson?"

"you must ready to face the consequences then my dearself."

 
sejak 2 3 hari ni aku banyak monolog. banyak benda yang aku nak luahkan aku tak luahkan. kat Mr. Teddy pon aku tak bagi tau.

"mugkin sebab dia busy?"

"atau aku yang tak nak libatkan dia dalam masalah bodoh aku."

atau kan ada DIA yang lebih Maha Mendengar. dan aku percaya dia sentiasa mendengar. there must be some reasons. sebab tu benda macam ni jadi. benda apa? ada la BENDA.

p/s : apa yang penting dalam planning aku, nak habiskan semester 7 tanpa gagal mana-mana paper. dan habiskan degree dengan jayanya pada bulan 6 tahun depan. *doakan aku. -_-



Monday, September 30, 2013

tips hadapi masalah

assalamualaikum

ahh masalah lagi, ayat ni selalu kita cakap bila kita berdepan dengan masalah. cuma mungkin dalam susun ayat atau kata yang berbeza. dan aku sendiri selalu merungut bila ada masalah. stress la. itu la. ini la. sebab aku buntu. apa yang perlu aku lakukan untuk selesaikan masalah aku?


tips yang paling mudah bila sedang menghadapi masalah ialah.

#1 bertenang
gila kau tengah serabut dengan problem nak suruh bertenang? haha. relax. sebab kalau kecoh pon masalah belum tentu setel kan? so, bertenang je dulu. ambik nafas dalam-dalam. duduk diam dan tarik nafas tanpa fikir apa-apa. kalau aku tengah serabut ni, duk kalut-kalut lagi la rasa serabut, lepastu mula la nak menangis. lepas tu masalah tak setel, kepala yang sakit sebab nangis. kan? so bertenang je dulu.
#2 istighfar
dah banyak dah penulis-penulis malah penceramah, ustaz serta ustazah bercerita tentang kebaikan istighfar ni. dan salah satunya pada aku sendiri sangat berkesan untuk menenangkan jiwa. istighfar je banyak-banyak. kalau nak marah, insyaAllah kurang marahnya. dan insyaAllah tuhan akan permudahkan jalan untuk selesaikan masalah tu.
#3 surah al-kauthar
 
untuk tahu kelebihan surah ni korang boleh refer page ni. korang akan tengok betapa banyak nya faedah yang kita boleh dapat dengan surah yang pendek ni. bacalah banyak-banyak sepanjang masa. pensyarah aku pesan lagi, baca lah ketika hari hujan. insyaAllah terbuka jalan-jalan penyelesaian untuk masalah kita. kita kena ingat, kita cuma manusia. yang menjadikan sesuatu ialah Allah. sebab tu sangat penting untuk kita sentiasa ingat pada dia. InsyaAllah.
#4 usaha
orang selalu cakap. tawakal tanpa usaha tak akan bagi apa-apa hasil. jadi kena la usaha. kalau ada masalah, cari punca masalah tu. selesaikan satu persatu. jangan terlalu gopoh. bertenang dan gunakan akal.
cakap memang senang kan? tapi sekurang-kurangnya aku pernah cuba cara ni dan pada aku sedikit sebanyak aku rasa tenang. walaupun masalah aku belum selesai. tapi aku tahu masalah wujud sebab Allah sedang menguji kita. Allah nak uji tahap kesabaran kita. ramai manusia yang gagal, bunuh diri sebab tak sanggup hadapi masalah. itu bukan penyelesaian, tetapi itu adalah masalah baru.

insyaAllah.

Encik Mimpi - Rindukanlah

assalamualaikum

readers yang sangat setia membaca walaupun aku sangat jarang mengupdate blog. terima kasih sangat-sangat aku nak ucapkan kat korang sebab sudi baca blog aku yang terabai ni. korang doakan lah biar aku jadi rajin nak update blog ni kerap-kerap sikit. hihi.

sebenarnya sekarang aku dah pon memulakan semester baru aku di UUM. dan ada lagi baki 2 semester aku kat sini.

hari ni aku tak mampu nak bercerita panjang lebar sebab kejap lagi aku ada kelas. pukul 4 sampai 6 petang bak hang!! seronok la aku tido jap lagi. haha.

sebelum tu, korang tau tak encik mimpi? kalau tak tau sila lah google. aku antara peminat encik mimpi sebenarnya walaupun aku tak kenal sape la dia ni. nanti aku cerita macam mana aku boleh suka lagu-lagu dia.

and, nah! satu lagu terbaru dari encik mimpi untuk korang. dah. aku nak siap pegi kelas.

