.:abg nuffnang duk sini:.

Friday, May 27, 2011

saya rasa bersalah kerana menemukan mereka...

setahun atau lebih tepat hampir dua tahun yang lepas. aku menemukan mereka berdua. atau mereka berjumpa kerana aku. tp mugkin juga cuma aku yang berfikiran begitu sedangkan telah di takdirkan Tuhan mereka ditemukan dan berkasihan. tapi bila semua ini berlaku aku rasa bersalah. bahagia mereka di hadapan aku. tangis mereka bersama aku. tapi siapa aku, manusia biasa untuk menghalang sesuatu daripada terjadi. sedang saat tuhan berkata 'jadi' maka 'jadilah'.


mengenang itu aku sedih. memang benar. setiap yang datang pasti akan pergi. yang bertemu pasti akan berpisah. dan. setiap yang setiap yang hidup pasti akan mati. jika itu sudah satu suratan. sepatutnya tidak perlulah kita menangis bersedih lagi. walau sudah fitrah. setiap kesedihan itu tidak asing jika bersama tangisan.


namun jauh di sudut hati aku. aku tetap rasa bersalah. dulu aku pernah terdengar mereka berkata. hati ibarat kaca. jika pecah mungkin boleh dicantum kembali. tapi rekahan itu tetap akan ada.

kepada awak. semoga awak tabah. awak kena ingat pesan saya. yang patah pasti akan tumbuh. yang hilang pasti akan berganti. saya akan doakan yang tumbuh berganti itu akan lebih baik dari yang patah hilang. dan awak jangan lupa. pahit itu sebenarnya penawar. hiduplah dengan senyuman walaupun ianya sukar.

Sunday, May 15, 2011

disebalik lakaran indah sang pelangi..

bukan aku tak mahu bersama mereka. tapi aku merajuk hati dengan mereka. aku segan dengan mereka. aku tahu tidak sepatutnya untuk aku terasa. aku perlu profesional. tapi aku juga manusia biasa. bukan aku melarikan diri. bukan sengaja aku ingin pergi. tapi aku punya sebab yang tidak mampu aku ungkapkan. aku harap mereka mengerti. walau dalam harapan aku. tetap terselit sedikit sindiran. pedih sekali.

aku sedih memikirkan mereka. mereka satu keluarga. mereka seolah sering bersama. dan sememangnya layaknya sebuah keluarga itu gembiranya bersama. menangisnya bersama. saling menyokong. saling bersandar. tetapi sebenarnya tidak. mereka masing-masing ibarat duri. duri dalam daging sendiri. saling menghiris. walau masih ada yang cuba menjadi penawar.

semusin aku bersama keluarga mereka. aku memerhati. memerhati keakraban mereka. sungguh aku seoronok pada awalnya. aku gembira. malah kadang aku tak sabar untuk berkumpul dan saat berkumpul ibarat tak terasa waktu berjalan. melihat keindahan jalinan warna-warna ceria.
tapi aku juga memerhati perpecahan mereka. aku sedih. bukan ini yang aku ingin. perpecahan. bila aku sedar. mereka saling menghiris. aku takut. aku takut aku juga terhiris. lalu aku meminta diri. walau aku sedar aku bukanlah memberi erti dalam keluarga kecil itu. namun. bila aku lihat warna-warna kelabu malah ada yang hitam. aku kecawa. dalam diam hati kecil aku menangis.

aku tak mampu berkata pada mereka. aku tak mampu mengajak mereka berbicara. aku tak sekuat yang aku sangka bila aku berhadapan dengan mereka. dan aku sedar. aku cuma ibarat sisa debu kopi didalam cawan. tidak bermakna. dan saat aku melihat ada di kalangan yang saling meludah. aku cuba mengelak. takut terkena ludah. walau kadang aku terasa seolah aku terkena tempiasannya. sungguh busuk sekali ludah itu. lantas aku berfikir. menjauhkan lebih baik dari aku terusan membersihkan tempiasan ludah itu. buat apa aku membazir air?


