.:abg nuffnang duk sini:.

Thursday, April 18, 2013

karipap kentang black paper

Assalamualaikum..

dah lama giler kan aku tak buat entry baru. maklum la sebelum ni tak ada semangat nak buat blog. tapi sejak dah dapat renew domain ni rasa rugi la kalau tak update. hehe.

hari tu aku ada kelas. (erk! bukan tiap2 hari ke aku ada kelas?). lepastu ada kawan aku beli karipap kentang lada hitam. sedap siot aku pernah makan. jadi dengan perut yang meminta-minta dan akal yang membayang-bayangkan karipap yang garing dan enak tu masuk dalam perut aku. aku google la rasepi. nak kena buat bila balik rumah nanti. hehe. tak sabar ni nak balik cuti pilihan raya. padahal tak leh mengundi sebab tak daftar.

dah la. stop mengarut-ngarut. jom salin rasepi ni.

untuk kulit karipap (sumber dari : blog saujana syarasin )



Bahan-bahan :

4 cwn tepung gandum
2 sudu besar butter - panaskan
1/2 cwn minyak masak-panaskan
secubit garam
1 cwn air suam

Cara-cara:

  1. campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). 
  2. Gaul rata guna sudu sbb panas. 
  3. Bancuh air+garam. Masukkan sedikit2. 
  4. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.



untuk inti black paper pulak aku ambik dari blog qaseh johanna.



Bahan - Bahan:

4biji kentang saiz penumbuk - dadu
1labu bawang besar - dadu
1labu bawang putih - cincang halus
2kiub ayam
2sudu besar serbuk lada hitam
Daun sup - hiris halus

Cara - Cara:

  • Tumis bawang putih sampai sikit garing.
  • Letak air dalam 2cawan. didihkan air, masukkan kiub.
  • masukkan kentang dan bawang besar.
  • dah separa empuk, letak lada hitam.
  • dah masak, masuk daun sup. siap !


dalam inti ni, kalau korang nak tambah daging ke, ayam ke boleh je. kalau nak guna daging burger ganti daging ayam pon boleh. ok.

selamat mencuba. yummy!

jom like dan share artikel ini. :)
jgn lupa komen sekali.

7 comments:

  1. Replies
    1. sally buat la.. pastu pos kat mugmerah. heheh!

      Delete
  2. wow!!mcm best jer neh..sy neh peminat karipaplah gak...thanx for sharing!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. siyess sedap sgt.. masa first makan ingt xsedap. tp.. perghh.. nak lagi la.. hehe

      Delete
  3. tak pernah makan lagi karipap black paper..apa2 pun mesti sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mugmerah pon baru makan awal tahun ni. tp mmg sedap. try la buat. XD

      Delete
  4. aduhaiiii.. karipap kegemaran mia... tapi belum pernah rasa lagi yang black pepper ni..

    ReplyDelete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.