Tuesday, September 10, 2013

diari cikgu mugmerah

Assalamualaikum readers,

antara sedar dan tidak. tinggal lagi 2 hari aku akan tamatkan tugas aku sebagai guru praktikal di negeri Kelantan ni. lepas ni entah bila lagi la aku akan datang ke pekan kecil bernama Gunung ni. mungkin kalau ada anak murid aku yang nak kahwin? tu pon kalau aku di jemput. hehee

banyak sangat pengalaman aku dapat sepanjang aku menjadi cikgu praktikal ni. yang paling ketara aku rasa ialah dalam mengawal marah. kalau korang nak jadi cikgu. benda yang paling diperlukan ialah sabar. sentiasa ingat jangan marah. walaupun kadang-kadang aku mengaku. terlepas jugak perasaan marah aku. bila marah cepat-cepat istighfar. insyaAllah reda sikit. amin.


bila aku kat sini, aku tengok anak-anak murid aku, ada banyak golongan. kalau ikut cerita My Name Is Khan, dia cakap ada dua jenis manusia dalam dunia ni yang baik dan yang jahat. memang aku tak nafikan, ada betulnya. tapi anak murid aku ada banyak jenis. aku ada anak murid lebih kurang 110 orang. bagi setiap 110 orang tu semua perangai berbeza.

ada yang bila ditegur merajuk

ada yang nak perhatian

ada yang tak suka perhatian

ada yang suka menjawab

ada yang malas sangat

ada yang rajin sangat

macam-macam la. tak mampu aku nak describe satu persatu.


walau macam mana sekalipun perangai pelajar aku. aku tetap sayang mereka. aku sedih bila fikir masa aku kat sini dah tak ada. bila jadual kelas aku bertukar dan aku dah tak dapat ajar 3 kelas tingkatan 2. sikit sebanyak aku rasa sedih. yela aku dah selesa dengan dorang. bila jumpa dorang tanya.

"cikgu dah xnak ajar saya ke?"

aku nak cakap, kepada semua pelajar aku, kalau boleh aku nak ajar semua subjek kat dorang. bukan aku tamak. tapi aku happy bila aku tengok mereka faham apa yang aku ajar. aku rasa bersyukur sangat bila mereka dapat ilmu yang aku ajar.

ok, nanti kalau free aku sambung. aku nak pergi makan. lapar. hehee.

to all my student, i love u all.

to gary, saranghae.


Tuesday, July 23, 2013

petua tingkatkan daya ingatan

Assalamualaikum..

kebelakangan ni aku rasa memory otak aku dah makin perlahan. mungkin ke sebab aku termakan banyak sangat semut tanpa disedari lantas hantu-hantu semut itu mula mengganggu proses mengingat aku. seramnya.

kerana kebimbangan akan dilanda penyakit nyanyuk sebelum mencecah usia 30, aku telah mengambil inisiatif mudah dengan mencari petua-petua untuk meningkatkan daya ingatan melalui makanan. sebab makanan adalah benda yang paling menarik pada aku yang suka makan tapi tak nak gemuk-gemuk ni. jom kita baca.

#1 Madu
 
madu bukan sebarang madu. bukan madu dua, tiga atau empat. kalau aku tau teddy simpan madu siap dia. aku selam dia dalam lautan madu. hihi. mengarut lagi. ok, madu ni seperti yang kita ketahui madu ni ada pelbagai khasiat. dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral terutamanya madu asli. madu ni bukan sahaja berkesan meningkatkan daya ingatan, malah mampu merawat penyakit mental dan boleh mengurangkan kepenatan otak yang sibuk bekerja, berfikir dan sebagainya. 
#2 Kismis

buah yang satu ni semua dah sedia maklum, kalau ada anak-anak yang nak exam biasa mak ayah akan belikan kismis ni. kismis ni mampu membekalkan oksigen ke otak kita. kekurangan oksigen dalam otak akan menyebabkan kita mudah penat dan mengantuk. kalau rasa asyik menguap tu mungkin tanda-tanda otak kekurangan oksigen la. jadi makan la kismis. bagus untuk otak. kalau nak variasi, boleh masukkan dalam makanan, macam dalam kek, puding roti, nasi minyak. macam-macam la. aku pernah makan kismis dalam sambal belacan. sedap woo. 
 #3 Telur
 
aku selalu makan telur, letak dalam maggi. sedapnya cakap pasal makanan time puasa macam ni kan? hehe. telur ni sebenarnya makanan yang berkhasiat dan mampu menambah daya kekuatan otak kerana mengandungi khasiat lengkap seperti protien, mineral, vitamin dan macam-macam la. terutamanya telur kuning yang mampu menangani masalah lemah tenaga fizikal dan minda. makan yang fresh tau, kalau boleh ayam kampung. 
#4 kekacang
 
makanan jenis kekacang ni baik untuk daya ingatan juga. macam kacang soya, kacang pistachio, kacang merah dan macam-macam jenis kacang lagi la. kacang mengandungi kandungan protien yang tinggi  dan bagus terutamanya untuk kanak-kanak. kalau korang perasan masyarakat cina suka makan tauhu yang diperbuat dari kacang soya. jadi belajar la makan makanan berasaskan kacang. insyaAllah.