kepada mereka. aku sayang keluarga kita. keluarga kita yang ibarat pelangi. tapi pada hakikatnya tak secantik pelangi. kawan-kawan. kenapa kita mesti memudarkan warna pelangi itu. kenapa kita biarkan awan mendung menutup keindahan kita? kenapa tidak kita sama-sama bergembira di bawah keindahan lakaran pelangi yang berwarna.

kepada yang memahami aku mohon seribu maaf. aku tahu kamu bukan menyindir. tetapi aku terasa disindir. walau kadang aku termanggu. berfikir. apa salah aku? aku cuma ingin merasa sedikit kasih keluarga itu.



bersama tangisan aku memohon. kembalikan warna warni pelangi kita.

walau aku pasti pergi aku tidak kembali.

Saturday, May 14, 2011

permata untuk isteri..

hari ni aku nak share satu lagu yang aku suka. lagu kopratasa permata untuk isteri. kenapa aku suka lagu ni...? sebab lirik dia menceritakan tentang perjalanan hidup sepasang suami dan isteri.
kopratasa : permata untuk isteri

telah ku siapkan
satu daerah paling sunyi
dalam hati ini untuk kau isi
sebagai isteri

untuk kau penuhi dengan kemuliaan
seorang wanita
untuk kau beri erti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang

ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami

kerana kau isteri...
ku ingin kau mengerti
bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan
kerana kau isteriku..


ada satu part dalam lagu ni yang aku sangat suka. bila lirik dia berbunyi..

ku ingin kau mengerti
bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan


dari potongan lirik yang ringkas tu pada aku ada banyak maksud. senang je contoh yang aku dapat. kalau kita lihat pada zaman sekarang ramai pasangan yang bercinta. masa bercinta semua manis. janji macam-macam sampai ada yang sanggup sehidup malah semati. tapi bila dah kawin. bila dah bosan. kau ke mana aku kemana. xpatut kan?


jadi hari ni. aku nak syorkan kepada pasangan yang ada kekasih hati. yang cuba atau terlintas untuk curang. cuba renungkan lirik ni dan janji yang pernah di ungkap bersama. jangan kerana nafsu kita jadi manusia yang lupa untuk setia.

lepas tu aku suka part ni..

untuk kau penuhi dengan kemuliaan
seorang wanita
untuk kau beri erti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang

ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati

dalam keratan yang ni plak pada aku menceritakan tentang permintaan suami kepada isteri dia. untuk jadi wanita yang mulia, lemah lembut, penuh dgn kasih sayang, yang tahu harga diri dan tahu menghargai.


tapi jika dilihat pada hari ini, walaupun bukan semua tapi masih ada segelintir yang sanggup ingkar perintah suami malah ada yang lebih teruk curang. mungkin ada yang akan berfikir ayat aku ni seolah memburuk-burukkan wanita. tidak. lelaki pon ada yang sanggup menduakan isteri. isteri yang taat, tetapi ketaatan itu di balas dengan racun.

dalam hal ni sape yang bersalah? sama-samalah kita renungkan. jangan kerana terlampau menurut nafsu ada anak-anak yang terbiar.

dan aku nak dedikasikan lagu ni untuk renungan semua terutamanya mr.teddy saya..


Thursday, May 12, 2011

sakit jangan sampai melarat...

"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu,
sedang ia lebih baik bagimu
dan boleh jadi kamu kasihi,
sesuatu sedang ia melarat kepadamu.
Allah mengetahui tetapi kamu tidak."

(surah al-Baqarah ayat 216)
korang mungkin pernah dengar atau terbaca ayat di atas. maksud dari ayat tu senang je, kita kadang-kadang atau lebih tepat selalu merungut.

