.:abg nuffnang duk sini:.

Wednesday, May 9, 2012

penting! punca-punca gastrik

Assalamualaikum

seperti yang pernah aku dalam entry 'gastrik jangan pandang mudah' gastrik sebenarnya bukan penyakit yang biasa-biasa saja. malah ada yg ingat gastrik je sebab tak makan. sebenarnya ada banyak lagi sebab boleh berlakunya gastrik ni. antaranya :


Makanan pedas  


orang cakap, kalau xpedas xsedap. memang pon. bukan orang lain je, aku pon cakap mcm tu. kalau nak makan kalau xrasa pedas mmg xsah rasa mcm ada je yang xcukup. sebenarnya makanan pedas sukar untuk diproses dalam perut kita dan menyebabkan perut kita menghasilkan lebih banyak asid untuk menproses makanan tersebut. asid yang banyak ni lah yang menyebabkan berlakunya gastrik dan pedih dalam perut. mesti korang pernah rasa kan? jangan tipulah! lagi satu, makanan pedas ni menyebabkan lebih kalori diperlukan untuk penghadaman sekaligus meningkatkan metabolisma badan. sebab tu untuk kuruskan badan kebanyakan produknya pedas-pedas.
Makanan masam
masam dan asid sangat adik beradik. macam manis dan gula. jadi makanan masam menyebabkan asid berkumpul dalam perut dan gastrik. mudah je. *sedapnya asam nnti petang nak beli la. kih3
Makanan berminyak/berlemak

lemak seperti yang kita ketahui susah nak hadam dan kadang2 menyebabkan selulit. makanan berlemak merangsang lebih banyak asid dikeluarkan oleh badan untuk penghadaman. jadi risiko untuk gastrik bertambah lagi. *dah la pedas, berlemak, masam. tapi yang tu la yang sedapnya. kan? hihi
Merokok
merokok dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincteryang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan. sumber sususejat. jadi bagi para perokok. dah bertambah lagikan keburukan merokok. jadi xnak ke berhenti merokok? =)
Stress atau tekanan emosi
apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak “mengunyah” ketika stress. bila stress kita cepat lapar. dari pengalaman aku sendiri semasa kat matrikulasi. mugkin jugak ni yang menyebabkan orang cakap stress menyebabkan berat badan naik. masa kat matrik, hidup agak tertekan masa tu berat badan aku agak naik dan jerawat pon naik, dan pernah kawan aku tak pergi kelas sebab gastrik. bukan sebab tak makan tapi sebab stress. jadi kalau tertekan sediakan makanan. biar gemok asal sihat. *bestnya tgok orang badan tembam2. kita kurus je =(

Kurang/tidak bersenam


bersenam. antara benda yang paling malas aku buat. jangan tiru perangai aku. sebenarnya bersenam boleh membantu kita menghadam makanan dengan baik. bersenam juga dapat membantuk kita mengurangkan stress. jadi bersama-samalah kita mengamalkan hidup sihat. jangan asyik mengadap screen je. bawak2 la berjogging hirup udara segar.

.mugmerah : Alhamdulillah sekarang dah kurang sikit gastrik. dah xbergantung sangat kat ubat. kalau dulu bagun pagi je telan ubat dulu. *menambahkan stress je. hehe


14 comments:

  1. betul la.nie selang seminggu diserang gastrik.tak tahan dah bahu nie asyik kena cucuk ngan jarum je...sob..sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena la kawal makan. untung la tu dicucuk kt bahu. kalau cucuk kt bontot. sakit dpt malu pon dpt. hehe (^_^)V

      Delete
  2. so far xpenah lagi kene gastrik..hurmm, camno agaknya tu...thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak try jgn la makan. hehe. xpon amalkan punca2 tu. hehe.

      Delete
  3. Alhamdulilah..dh lama sm tak kena gastrik lepas jaga pemakanan. dulu mkn x menentu..biasalah masa belajar nie kadang2 mkn tu jd x menentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya student la yg slalu kna gastrik ni. nak bt mcm mna. student kan org paling bizi. haha

      Delete
  4. arghhh.... mmg dok memulas ni..... perut-perut knapa kau suka makan makanan yang pedas... haih

    ReplyDelete
  5. argghh... perut ni memulas lak... hai perut knapa kau suka makan makanan pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilex. haha. cuba mkan something yg sejuk. xpon minum air bnyak2.

      Delete
  6. hoit. perut ke mulut yg telan? hahaha.
    pedas tu sdap kan?
    sakit perut pon mmg sedap la jgk. :D

    ReplyDelete
  7. Tq mugmerah..sye bru je kne gastrik semalam..ingt an kracunan mknan,so saje la mkn smbal blcan nk bgi buang semua yg ade,rupe2 nye lg truk smpai tahap x ley brdiri..siap pakej munth dlm kreta lgi..kt klinik,first dktr tnye,ley minum nescafe x,sye ckp x,nnt sye skit perut.so dktr 2 trus ckp sye bru je nk strt kne gastrik..punce kne gastrik sbb shri sblum 2,syok je sye ngn member buat teh tarik kt kolej..last2,kne cucuk ngn jarum la jwb nye sbb x than sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome dear. org ingt gastrik tu sikit je. bila kena baru tau kan. hihi

      Delete

jom kongsi pendapat dengan mugmerah.

.:iklan nuffnang:.