aku rasa cukup la dulu 4 kan? kalau nak nanti aku buat entry lain kalau ada masa. hehe. orang cakap jangan tamak sangat cari petua. nanti tak terbuat.
 

Thursday, July 18, 2013

semangat membara kerana nuffnang.

Assalamualaikum wbt.

seronoknya bila bukak nuffnang nampak benda kat bawah ni. hehe


sebulan lebih aku tak udate blog. nuffnang tetap baik hati bagi aku iklan ni. bukan 1. tapi 4 sekali gus. hehe. Alhamdulillah. rezeki ramadhan. 

insyaAllah lepas ni aku akan aktif balik berblog. kongsi pengalaman, kongsi ilmu serta nasihat yang berguna untuk masyarakat. nak tulis buku tak mampu. tulis blog je mampu. ngada2 kan aku? hehe.

p/s: doakan anak murid aku semuanya jadi manusia yang berguna dan baik-baik tau. penat cikgu mugmerah ni nak kawal kerenah murid 100 orang lebih. macam-macam ragam. 



tugas baru sebagai cikgu praktikal

Assalamualaikum wbt.

dah lama betul aku tak update blog aku ni. dah lebih sebulan kot. hehe. normal ke kalau umur makin meningkat, kerja makin bertambah. nak spend masa untuk luahkan perasaan pon xsempat. huhu. sedihnya. aku nak mengarang pon dah rasa kekok. ayat pon rasa dah mcm tunggang langgang. erk! patutkah aku terus bersara dari dunia menulis ni? tapi sayang pulak kan. bukan senang nak hidupkan mugmerah ni. dah dekat 4 tahun kalau xsilap aku.

sekarang ni aku sedang berkampung di SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan. meninggalkan keselesaan dan kedamaian bercuti semester dirumah. aku terperap dan terperangkap dalam dunia sekolah yang penuh hilai tawa sang pelajar yang bersuka ria, keluh kesah sang murid yang akan menghadapi peperiksaan, dan tak lari juga desas desus mulut-mulut manusia. Nauzubillah, semoga aku dijauhkan dari umpat keji dan sebarang ketidakpuasan hati manusia.

"kita tak akan mampu memuaskan hati setiap orang"

jadi kita kena la buat yang terbaik pada kita. tapi jangan pulak sampai pentingkan diri sendiri. kita kena ingat kita hidup bermasyarakat. hidup kita membawa nama dan maruah. bukan sahaja maruah diri kita, tapi juga maruah ibu bapa kita, tempat kita belajar, negara kita, bangsa kita, dan yang penting agama kita. kalau buruk perangai kita, bukan sahaja nama kita yang terjejas. tapi juga nama-nama yang berkait dengan kita.



"jagalah maruah anda selagi mampu"

menjalankan tugas sebagai guru praktikal memang banyak dugaaan. insyaAllah jika berkesempatan aku akan kongsi pengalaman aku semasa berasa disekolah dan menggalas tanggungjawab sebagai guru praktikal.

setakat ni dulu aku menulis. nak kena buat report. hihi.

skema pulak aku rasa entry ni. adoi!




Friday, June 7, 2013

iklan nuffnang walaupun tak update?

Assalamualaikum peminat.

cewahh. rasa macam retis pulak. peminat-peminat ni. hihi. tapi kita xhebat pongg. ):

minggu ni aku benar-benar sangat sibuk berikutan aku sedang menghadapi peperiksaan akhir semester ke-6 aku di Universiti Utara Malaysia yang tercinta. Oleh itu. aku tidak mampu meluangkan masa aku untuk beramah mesra mahupun bertegur sapa dengan mugmerah ini. haiz. ayat aku dah tunggang terbalik gara-gara peperiksaan yang memaksa aku memerah otak dan keringat. haiz lagi.

bilo la aku nok kayo ni. (:

walaupun sebegitu, encik nuffnang masih tetap setia memberikan aku iklan CPUV. terima kasih Nuffnang kerana sudi  menghargai penat lelah aku membuat entry walaupun hanya kadang-kadang. haiz lagi! dah la. aku nak berehat seketika dengan kopi kapal api white coffee. esok pulak sambung study untuk next paper. kepada blog. maafkan aku. aku masih mencintai diri kamu.


p/s : nanti kalau kepala aku dah normal balik aku update la balik blog ni. sekarang nak chillex je dulu. 