"apa yang aku nak xpernah dapat, apa yang aku xnak pula dapat"


tak bersyukurnya kita padahal sebenarnya tanpa kita sedar kita secara tidak langsung kita tidak percaya kepada ketentuan. ketentuan yang telah tuhan tetapkan untuk kita.


saat kita kecewa terutamanya. kita ditinggal kekasih hati. atau orang yang kita puja-puja jadi hak orang. kita menangis. malah mengasingkan diri. lebih malang ada yang sanggup mati. aku sendiri pernah deman kerana kecewa. bodohkah aku? pada aku tidak kerana aku juga manusia biasa. cuma aku wajib percaya

"tuhan tidak jadikan dia untuk aku bersebab. tuhan minta aku bersabar. Dia sayangkan aku. Dia telah siapkan yang lebih baik untuk aku."


aku kecewa. rasa rendah diri. tapi tak lama. aku bangkit. kenapa aku kena sedih sedang dia sedang bahagia.

"jadi orang jangan bodoh sangat boleh tak?"


tanya aku pada diri sendiri. korang pula? tak perlu lah jadi bodoh atas sebab yang bodoh. ada yang bunuh diri hanya kerana kecewa. hei3. kamon la. kumbang bukan sekuntum, bunga bukan seekor laaa... bunga ada bertaman2.


jadi tak perlu lah kita tamak, sampai ada yang sanggup pakai bomoh segala untuk hanya dapatkan apa yang dia nak. cukuplah sekadar berserah pada Tuhan. berdoa agar di pertemukan dengan yang lebih baik. di pertemukan dengan yang memahami. kerana sesungguhnya

"...Allah mengetahui tetapi kamu tidak"

yang sakit tu xperlu dilupakan. tapi yang sakit tu perlu dijadikan penawar. untuk mulakan hidup yang lebih baik.

Wednesday, May 11, 2011

telingaku melihat..? mataku mendegar?

kadang2 kita terkalu berharap. berharap malam menjadi siang. dan bila tiba siang kita berharap siang cepat menjadi malam. seperti aku sendiri. ketika kecil memohon

"cepatlah aku dewasa, xsabar aku untuk bebas seperti mereka.."

kononnya bebas berbuat apa mengikut kehendak..

tapi kini, bila aku dewasa, aku sedikit terpana.. kebebasan yang aku puja2 dahulu tidak lah semanis yang di sangka..


adat manusia, bila kita susah kita seolah ingin menjerit

"dunia tolonglah aku, aku dalam kesedihannn.."

begitu juga jika kita dalam kesenangan, sebolehnya kita mahu menunjuk2.

"aku sedang gembira duniaaa.. hahaha"..

mungkin hakikat itulah dunia yang sebenarnya.. ya mungkin dan mungkin..

didalam secelaruan dan kegelapan kita mengharap. datanglah cahaya. munculah tangan. menerangi kegelapan. membebaskan kita dari kecelaruan. tapi bila kita di ulit kesenangan. lupa pula kita untuk menerangi dan menghulur. menerangi yang dalam kegelapan dan menghulur kepada yang menggapai.


kadangkala air mata ingin menitis. xsanggup bersama sang mata yang terlalu banyak berpura-pura. berpura-pura tidak melihat. sedang air mata itu sendiri tidak sanggup lagi turut bersama. tidak mampu lagi melihat bersama. air mata itu ingin pergi bersama sang duka dan lara. sedangkan telinga mendengar. lantas telinga berbisik pada hati. hati pula menjerit.

"kenapa engkau berlagak kuat? sedang aku tahu engkau tidak sekuat yang dibanyangkan kerana aku yang merasai kesakitan itu"

namun akal meningkah.

"perlukah aku menurut tanpa berfikir sedang Tuhan itu maha bijaksana mengurniakan aku akal untuk berfikir sebelum bertindak."

sejurus aku menarik nafas.

