.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, July 18, 2014

Peta pesawat MAS MH17 terhempas

Assalamualaikum, 

berikut merupakan peta lokasi kejadian pesawat MAS MH17 yang membawa 295 orang penumpang yang dilaporkan terhempas setelah ditembak di Ukraine. 

Map of Flight MH17 flight path. Source: flightradar24.com

menurut sumber edition.cnn.com
Malaysia Airlines confirmed it received notification from Ukrainian air traffic controllers that it had lost contact with Flight MH17 at 2:15 p.m. 30 kilometers from Tamak waypoint, approximately 50 kilometers from the Russia-Ukraine border. Flight MH17, operated on a Boeing 777, departed Amsterdam at 12:15 p.m. local time and was scheduled to arrive at Kuala Lumpur International Airport at 6:10 a.m. Malaysia local time the next day.
Map of Flight MH17 flight path. Source: flightradar24.com

pesawat MH17 ditembak, 295 terkorban

Assalamualaikum dan takziah rakyat malaysia,

awal pagi tadi, lebih kurang pukul 1 pagi aku diberitahu tentang 1 lagi pesawat Malaysia Airlines terhempas, dan oleh kerana terkejut aku terus menggoogle, aku terfikir, apa nasib semua penumpang, berapa ramai penumpang dan siapa penumpang.

Seramai 295 orang dikhabarkan terkorban dalam nahas tersebut, Daripada sumber berita yang aku jumpa, pesawat malang Boeing 777-200 ini terhempas di sempadan Ukraine, berdekatan dengan Russia di kawasan yang bergolak dengan perang.

Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA jam 6:00 pagi ini. Pesawat ini membawa seramai 295 penumpang termasuk 15 kru.

berikut merupakan sumber berita yang aku dapat dari dailymail.co.uk



p/s : Takziah kepada ahli keluarga mangsa, 

Sunday, July 13, 2014

Design baju raya menarik

Assalamualaikum readers, 

raya dah makin dekat, aku terfikir, apa la agaknya trend terbaru baju raya tahun ni. kalau tahun lepas tak silap aku ramai berminat dengan peplum, 

gambar ihsan dari google : kredit to fatin suhana

agak-agak korang la, apa pulak yang akan timbul tahun ni? aku sendiri pon tak fikir lagi pasal baju raya. mungkin sebab dah 'dewasa' kot, jadi benda macam baju raya ni bukan priority, yang penting keberkatan ramadhan dan syawal tu. eehehehee. 

kalau di google tentang design baju raya, baju raya 2014, baju raya terkini, macam-macam gaya dan stail keluar, sampai tak terikut dan tak tahu pon adanya rekaan macam ni. mungkin sebab aku ni bukan berjiwa designer dan fesyen kot? haha. antara gambar yang bagi aku menarik dan aku jumpa dari google adalah seperti berikut. 

kalau diminta pilih 1 dari 3, aku pilih yang pertama dari kiri. aku suka rekaan dan warna. simple but nice.

kalau yang ni pulak aku suka yang ke 3 dari kiri, terutamanya design bagi baju dia. cantik corak dan warna.

kalau yang ni aku pilih yang tengah, simple minded kah aku? 
what ever. tapi aku memang suka yang tengah tu. 

pokoknya, kalau nak beraya, pilih la baju raya yang sesuai dengan kita, maksud aku dari segi kemampuan, tak payah la baju raya sampai gaya macam nak bersanding, yang penting keberkatan. hihihi.

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. :)

WTFish with future planning? hadeh!

Assalamualaikum readers

waktu berlalu dengan begitu pantas bagi aku. tik tok tik tok. tengok-tengok aku dah pon habis belajar di UUM. sampai kadang-kadang aku terdiam, berfikir. Boleh ke aku terima hakikat yang suatu hari nanti aku dah tua.

well, now i'm almost 23 years old. and...

"wahh, umur aku dah 50 tahun"

untuk aku menerima saat dan usia tu. InsyaAllah kalau panjang usia. Amin. Semoga aku dipanjangkan usia dengan rahmat Islam dan Iman. InsyaAllah.

rata-rata orang yang aku jumpa dalam jangka masa 1-2 bulan ni tanya aku,

"buat apa?"

"belajar lagi ka?"

"ooo, dah habis belajar, lepas tu keja la kan?"

"lepas ni buat apa?"

well, kadang-kadang rasa menyampah jugak la kan nak kena jawab benda yang kita sendiri tak tahu nak jawab dan dah malas nak cerita semua perancangan jangka masa panjang dan pendek kepada orang yang kadang-kadang kita selisih kat tepi jalan jek. huwahhh. berlagak ke aku bila pikir macam tu?

tak la, aku cuma rasa bosan, rimas dan lemas bila ditanya dan disoal benda yang sama. sedangkan semua orang tahu yang semua orang inginkan yang terbaik dalam hidup mereka, tak ada orang pon yang teringin nak jadi penganggur, kecuali dia memang tiba-tiba lepas graduate dapat harta pusaka 120 juta. dan orang itu pon mungkin jugak akan kerja bila dah bosan berjoli sakan. kot? aku nak cakap apa lagi?

"Biarla apa nak jadi. yang penting aku cukup makan"

motif letak gambar ni? : terjumpa dalam album. kihkihkih

itu bukan jawapan yang mengikut ciri-ciri manusia cemerlang. aku kena fikir. fikir. fikir dan fikir. perancangan masa depan yang meliputi plan A, plan B, backup plan A dan backup plan B yang mana A atau B aku sendiri tak pasti apa isi kandungan dia. gaya macam orang tersepit tak? hahahaha

p/s : ha, iya, aku dah habis belajar, lepas ni tunggu orang masuk meminang. cukup?

.:iklan nuffnang:.