Thursday, May 30, 2013

bahaya kekurangan kalsium dalam badan

Assalamualaikum lovely readers.

a few days ago. cewahhh, ber'speaking' lak kita. hihi. ok. dua tiga hari lepas aku ada buat body measurement kt booth Herbalife. then aku dpt tahu badan aku kekurangan beberapa benda.

1. berat. (yang tak dapat disangkal lagi.)
2. kandungan lemak untuk melindungi organ2 seperti jantung.
3. kalsium untuk kesihatan tulang. (amboih teruknya BM aku, tiru ayat matluthfi jap.hehe)

jadi, selepas aku menganalisa keputusan yang diberikan, aku pon membuat keputusan bahawa berat dan kandungan lemak boleh ditambah dengan memakan makanan. tapi bagaimana pula dengan kandungan kalsium? sebab bila dipikir dan dipikir kalsium mesti ingat susu lembu serta susu kambing.


jadi masalah di zaman moden ini dapat diselesaikan menggunakan google. hehe. dan hasil 'google'lan aku. aku telah temui perkara-perkara dibawah.

kesan kekurangan kalsium dalam badan

  • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut 
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin 
  • kalau ibu mengandung yang kekurangan kalsium sangat bahaya. 

jika dianalisis kesan-kesan kat atas tu. memang sebahagiannya aku sering alami. kecuali yang last. hehe. jadi macam mana nak dapatkan kalsium ni sebab badan kita tak mampu nak hasilkan kalsium sendiri. jadi kita memerlukan makanan yang boleh membekalkan kalsium. antaranya;

  • produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt.
  • sayur yang berwarna hijau terang seperti brokoli.
  • ikan yang ada tulang lembut seperti sardin dan salmon dalam tin. ada yang aku jumpa sarankan makan tulang sardin tu yang penting. 
  • Calcium-fortified foods seperti produk soya seperti tauhu, careal dan jus2 buah.
disedut dari : mayoclinic.com

disebabkan itu. aku serta kalian yang kekurangan kalsium boleh la mula mengamalkan pengambilan makanan diatas. selain tu ada juga supliment kalsium yang boleh di beli dari farmasi. kalau nak tahu pergi tanya pharmacist sendiri k. hehe. 

jom like dan share untuk perkongsian bersama.


Sunday, May 26, 2013

kesan penggunaan produk memutihkan kulit

Assalamualaikum readers,

sejak beberapa bulan ni korang mesti perasan kan. kalau xperasan tu aku tumpang sedih la untuk korang. ketinggalan arus betul. sekarang ni ada berlaku lambakan produk kosmetik kat pasaran. untuk memutihkan kulit, mencerahkan kulit, mengebukan kulit. dan macam-macam lagi la. semua untuk bagi nampak cantik cun melecun.

tapi aku nak tanya la. bagi yang guna produk macam-macam tu. korang tak takut ke nanti tua dapat kesan negatif. kulit korang jadi rosak ke kena cancer kulit ke? Nauzubillah.

apa yang aku tahu. kalau produk tu jenis yang menghakis kulit, ada bahan kimia yang namanya merkuri tu jadi tak elok. boleh bawak cancer la semua. jadi sebab tu aku memang sangat tidak berani nak guna sebarang produk kosmetik yang tumbuh macam cendawan lepas hujan dalam market kosmetik kat negara kita ni.

belum cukup yang di produce kat negara kita, ada lagi yang import dari seberang, dari indonesia, thailand, korea, jepun. fuhh. harga pulak mahalnya. sanggup ea korang berhabis. aku? mungkin sebab aku student lagi kot? atau sebab aku ni memang malas nak jaga muka. cuci muka pon seminggu 2 atau 3 kali je. tu pon kalau aku kesian tengok pencuci mukan tu duk dalam bekas sabun aku tak ada orang nak guna. teruk ke aku kalau macam tu?

satu lagi. yang aku perasan. sekarang ni ada macam-macam application terutamanya dalam android untuk mencantikkan kulit, kulit kusam boleh jadi clear licin macam cermin. halus bak mutiara. contohnya application perfect 360 dgn camera 360. aku pon suka ambik gambar lepas tu edit bagi nampak cun. hehe.

dengan bantuan camera 360 aku nampak sangat cun. hihihi

jadi pada aku. kalau nak guna produk kecantikan tu boleh. tapi kaji la betul-betul. jangan bila tengok orang guna nampak cantik, mulus, kita pon dengan tidak menggunakan akal terus duk beli. kalau beli yang original ok la lagi. ni beli yang tiruan. nanti dapat kesan sampingan baru tahu. eii. seram la. kalau nak cantik guna yang ori. mahal tak apa la. asalkan original dan di sahkan. jangan main guna je.

aku. guna safi balqis je. pakai pon kadang-kadang. hehe. sebab aku ni pemalas.