"tenanglah wahai hati. yang benar itu kadang kala memang pahit. tapi yang pahit itu akan manis akhirnya."


kata pepatah yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti. tapi hati masih ragu2.. bilakah yang patah itu akan tumbuh, mungkinkah yang hilang itu akan berganti.. atau adakah sebenarnya yang patah susah tumbuh tanpa aku sedari. namun yang berganti adakah sama dengan yang hilang. pada aku sudah pasti tidak. cuma hati masih berharap. yang tumbuh berganti lebih baik dari yang hilang yang patah..


saya dah jumpa follower ke 200..!!

hahaha.. ni entry special sket.. sbb aku tgah hepi sbb da jmpa follower ke 200.. bajet cam gempak je.. tp tu la.. ingat senang ke nak buat blog smpai dpt 200 follower.. smpai sakit pingang ng jari tau.. blogger2 yang mcm aku yg naik dari zero mesti fham apa yg aku ckap.. ok3.. sudah3 membebel.. ni nak tunjuk sket insan bertuah ni.. yg sgt bertuah dpt jadi pengikut ke 200 mugmerah.blogspot.com

siapa insan bertuah tu? beliau dari blog..


aku dah capture screen utk bukti kejayaan beliau..
dan ni ada award yang special utk beliau.. :))


Tuesday, May 10, 2011

aku juga insan biasa seperti kamu

sentap atau terasa.. satu perasaan yang semua orang xsuka.. kalau boleh xnak pon tahu wujudnya satu jenis perasaan tu.. bila tersentap.. pedih dan pilu menusuk.. keadaan lebih parah kalau ianya xdapat kita jelaskan.. yang kita mampu cuma berlagak rilex.. mcm xde apa yang berlaku..


mmg benar mereka berkata.. hidup ini ibarat pentas teater.. bukan set perfileman yang kalau silap boleh di betulkan.. tapi dalam hidup ni kita belajar untuk menjadi lebih baik.. dan di atas pentas teater kita lakonkan.. kalau tersilap penonton akan mengkritik.. kalau bagus penonton akan bersorak..

dan alangkah kejamnya seorang penonton itu.. hanya tahu melihat dan bersorak.. xpernah belajar untuk mengkaji kesusahan seseorang untuk menjadi yang terbaik walaupun kadang kala gagal.. tapi falsafah hidup aku ada berkata..

andai semua benda boleh dilupa,
tidak akan ada lagi kisah sedih dalam dunia ini..
namun dengan kisah sedih itulah,
kita sebagai manusia belajar satu lagi benda..
iaitu harapan untuk terus hidup tanpa rasa putus asa..


tapi malangnya kenapa sang penonton masih sanggup bersorak diatas ke gagalan seorang pelakon? adakah mereka xsendiri terlalu sempurna atau mereka sebenarnya cemburu pada sang pelakon di atas pentas teater tersebut.. bersorak kononnya mengkritik.. tanpa sedar dari kritikan itulah manusia bangkit..


terima kasih kepada cakap2 belakang.. terima kasih kepada cemuhan.. kerana anda semua mengajar sesuatu sebenarnya.. memberi sesuatu tanpa anda sedar.. dan ingatlah wahai penonton sekalian.. anda juga manusia biasa seperti saya.. walau mungkin lebih baik.. namun xmustahil untuk jadi lebih teruk..

sekian..

p/s : bila ada yang menggangu mcm ni terasa rindu pada litar gokart.. :)



Sunday, May 8, 2011

aku.. mira.. dan fatin..

semalam lepas habis exam aku ada snap pic smbil tunggu bas nak balik hostel.. hi3.. jom intai..


ni bukan aku tau.. ni mira.. kawan merangkap roomate aku..

