sentap atau terasa.. satu perasaan yang semua orang xsuka.. kalau boleh xnak pon tahu wujudnya satu jenis perasaan tu.. bila tersentap.. pedih dan pilu menusuk.. keadaan lebih parah kalau ianya xdapat kita jelaskan.. yang kita mampu cuma berlagak rilex.. mcm xde apa yang berlaku..
mmg benar mereka berkata.. hidup ini ibarat pentas teater.. bukan set perfileman yang kalau silap boleh di betulkan.. tapi dalam hidup ni kita belajar untuk menjadi lebih baik.. dan di atas pentas teater kita lakonkan.. kalau tersilap penonton akan mengkritik.. kalau bagus penonton akan bersorak..
dan alangkah kejamnya seorang penonton itu.. hanya tahu melihat dan bersorak.. xpernah belajar untuk mengkaji kesusahan seseorang untuk menjadi yang terbaik walaupun kadang kala gagal.. tapi falsafah hidup aku ada berkata..
andai semua benda boleh dilupa,
tidak akan ada lagi kisah sedih dalam dunia ini..
namun dengan kisah sedih itulah,
kita sebagai manusia belajar satu lagi benda..
iaitu harapan untuk terus hidup tanpa rasa putus asa..
tapi malangnya kenapa sang penonton masih sanggup bersorak diatas ke gagalan seorang pelakon? adakah mereka xsendiri terlalu sempurna atau mereka sebenarnya cemburu pada sang pelakon di atas pentas teater tersebut.. bersorak kononnya mengkritik.. tanpa sedar dari kritikan itulah manusia bangkit..
terima kasih kepada cakap2 belakang.. terima kasih kepada cemuhan.. kerana anda semua mengajar sesuatu sebenarnya.. memberi sesuatu tanpa anda sedar.. dan ingatlah wahai penonton sekalian.. anda juga manusia biasa seperti saya.. walau mungkin lebih baik.. namun xmustahil untuk jadi lebih teruk..
sekian..
p/s : bila ada yang menggangu mcm ni terasa rindu pada litar gokart.. :)
0 komen:
Post a Comment
jom kongsi pendapat dengan mugmerah.