Tuesday, May 21, 2013

5 petua penting mengemukkan badan

ok fine. ramai orang nak jadi kurus tanpa sedar ramai juga sebenarnya nak jadi gemok. and actually that person is me. haha. dengan tinggi 162 and berat about 40 plus plus. pada aku dan mengikut kiraan BMI, aku agak atau tergolong dalam kumpulan kurang berat badan. so, how to gain some weight? *pergghh. aku heran orang makan sikit boleh gemok, aku mkan banyak xnak pulak gemok2.* sigh!

now lets read!

1. eat, eat, and eat.
wargghh. yup eat. makan sekerap yang mampu. kalau korang jenis yang cepat kenyang cuba makan sikit2 secara berterusan. xperlu la sampai nak makan nasi dengan kari mamak sampai 84 kali sehari. cukup dengan makan makanan ringan. *opss bukan mee segera ok. makan biskut, buah2an lagi? hmm. makanan la. apa2 saja. coklat. ermm. yummy. 
 

2. kurangkan pedas dalam makanan.
makanan pedas seperti yang aku cerita kat sini. bukan sekadar mengundang gastrik but actually menyebabkan badan kita membakar kolori. so bagi orang kurus. opss. kurang berat badan ni. kita nak menambah kolori. so jgn makan makanan yang terlalu pedas. so kurang kolori dibakar. jimat kolori. gain weight. yeahha!
3.  minum air masak.
air masak penting untuk membantu melancarkan sistem pencernaan kita. so, badan kita akan kurang toksin dan membantu kita memgemukkan badan secara sihat. selain itu, badan kita kurus mungkin sebab kurang air dlm badan. *kadang2 rasa mcm nak pegi hospital suruh nurse masukkan air dlm badan. kui3
4. owh. supplement tambahan.

produk menggemukkan badan kat kedai. actually aku pernah try beberapa. Appeton Weight Gain. dan dlm masa 3 minggu aku dapat naik 3 kilo. tapi tu lama dulu. and if korang btul2 rasa nak gain some weight why not give a try. atau boleh pergi farmasi dan cari supplement untuk tambah selera makan. gud luck bebeh!
5. last but not least.
exercise is very important. bersenam dapat membantu kita membina otot. bila otot dah mcm ahli bina badan confirm dah xnampak kurus dah. at least akan nampak sedikit berisi dan tegap. selain tu bersenam membantuk kita gemuk dengan otot. bukan gemok dengan lemak. understand student. tehee. :|]
gud luck all. nak gemok ke. nak kurus ke. tetap kena amalkan gaya hidup sihat. tapi jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada. jangan bila badan kita dah cantik mcm retis hot kita sedap2 pulak nak mengata mereka yang kurang cantik.

p/s : aku ada tips no 6. kahwin. hehe. orang cakap lepas kawin bleh jadi gemok. how? korang google la sendiri. hek3. tapi sekarang belum sampai masa. tunggu abg teddy masuk minang la dulu. hik3.

kalau berguna share la kat kawan.

Saturday, May 18, 2013

untuk kaki download: penanda aras kualiti movie

Assalamualauikum

korang suka download movie kan? tapi korang tahu tak beza bagi jenis movie yang korang download tu? perasan tak kualiti movie yang kita download tu berbeza-beza? tahu tak kenapa dan macam mana nak bezakan kualiti movie tu? kalau nak tahu jom baca.


#1 CAM
maksudnya movie yang dirakam terus dari dalam panggung menggunakan handphone atau perakam video tu biasa. tu sebab boleh dengar bunyi suara orang, nampak bayang orang dan kualiti gambar dan movie sangat teruk.

#2 TS a.k.a TELESYNC
movie jenis ni dirakam di dalam panggung wayang juga, tapi di panggung wayang yang kosong lah dan ianya dirakam menggunakan kamera video profesional yang diletak atas tripod. so kualiti up sikit lah berbanding CAM ni.