"mira, ko mmg suka kan nak full kan aku punya phone memory..!!"

posing macam pic nak bg kat mertua je.. nasib xterbakar memory hp aku..

yess..!! berjaya menyelit..!! HAHA

sebab nak jaga hati tuan hp.. maka aku dijemput posing bersama.. jgn jeless.. hik3

hehehe.. segan tgok pic sndiri..

dan akhirnya aku berjaya bergambar tanpa mira.. tapi ttp ada je yg xnak bg aku posing sorg2 kan.. fatin ni suka je jeles.. kacau org..!! haha

Saturday, May 7, 2011

jom kita main game..!!

memandangkan aku dah xde exam smpai minggu depan, maka aku nak main game yang palinggg aku suka.. plant vs zombi.. sape2 yang rasa dia terer jom la lwan.. hahah.. jom aku nak kenalkan watak2 dalam game plant vs zombie nie..

cuba korang tengok zombi tu.. rupa dia mcm teddy saya.. comelll..
*oppss : teddy syg jgan marah ea.. nnti kena jual.. hahaha

lepas tu zombi cuma makan otak.. dan otak tu mesti lah otak yg ber IQ tinggi.. hahaha.. jadi kalau zombi mintak tgok slip exam korang jgn la tunjuk lau result gempak.. nnti otak kena telan.. hahaha.. aku dah warning.. nnti jgn nyesal..
*moral : jgn menunjuk lau exam dpt markah tinggi

wahahahaha.. ZOMBI ATE YOUR BRAIN.. hahaha.. giler seram part ni mula2 dulu.. asal kalah je aku tutup sbb takut keluar gmbar zombi makan otak.. hahaha.. tp layann..
* betapa zombi2 ni berusaha nak makan otak aku.. konon IQ tinggi.. haha

haaa.. ni pak cik korang.. tau cekik darah je.. bg tips kt orang konon pastu sendiri kena makan ng zombi.. haha.. tp sbnarnya dia cakap dia gila.. haha.. gila punya olang..!!

dan disini menunjukkan kegigihan aku melawan zombi.. tapi part zombi bwak kereta tu aku xtahan.. giler susah mati.. habis semua pokok2 ng otak aku sekali kena.. ciss punya zombi..!!

ni part last.. zombi ajak kita berpesta sbb kita berjaya bunuh dorang semua.. yeahh..!! die.. die..!! hahaha..

p/s : post ini dibuat selepas aku sangat bosan asyik layan game zombi je.. hahaha

da abes examm.. yeaahaa..!!

hahaha.. mood sekarang happy walaupon agak penig pk apa nak buat smbil2 tunggu next paper 14/5 ni.. hahaha.. kerek giler.. padahal exam tadi bukannya btol semua ponn.. tembak je bnyak.. ahh.. xkira aku nak hepi jugak.. hahaha

yeahaa..!! teringin ajak teddy lepak2.. tp teddy ada exam esok.. hurmm.. xpe la.. mugmerah boleh je enjoy sorang2 tembak zombi.. :))

Friday, May 6, 2011

nak studyy....!! tapi... saya malass..

waa.. saya nak study.. esok saya ada final exam asas keusahawanan.. memang la senior2 saya cakap paper tu kacang je.. tapi xkan la saya xstudy.. tp saya malas study tapi lg saya kena study.. sebab saya takut saya esok menangis dalam dewan sebab blurr.. xtau nak jawab exam..


lagi saya dah sakit kepala baca buku teks tu.. salah sendiri la kann.. awal2 study week dulu main game je tau.. sekarang ni baru tau nak kalut.. nak rasa macAm semua dah xsempat.. waaa.. nak balik rumah.. xnak dah study.. tapi mana boleh.. nanti nak jadi apa?

sekarang ni nak kena buat apa? study ke nak main2 lagi? ermm.. nak BW la kejap.. sampai kul 11 je.. pastu study.. huaaa.. ada lagi 6 bab je kena tgok.. yg lagi 6 bab dah setell.. insyaAllah boleh la goreng2 tembak2.. lgpon exam esok objektif je.. tapi.. xboleh.. kena study juga..

hua.. tgok tu uncle tu.. boleh je tido.. bangun laaa.. esok ada exam..!!

baby ni pon.. boleh je mengadap laptop.. esok exam laaa. pegi la study.. eii.. saje je nak buat orang jeless..

.:iklan nuffnang:.