#3 Workprint
benda workprint ni macam tengok "movie tak siap". macam tengok In The Making lah jugak. tapi In The Making versi full filem dari awal sampai habis. workprint ni biasanya dikeluarkan dari movie yang belum siap dari studio. jadi dia belum ada effect-effect tertentu la. belum di edit lg. dan dia ada part filem yang belum ditapis, di 'cut' dan mungkin akan hilang part yang belum dimasukkan. tapi ada je orang yang suka tengok movie jenis ni. 

#4 PPVRip
bermaksud "Pay-Per-View-Rip" yang mana maknanya diorang rakam movie ni daripada channel macam Astro First tu lah. dan senang cakap mcm movie yang ditayang kat astro first tu la. kebanyakannya belum ada dalam bentuk DVD. dan dirakam melalui astro first. dan kita pon download. movie jenis ni lagi ok la dari yang rakam kat pawagam tu. 

#5 DVDSCR
full name nya ialah "DVDScreener" yang versi DVD awal yang dikeluarkan untuk pihak pengkritik serta pihak promosi untuk diriview oleh mereka dan selalunya kualiti gambar rendah sedikit berbanding DVD betul. biasanya pada atas DVD tu akan ditulis macam ni. 
  "The film you are watching is a promotional copy. If you purchased this film at a retail store please, contact 1-800-NO-COPIES to report it." 

#6 R5
bermaksud "Region 5". selalunya kualiti gambar dan audio R5 ni boleh dikatakan agak rendah sikit je berbanding DVD disebabkan di negara Region 5 ni terpaksa keluarkan DVD versi murah berbanding Region yang lain. 
ni sumber aku ambik dari wikipedia.  
Releases of this type are normally tagged AC3.5.1.HQ and details about what was done to the audio track as well as the video are present in the release notes accompanying the pirated movie.
The other regions are:
R0 No Region Coding
R1 United States of America, Canada
R2 Europe, including France, Greece, Turkey, Egypt, Arabia, Japan, Israel and South Africa
R3 Korea, Thailand, Vietnam, Borneo and Indonesia
R4 Australia and New Zealand, Mexico, the Caribbean, and South America
R5 India, Africa (except Egypt, South Africa, Swaziland, and Lesotho), Russia and former USSR countries
R6 Peoples Republic of China
R7 Romania
R8 Airlines/Cruise Ships
R9 Expansion (often used as region free)
#7 DVDRip
movie jenis ni merupakan copy daripada DVD. jadi kualiti gambar lawalah juga. tetapi selalunya DVD original juga yang terbaik sebab gambar lagi lawa dan ada special feature. biasa la barang copy ng barang ori kan. hehe


#8 HDTV
ini juga hampir serupa dengan PPVRip yang macam rakam kat astro first tu, tetapi kualiti gambarnya jauh lebih daripada PPVRip malah kadang-kadang jauh lebih lawa daripada DVD sekalipun. dan aku biasa download cerita jenis ni. guna IDM. hehe

#9 BRRip
ini adalah kualiti video yang terbaik sekali. ianya bermaksud "Blu-Ray Rip". kalau nak diikutkan cd Blu-Ray ni memang kurang terkenal lagi lah di Malaysia ni sebab harganya sangat mahal. tetapi kualitinya memang sangat baik. jadi kalau ada banyak pilihan. download la yang blu-ray-rip ni. ok!

ok. ni je la tips dari aku. yang ni pon aku cedok dan translate dari wikipedia. kalau aku salah. wikipedia pon salah jugak la. muahahahahha!!

Monday, May 13, 2013

amalan untuk memusnahkan sel kenser


Assalamualaikum

seperti biasa kerja aku sebagai pelajar ialah membuat assigment yang memerlukan aku mengakses maklumat dari pelbagai website. dalam mencari-cari. aku terjumpa amalan untuk memusnahkan sel kenser ni. dan aku copy kan ke blog ni untuk memudahkan rujukan aku jika memerlukan dan untuk dikongsi bersama pembaca.


kenser ni penyakit yang digeruni oleh setiap orang. termasuk aku sendiri. Nauzubillah. semoga dijauhkan dari penyakit seumpana ni.

rokok boleh menyebabkan kenser. katakan tak nak pada rokok!

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.


Insyallah.

like dan share

Saturday, May 11, 2013

7 Kalimat yang Disukai Allah


Assalamualaikum.

kita sebagai manusia jarang nak ingat Allah. bila msa nak ingat? masa susah sangat, masa terdesak. baru tahu nak sebut nama Allah. aku tak cakap orang lain. aku pon lebih kurang sama je. Nauzubillah.

sebagai langkah untuk mengubah jiwa kita yang semakin hanyut dibawa arus fantasi dunia, jom kita amalkan kalimat-kalimat yang mulia ni.


Pertama adalah kalimat “Bismillah”, yang perlu kita ucapkan pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. hendak makan, minum, buka pintu, tutup pintu, nak mula berjalan. MasyaAllah, cuba bayangkan kalau tiap-tiap kali nak memulakan sesuatu kita gunakan kalimat ni. indahnya. senang je dapat pahala. kerja yang nak dijalankan pon lebih berkat.

Kedua, kalimat “Alhamdulillah” yang diucapkan pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. Alhamdulillah menunjukkan kita bersyukur, berterima kasih kepada Sang Pencipta. bila kita selesai melakukan sesuatu, itu tandanya kita berjaya menyelesaikan sesuatu itu. jadi ucaplah Alhamdulillah.

Ketiga, kalimat “Astaghfirullah” yang diucapkan jika lidah terucap perkataan yang tidak patut atau ada tindakan kita yang tidak elok. aku selalu baca dan kita selalu dengar, istighfarlah.. istighfarlah.. istighfar banyak kelebihan. pada aku, kalau malas nak bt yang lain. istigfarlah banyak-banyak. moga ia dapat melembutkan hati kita dan menghapuskan dosa-dosa kita yang kita tidak sedar. InsyaAllah.

Keempat, kalimat “Insya Allah”, yang kita ucapkan jika merancang untuk berbuat sesuatu. daripada kita ucap ok, orait. apa kata kita ubah. (macam kempen pilihanraya pulak rasa. -_-) ucaplah insyaAllah bila kita merancang. kerana kita cuma merancang, Allah yang menentukan.


Kelima, kalimat ”La hawla wala quwwata illa billah”, yang diucapkan jika menghadapi sesutu yang tidak disukai maupun tidak diingini. kalimat ini menunjukkan kita menyerah diri dan tidak mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu ujian, kecuali dengan pertolongan Allah. ( sila rujuk sumber)

Keenam, kalimat “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”, yang diucapkan jika menghadapi dan menerima musibah.


Ketujuh, kalimat “La ilaha illa Allah ” yang diucapkan sepanjang  siang dan malam, hingga tak terpisahkan dari lidah kita. sebanyak yang mampu. Ustaz Azhar Idrus ada cakap. kalimat yang tinggi nilainya, malah diucap oleh para nabi dan rasul terdahulu adalah "La ilaha illa Allah"

semoga bermanfaat. mohon pencerahan jika tersilap.

wallahualam.

sila like dan share :)

Friday, May 10, 2013

tema hari guru 2013

Assalamualaikum..


Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Oleh itu, tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.


1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

untuk lagu tema hari guru 2013 pula, boleh tengok pada link ini.

sumber dari sini.

like dan share. :)


Thursday, May 9, 2013

DIGI tawarkan smartphone hanya RM50

Assalamualaikum..

baru-baru ni DIGI menawarkan smartphone Alcatel One Touch Glory 2S pada harga hanya RM50 yang boleh dibeli menggunakan pakej komunikasi belia AKA rebat smartphone RM200. jadi bagi mereka yang belum guna rebat dan mahukan smartphone yang pada aku kualitinya agak bagus bolehlah guna pakej yang ditawarkan oleh DIGI ni.

kalau nak tahu boleh la rujuk page DIGI ikut link ni. 


apa yang menariknya dengan alcatel smartphone ni?

pada aku berbaloi untuk banyar RM50 dengan menggunakan rebat RM200 bawah pakej komunikasi belia. dengan hanya RM50 korang boleh dapat smartphone, dan pada aku alcatel one touch glory 2 ni boleh nak dikatakan setaraf dengan samsung galaxy Y. dan kalau dari segi fizikalnya saiz hp ni lebih kurang samsung ACE. 

dan yang penting alcatel ni bleh support android. jadi boleh la install wechat, wassup, viber, dll. 


untuk lokasi kedai DIGI berdekatan boleh ikut link ini. 

Wednesday, May 8, 2013

teknik menghilangkan gemuruh

Assalamualaikum.

ramai dikalangan kita yang secara automatik akan menjadi gemuruh bila berhadapan dengan situasi perlu bercakap dikhalayak ramai. sebagai contoh memberi ucapan, membuat perbentangan, mengajar dan meluahkan pendapat di khalayak ramai. tidak dapat dinafikan, ini merupakan salah satu punca kegagalan para graduan muda untuk mendapat pekerjaan.


jadi dalam artikel ini, aku ingin berkongsi serba sedikit teknik-teknik yang aku jalankan sendiri untuk menghilangkan gemuruh. memandangkan aku adalah bakal guru. jadi aku sendiri mempraktikkan teknik-teknik ni dalam hidup aku. hidup ke? dlm aktiviti pengajaran aku la.

#1 faham apa yang ingin disampaikan.
kebanyakan dari kita tidak tahu apa yang ingin disampaikan. keadaan ini menyebabkan kita tidak yakin dengan pendapat kita sendiri kerana kekurangan fakta dan pemahaman yang kukuh. untuk menyampaikan isi pembentangan contohnya, kuasai terlebih dahulu kandungan yang ingin disampaikan sekurang-kurangnya 90%. faham apa yang kita hendak sampaikan untuk memastikan kita tidak mudah mati kutu semasa berhujah.

#2 fokus mata.
kenapa aku tekankan fokus mata? kebiasaannya semasa sedang membuat perbentangan, bagi diri aku sendiri, jika aku tidak mengawal mata aku, sebagai contoh memandang audience secara keseluruhan, bukan fokus kepada seseorang individu atau kumpulan kecil, aku akan cepat rasa gugup dan pemikiran aku akan cepat menjadi kaku. 
oleh itu, aku sarankan, untuk memastikan keadaan menjadi kaku dan tidak dapat berfikir secara tiba-tiba berlaku, fokuskan kepada seorang atau beberapa individu yang memberikan perhatian, seolah-olah berbicara dengan individu tersebut. dengan cara ini, secara tidak langsung otak kita akan lebih terfokus kepada isi yang hendak disampaikan. seelok-eloknya fokuskan kepada 3 orang individu yang berada pada kiri, kanan dan tengah kumpulan audience. jadi kita tak akan kelihatan seperti mengabaikan kumpulan audience yang ramai. 

#3 suara yang jelas. 
perkara yang penting dalam presentation ialah untuk memastikan audience dengar apa yang hendak disampaikan. bila audience dengar dan memberi perhatian, kita akan menjadi lebih yakin dan bersemangat. oleh itu, penggunaan suara yang jelas dan teratur perlulah dititik beratkan. 
 
pengunaan suara yang jelas dapat membantu menarik perhatian lebih ramai audience dan sekaligus menggambarkan seseorang penyampai yakin dengan isi yang hendak disampaikan.
#4 fokus kepada isi
dalam menyampaikan sesuatu isi, jangan guna contoh yang tidak berkaitan atau kabur. sebaiknya fikirkan contoh dna penerangan yang ringkas. cara yang paling mudah bagi aku, aku akan terangkan menggunakan cara yang aku faham. tidak perlu merumitkan perkara yang mudah. gunakan ayat yang mudah dan gunakan bantuan rajah atau apa sahaja yang dapat membantu audience lebih mudah memahami isi yang kita kehendaki. 
 

ada banya lagi teknik dan contoh yang boleh digunakan. apa yang penting pada aku. dalam penyampaian, jangan sesekali salahkan audience yang tidak memberi perhatian. tetapi salahkan diri sendiri yang tidak mampu menarik perhatian. 

like dan share.


Tuesday, May 7, 2013

data ringkas mengenai PRU13 - kejayaan disebalik kekalahan




Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-69), PR 230 (+69)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.3 Juta, PR 5.6 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.9 Juta (82%) - Tertinggi dalam sejarah PRU

Apakah konklusi dari trending yg sangat menarik PRU12-PRU13 ini utk PRU14 akan dtg?

PR Berjaya Pungut 51% Undi Popular & Tambah Kerusi Parlimen..!!!

Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21


4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

sumber: [ R.A.M.M ] dan [W.A.A.S.A]

Sunday, April 28, 2013

keutamaan solat subuh


Assalamualaikum

ramai dikalangan muda-mudi hari ni, kalau bercakap pasal politik, bercakap pasal masalah itu, masalah ini laju je. tapi nak bangun solat subuh liat sungguh. di sini aku nak kongsikan kelebihan-kelebihan solat subuh kepada kita. kempen, kempen jugak, jangan sampai penat berkempen solat tergadai.

1. Solat subuh adalah faktor dilapangkannya rezeki


2. Solat subuh menjaga diri seorang muslim


3. Solat subuh adalah tolak ukur keimanan


4. Solat subuh adalah penyelamat dari neraka


5. Solat subuh lebih baik dari pada dunia dan seisinya


.
Inilah sebahagian sisi yg menggambarkan betapa utama dan hikmahnya solat subuh dan bertasbih di waktu subuh.

like and share to your friends.


.:iklan nuffnang:.